ILMU itu CAHAYA

memasuki ke dalam hati yang BERCAHAYA

ILMU itu CAHAYA

memasuki ke dalam hati yang BERCAHAYA

Adab PELITA Ilmu

ADAB membawa KEBERKATAN kepada ILMU

Semaikan Benih Kebaikan

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman

Bahagiamu, bahagiaku

Posted by Unknown
Assalamu'alaikum kepada pengunjung blog al-faqir ini,


Dalam suasana yang kemarau yang berpanjangan ini membuat hati-hati manusia gelisah tidak senang dan gundah-gulana dek kepanasan yang menyambar luaran dan dalaman manusia. Kepanasan yang kita terima ini bukan sekadar untuk kita merasai dan merungut sahaja tetapi ini adalah dugaan bagi manusia yang lalai dalam mengingatiNya.. Allahu Allah kepada Dia al-faqir menyerah diri dan memohon keampunan.


Jika kita merasai peritnya panas, kita akan menghargai manisnya hujan, begitulah apabila kita penat dan tabah menghadapi dugaan, kita akan lebih menghargai dan bersyukur seadanya apabila mendapat kenikmatan. Semalam dalam perhimpunan maulidur Rasul dan haul syeikh Abdul Qadir al-Jailani di masjid Sultan Mizan(masjid Besi), Putrajaya. Syeikh Affefuddin Al-Jailani meminta para hadirin untuk berdoa dengan penuh KEYAKINAN kepada Allah agar diturunkan hujan dan percayalah itu semua di bawah kekuasaan Rabbul Izzati selagi Sang RAbb tidak mengizinkan maka tertahanlah air-air yang di kandung awan itu cuma asbab tetapi hakikatnya SANG RABBUL 'ALAMIN.
Ya Allah Kami berlindung dengan keredhaan MU daripada kemurkaan MU

Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat maka berdoalah,berdoalah,berdoalah kepadaNya. Ya Latiff

Ada beberapa yang ingin dikongsikan oleh al-faqir, sebuah yang menarik untuk difikirkan dan cuba diterapkan di dalam diri, yang mana mampu mengharmonikan masyarakat dan mempositifkan diri sebagai makhluk yang mempunyai emosi. Sebagai manusia kita mempunyai perasaan yang berubah-ubah sehingga kita pun, seperti ada hari-harinya yang tertentu kejap ada mood kejap tidak ada mood, bagaimana untuk mengawal mood agar memperolehi mood yang baik dan orang sekeliling pun merasai apa yang kita rasa. Sebenarnya ia ada kaitan di antara anda, anda dan anda semua.

Ada sebuah kisah yang menarik, ini untuk sebagai MUHASABAH DIRI, kurang orang mengambil perhatian semasa kita bermuamalah dengan manusia.

UNTUK ORANG YANG MAHU BERFIKIR

BELON

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar

Senyumlah bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon.

Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.

Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah.

Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.
Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.

Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana.
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.

Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri smeminta sesebuah bagi keperkendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.



Teringat sau kisah yang dinukilkan oleh Imam Muhammad Sya'rawi al-Mutawalli di dalam tausiyahnya pernah mendatangkan satu kisah bagaimana Sayyidina Ali r.a telah mengammbarkan syarat keikhlasan hamba menerusi kecenderungan hati sebagai pengukur setiap insan. Kisahnya begini :


Seorang pemuda bertanya kepada Sayyidina Ali r.a dengan katanya: "Imam, bagaimanakah aku dapat mengetahui hatiku ini sama ada ia lebih cenderung kepada dunia ataupun leboh memilih akhirat".
Sayyidina Ali menjawab : "Bayangkan seseorang datang mengetuk pintu rumahmu lalu menghadiahkan kamu sesuatu dan kamu membawanya ke dalam rumah. tak lama kemudian, rumahmu diketuk pintu lagi, lalu kali ini datang pula seseorang yang meminta sesuatu keperluannya. Lantas kamu memberi hadiah yang baru diterima tadi kepadanya dan ia pun membawanya pergi. Antara kegembiraan kamu ketika menerima sesuatu dari tetamu dan kegembiraan kamu menghadiahkannya pula kepada orang lain, mana satu yang lebih besar rasa gembiranya itu ? Sekiranya kamu lebih gembira menerima , maka hatimu lebih cenderung kepada dunia dan sekiranya hatimu lebih bahagiadengan infaq telah kamu laksanakan maka hatimu leboh cenderung kepada akhirat yang kekal."

Cerita di atas sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan cerita mengenai belon di atas yang mana sibuk mencari kebahagiaan sendiri tanpa mempedulikan kebahagiaan yang lain. Ini yang dimaksudkan bahawa kebahagiaan itu bukan milik kita seorang atau sendirian tetapi ia adalah hasil daripada hati-hati yang saling membahagiakan itu lebih baik dari mencari kebahagiaan sendirian kerana Allah meredhai muslim yang mengembirakan orang lain.
 
Jika kita memikirkan begini "asyik kena jaga hati orang saja, habis hati aku siapa nak jaga", sebenarnya sifat positif sedang hilang dan negatif mengambil alih. Buang cas-cas itu dan cakap di dalam diri dengan keyakinan yang tinggi pada Allah, bahawa "takpela kita jaga hati orang,hati aku biar Allah yang jaga" seperti kata-kata Nabi Ibrahim, Sabar itu indah biarlah daku mengadu diriku kepada Tuhanku... dan ada syair yang ditulis seorang 'alim iaitu syeikh Muhammad mahdi ar-rifaie "Aku menuju pintu harapan tika manusia lena tidur dan mengadu kepada Pemilikku tentang diriku".


Senyum...

Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang lain.



Allahua'lam. Jom harmonikan bumi dengan bermain "belon" hehe ^_^

12.30 P.M.
9/3/2014
7 Jamadil Akhir 1435H
Rumahku Syurgaku
more »

Catatan Kecil Di Bumi Haramain

Posted by Unknown
Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung blog, semoga Allah Azza Wajalla merahmati dan mengampuni dosa-dosa kita. Sekian lama tidak meng''update'' sesuatu ke dalam entry blog, maka alhamdulillah thummalhamdulillah kerana berjaya juga meluangkan masa untuk  meng''update'' sedikit perihal perjalanan ke bumi yang diberkati Allah, bumi yang mana lahirnya manusia agung dan bumi yang menjadi tempat ulang alik baginda Nabi Muhammad solallahu 'alaihi wassalam.

Pada 19hb telah menjadi satu sejarah yang besar di dalam kenangan al faqir yang mana telah dijemput oleh Allah sebagai dhuyufullah dhuyufurrahman ke tanah haram yakni Mekah al mukarramah bersama ibunda yang tercinta menjadikan lagi ia suatu memori yang terindah buatku. Bersama jemaah dari Muhibbin yang diketuai oleh al fadhil ustaz Minhat yang sangat berwibawa dalam memimpin jemaah.


Dengan menaiki penerbangan saudi airlines hampir 8 jam setengah dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Setibanya di Lapangan terbang Jeddah, dugaan untuk melepasi kaunter imigresen mereka satu kenangan yang tidak akan dilupakan kerana pihak berkuasa mereka tidak boleh bertolak ansur dalam urusan melepaskan visa dan kena beratur panjang bersama dengan group orang yang bukan mengerjakan umrah. Dinasihatkan kepada bakal-bakal tetamu Allah apabila berdepan dengan situasi sebegini maka jalan penyelesainnya adalah SABAR,SABAR,SABAR dan berselawatlah kerana kita datang ke sana adalah untuk beribadah mengabdikan diri kepada Ilahi dan ia adalah salah satu ujian buat kita untuk mencuci penyakit-penyakit hati yang sudah lama menumpang dihati ini. Maka disitu hikmah yang tersirat bagi mereka-mereka yang mahu mengambil ibrah dan hikmah.

Sepanjang perjalanan ke Tanah Haram, dengan keadaan badan letih ditambah dengan jetlag lagi cuma Allah saja yang tahu, yang lagi kasihan adalah jemaah yang lebih tua dari ku sudah pasti mereka sangat letih dan hanya bertawakkal kepada Allah semata.Perjalanan Jeddah ke Mekah mengambil masa hampir 3 jam dengan menaiki bas yang disediakan oleh mutawif disana.

Setibanya di Mekah pada pukul 1 pagi, setelah bersedia untuk mengerjakan umrah, daku dan ibundaku dibawa ke masjidil Haram untuk melihat Ka'bah. Apabila memasuki pintu utama masjidil Haram iaitu King Abdul Aziz kami meminum air zam zam untuk mengambil keberkatan air dari syurga itu. Setelah itu teruskan memasuki ke pusat masjidil Haram, apabila mata zahir melihat sesuatu perkara yang menakjubkan yang tidak dapat digambar dek mulut utnuk berbicara dek tangan yang menulis kerana sebelum ini hanya melihat di kaca TV tetapi pada ketika itu diri ini telah diberi keizinan untuk melihat sesuatu yang di muliakan oleh Allah. Mata yang sudah tidak tertahan lagi menahan air mata akhirnya gugur deras, bukan aku saja tetapi semua yang bersama yang ingin mengerjakan umrah ketika itu. Hanya kedengaran ALLAHU AKBAR ALLAH MAHA BESAR dengan jutaan umat yang sedang mengerjakan ibadah dan ada yang sedang taksub memandang Ka'bah yang luar biasa bagi orang pertama yang melihatnya. Kami berjaya menunaikan umrah sekitar pukul 5 pagi dan terus iktikaf untuk solat subuh.

Pada asalnya aku memikirkan sebagai seorang yang muda lagi dewasa rasa bertenaga untuk menjaga dan melindung ibuku, tetapi apabila ditikam oleh ayat-ayat ustaz ku maka aku rasa berdosa dengan perasaan yang terselit disanubari ku, mungkin sewaktu muda kita rasa kitalah yang paling gagah untuk menjaga ibu bapa kita tetapi TIDAK. Disana Allah menjaga segala tetamu yang dijemputnya kita sekali pun dijaga rapi dalam pengetahuannya. Allahu Akbar....

Pada hari kedua kami menziarahi masjid-masjid disekitar kota Mekah dan jejak-jejak rasulallah yang mana gua Hira' dan Gua Thur kedua-dua gua telah menjadi tempat berkhalwat dan persembunyian Rasulallah.

Di jabal Rahmah kami mendakinya dalam keadaan sesak ramai yang ingin menulis nama di tiang besar itu, kerana orang-orang cerita siapa ingin mendapat jodoh maka berdoa disitu dan menulis nama sekian-sekian jodoh kita adalah khurafat kerana tiang itu bukanlah penentunya tetapi di Jabal Rahmah adalah kawasan yang mustajab untuk berdoa berkaitan jodoh kerana mengambil keberkatan dari kisah Nabi Adam dan Siti Hawa, bukannya menconteng di tiang besar itu, tetapi ketika itu kami sampai pada waktu dhuha alhamdulillah dapat mengerjakan sunat dhuha di atas jabal Rahmah.
Di Jabal Rahmah dimana sejarahnya ialah pertemuan di antara Siti Hawa dan Nabi Allah Adam 'alaihi salam
Sempat juga mengunjungi ladang penternakan unta di tepi jalan semasa dalam perjalanan ke masjid Hudaibiyah yang mana di situ Rasulallah membuat perjanjian Hudaibiyah ketika Rasulullah mendapat berita bahawa sayyidina Uthman dibunuh dan perjanjian itu adalah kerana rasulullah ingin memasuki kota Mekah untuk mengerjakan umrah kerana kerinduan baginda terhadap kota Mekah yang dimuliakan Allah. Boleh rujuk kembali isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah :') jangan malas-malas ye ! 


Ustaz Sulthon sedang menceritakan tentang sejarah bekas tapak masjid Hudaibiyah. Masjid baru telah dibina menggantikan bekas masjid lama disebelah (gambar kanan). Masjid ini terletak kira-kira 30 kilometer dari kota Mekah dan dia terletak diluar tanah Haram jadi sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah maka disini boleh berniat umrah dan melakukan solat sunat ihram. 

Setelah tujuh hari kami menumpang di kota Mekah kami meninggalkan mekah dengan tawaf wida' dengan perasaan sayu kerana bila lagi akan dapat ketemu Bailtullah yang suci ini dan para 'alim ada mengatakan bahawa doa yang harus didoakan di multazam ialah semoga Allah menjemput kembali hambanya untuk menziarahi Baitullahi al Haram. Seterusnya kami memulakan perjalanan ke Kota Bercahaya yakni Madinah al Munawwarah, tanah yang menjadi mulia dengan asbab jasad manusia agung di kebumikan di situ. Allah Allah... Pada asalnya bumi madinah dinamakan Yathrib, yang mana penyakit-penyakit wabak banyak di situ, tetapi dengan penghijrahan Rasulallah ke Yathrib(Madinah) dan menukarkan kepada Madinah. Rasulullah banyak berdoa agar diangkat segala wabak dari Madinah dan memasukkan rahmat dan barakah, maka oleh itu Allah telah memuliakan Madinah dan memakbulkan doa sang kekasih-Nya.

Hati ini memang tidak sabar hendak sampai ke Madinah dari Malaysia lagi kerana kerinduan yang tidak terkata dengan Sayyiduna Rasulillah...yang pastinya tidak sabar untuk menatap maqam dan raudhah yang menjadi taman-taman syurga bagi umat Muhammad. Perjalanan ke Madinah dari Mekah mengambil masa enam jam dengan menaiki bas dengan melalui wadi safrah. Dalam perjalanan tiada apa yang dapat dilihat melainkan padang pasir dan batu-batu, terfikir sendiri beginikah perjalanan Rasulullah berhijrah ke Madinah ? Ya Rasulullah maafkan kami kerana tidak menjadi umat mu yang terbaik dalam menyebarkan syiar yang engkau bawa dan perjuangkan.......oh malunya daku untuk bertemu dengan mu dan menumpang syafaat mu Ya Rasulullah....

Setibanya di bumi Madinah al Munawwarah apa yang mampu dicakap adalah KETENANGAN, bayunya yang sejuk menyapu lembut ke pipi membuatkan lagi daku untuk menetap lebih lama disitu. Sesampai sahaja di Hotel terus bersiap ke Masjid Nabawi, bersama abang-abang aku mengikuti mereka dan mendengar kisah-kisah menarik tentang masjid Nabawi. Setiba di depan Babus Salam, terkedu melihat raudhah yang sungguh cantik, dihiasi dengan keemasan dan ukiran lukisan yang sangat cantik. Ini baru taman syurga dunia yang manusia cuba cipta tetapi bagaimana syurga sebenar yang Allah ciptakan buat hamba-Nya yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Allahu Allah..... solat sunat dua rakaat di raudhah dan terus pergi ke maqam Sayyiduna Rasulullah. Bercampur baur perasaan apabila sedang berdiri di bentul-betul dihadapan maqam Rasulullah dan dua sahabatnya yang dikasihinya. Perasaan ketika itu hanya Allah saja yang tahu, selawat dan salam dihulur kepada junjungan besar Nabi Muhammad, bersyukur berdiri sebagai umat Muhammad dalam masa yang sama malu tidak menjadi umatnya yang terbaik.. Allahu Allah..
Ketahuilah ! Beruntungnya menjadi Umat Muhammad. Umat yang terakhir dan umat yang pertama dihisab untuk memasuki syurga. Seperti beratur panjang dan diberi keutamaan dan kemuliaan oleh orang besar untuk maju ke hadapan disebabkan kita dalah Umat Muhammad :'( tapi . . . . Allahu Rabbi. Aku jauh dari ajaran nya dan kurang pengamalannya.

Keesokan harinya kami menzirahi masjid Quba yang tidak jauh dengan hotel kami, dengan menaiki bas ke sana mengambil masa lima minit. Barangsiapa mendirikan solat sunat di masjid Quba Allah memberi ganjaran seperti membuat satu umrah (mafhum hadis)
Pemandangan masjid Quba dari arah belakang. SubhanAllah

Beribadah di bumi toyyibah ini berlainan dengan Mekah, di Madinah keadaanya lebih tenang dan lebih teratur dan orang-orangnya lebih bertolak ansur. Di situ boleh melihat kelompok-kelompok manusia yang membuat halaqah dan berkelah di sekililing masjid Nabawi dan sempat juga menziarahi maqam Baqi' yang terdiri di situ ahli bait Nabi dan sahabat-sahabat dan para tabi'in seperti Imam Malik Rahimahullah.
al faqir di maqam baqi kelihatan Qubbatul Khadra' yang dirindui yang memayungi jasad Rasulullah

Jutaan manusia yang berada disekeliling Masjid Nabawi dengan dipayungi payung serba Unik dan rahmat Allah.. Allahu Allah 
Pemandangan perkuburan Baqi dan dapat melihat payung-payung sedang menguncup apabila tiba waktu petang

Maqam ahli bait Nabi
Sebelum beberapa hari hendak pulang ke tanah air, Bumi toyyibah dituruni hujan lebat dengan turunnya pelbagai rahmat Allah. SubhanAllah .Maha Suci Allah.
Berhadapan masjid Nabawi, Hujan rahmat yang jarang sekali di bumi toyyibah ini

Ulama tasawwuf pernah berkata, jika hujan kerap dituruni di bumi Haramain maka kiamat tidak lama lagi. WaAllahu a'lam.

Seperti waktu yang telah dijanjikan pada hari rabu kami ziarah wida' ke masjid Nabawi tetapi tidak secara keseluruhan, kami cuma berdoa supaya diberi umur yang panjang untuk menziarahinya lagi.
sehingga sekarang masih terasa bayu lembutnya dan ketenangannya, benar-benar aku rindu di bumi yang penuh kebaikkan itu. :'(
Assalamu'alaika ya Rasulallah ya HabibAllah.....

Ku titipkan salam kepada mu ya Rasulallah biarlah rindu ini menjadi buktinya bahawa aku ingin bertemu mu di akhirat kelak sebagai pensyafa'at daku kelak. Amiin.......Biarlah cinta yang mebawa aku ke sana suatu hari nanti. al Madad al madad ya Rasulallah. Bersyukur ke hadrat Ilahi apabila dijemput sebagai tetamunya, walaupun hamba yang banyak dosa Allah memilih juga, mungkin keberkatan dari doa ibuku. Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wassalim.

8.12 AM
11/2/2014
10 Rabi'ul akhir 1435H
UKM,Bangi
Allahu a'lam

more »

Puisi Buat Rahmat Sekalian Alam(Rahmatan lil'alamin)

Posted by Unknown
Assalamualaikum dan selamat menyambut maulidur Rasul bagi tahun 1435H.
"The blessed tree" atau "the only living sahabi" pohon yang mana Rasulullah berteduh jasadnya yang mulia dibawah pohon yang rendang ini, semasa perjalanan ke syam. Al-Buqayawiya, utara Jordan.


Suatu malam yang sunyi sepi,
Ketika baring di tempat tidur sendiri,
Terlintas dalam minda murni,
Ingatan terkenang ke masa lalu yang tak akan kembali.

Masa kecil dipelihara ayah dan ibu kesayangan,
masa kanak-kanak sepermainan,
semasa bersekolah dengan teman-teman.

Makin dikenang makin hiba,
kenangan lalu membuat derita,
terasa perasaan sayu dan hiba,
alangkah terharu rasanya kenangan lama,
tapi kini tinggal kenangan dalam minda saja.

Setelah lama ditayang filem itu dalam minda,
semakin lama semakin resah gelisah,
tidak tentu arah rasanya jiwa,
suasana keliling menekan rasa,
tidak tentu apa hendak dibuat atau dibaca.

Resah gelisah keluh kesah,
rasa sempit da susah,
rasa lemas ditimbun tanah,
Oh ! azabnya tidak terkisah.

Penuh derita azab sengsara,
segalanya tidak berguna,
rasa sengsara seperti nak lepas nyawa.

Tapi dengan pertolongan Ilahi Rabbi,
teringat berselawat ke atas Nabi,
aku pun berselawat banyak-banyak tanpa henti,
akhirnya resah gelisah hilang menyepi.

Baruku tahu pentingnya selawat,
baru hamba tahu fadhilat selawat,
rupanya selawat membuahkan selamat dan rahmat.

Berselawatlah banyak-banyak,
agar dapat syafa'at,
dari Nabi Muhammad,
di dunia dan akhirat....



Salam Cinta dan rindu kepada Sang Kekasih Ilahi


Ya Habibi Ya RasulalLah

Sungguh diri ini terpatri cintamu
rindu acap bertamu
merimbun padu di kalbu
tika aku sendiri menyendiri
terkenangkan peribadi tersangat murni. 
O, indahnya detak rasa mensyahdu diri. 



Ya Habibi Ya Musthafa
Engkau insan suci
darjatmu tinggi tersangat safi
cahaya rahsiamu memancar sani
serinya muasal makhluk terciptakan. 
Seru kalammu memanduku daerah mulia
tamsil peribadimu menuntunku ke Syurga
damai jiwaku disapa nur kasihmu
saat diriku asyik menyebut namamu. 

Sholla ‘alaika ya Habibi
Sholla ‘alaika ya Habibi
Sholla ‘alaika ya Habibi


[Dipetik dari Antologi Puisi Bernafas Islam, RATIB JIWARASA oleh Hafiz Fandani di bawah judul TIKA MERINDUIMU, September 04 2009/ Ramadhan 14 1430].

Qubbatul Khadra' dimana disemadikan jasad yang mulia di bawahnya... aku rindu aku cinta wahai insan yang mulia

مدد يا رسول الله
مدد يا حبيب الله
مدد يا نبي الله
انت المعلم من علمك نعلم من صدقك نفهم انك رسول الله
يا صاحب القران يا هادي عدنان يا رحمة الرحمن لكل عباد الله
يا صاحب الإسراء في ليلة الغراء يا رحمة السماء في كل عباد الله
......يا رب بالمصطفى بلغ مقاصدنا واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم

Shah al-Qadiri
12/1/2014 11:14 p.m.
10 Rabiul awal 1435H
more »

Aku juga mahu Syahid !

Posted by Unknown
Assalamualaikum kepada pengunjung blog yang dikasihi, terima kasih kerana masih sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah puja dan puji kepada Raja yang Menguasai di langit dan Raja yang menguasai di Bumi. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi yang dikasihi di rindui dan dicintai Muhammad Sollallahu alaihi wassalam serta ahli keluarganya dan para sahabat yang diredhai Allah... Alhamdulillah thummalhamdulillah.....


Melihat bumi di akhir usia, daku terfikir dan terbuai dengan angan-angan yang tidak berkesudahan membawa ke alam yang lebih indah dengan kenikmatan yang disediakan oleh Rabbul Jalil, dalam masa yang sama aku risau dan takut dengan kedudukan aku sekarang kerana melihat dunia sedang dibinasa oleh tangan-tangan manusia itu sendiri dengan rakusnya. Dimana kita semasa dunia hampir kiamat ? di bawah panji mukmin ? atau panji munafiq ? 
Semoga ALLAH menempatkan mereka di syurga tertinggi ! AMIIN
haiwan pun tidak mampu untuk survive kehidupan yang ekstrim sejuk ini

Cukup memeritkan kesejukan di bawah takat beku ini. ALLAH....

Melihat gambar-gambar yang tersiar di FB tentang muslim di syria mati kesejukan membuatkan aku seperti manusia paling kejam kerana mampu melihat gambar dan merasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Adakah aku telah menzalimi saudara-saudara ku di sana dengan melihat gambar mereka yang mati kesejukan ? tetapi aku yakin mereka mati bukan kerana kekejaman dunia. Dunia ini bukan tempat mereka, tempat mereka adalah SYURGA ALLAH. Mereka mendapat tempat tertinggi di sisi ALLAH.

salji dihapadan Masjid Dome of Rock, Palestin.


Lantas aku berfikir lagi, itulah hikmah bagi mereka yang berada di Palestin dan Syria dalam kekacauan dunia yang yang kejam terhadap mereka. Meskipun Palestin tidak aman disebabkan perang tapi ganjaran bagi mereka SYAHID, sedangkan kita di bumi yang dikatakan bertuah aman dan damai ini terselit satu bencana jiwa atau hati. Kita ditenggalamkan dengan keduniaan kita boleh mati dalam keadaan kufur nikmat dan mensyirikkan ALLAH dek dunia yang terpaut di hati dengan mengejar pangkat pujian dan kemewahan.Terselit hikmah yang jarang orang-orang nampak. Sedangkan mereka yang bertubi-tubi diduga oleh ALLAH mendapat gelaran as-syahid. ALLAH ALLAH... aku impikan syahid, aku juga mahukan syahid seperti mereka. Tetapi aku tahu 'ALLAH do not allow if you do not ready for it' ini persoal iman. YA, Iman aku masih tahap paling minima di antara mereka untuk syahid di sisi ALLAH. 

Bukan sebarang orang yang boleh berkata syahid kerana syahid mempunyai makna yang besar, bagi orang yang menginginkannya mereka harus mengosongkan hati mereka dari mengejar dunia dan memautkan hati itu dengan tali ALLAH. Bukan senangkan ? cakap memang senang ! Cukuplah dengan nikmat yang banyak kita kecapi. Nikmat dunia ini sangat sekejap seperti sekelip mata contohnya makanan banyak tetapi tidak tahu nak makan apa ? apakah nikmat yang kau kejar lagi ?? nikmat apa yang sudah ditarik ALLAH dari kau ?? ALLAH ALLAH..jadikan lah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Engkau, yang selalu mengingati Engkau dan bantulah kami dalam memperbaiki amal ibadah kami ini.

Oleh itu bagi tholibul ilm' janganlah engkau khuatir kerana engkau sedang meniti di jalan kesyahidan yang jarang sekali penuntut ilmu memandangnya dan menitik beratkan. Engkau berada di jalan jihad ilmu. dan engkau juga sedang berjihad dengan musuh-musuh tersembunyi walaupun tiada peluru yang merobek dada atau pedang yang menghunus ke perut kau. Engkau sedang berjihad melawan nafsu dan sekutunya yang tidak mengenal erti putus asa untuk memasukkan kau ke dalam neraka jahannam untuk menemani mereka mendiami neraka untuk selamanya. 

Susur pintu masuk ke Baitul Qurro wal Fuqoha' disinilah aku belajar sesuatu tentang jihad ILMU. Tuan Guru Ustaz Zulkifkli dan para habaib dan syuyukh yang hadir untuk memberi tausiyah dan tazkirah tentang sebuah perjuangan yang tiada titik noktah, inilah sunnah orang berjuang di jalan ALLAH. Cuba fikirkan jika tiada generasi yang berilmu, bagaimana nak membimbing umat akhir usia nanti tanpa ilmu dengan melanggar syariat yang ditetapkan ALLAH ia akan menimbulkan suatu bala musibah terhadap ISLAM.


Sekiranya kau rasa jihad ini tidak mencabar, sebenarnya kau sudah tertipu dengan tipu daya syaitan dan nafsmu yang sangat licik sekali. Seolah-olah engkau sudah menarik diri dari medan jihad ini. Ramai yang mengejar untuk jihad dengan mengangkat senjata lagak seperti panglima perang yang garang membaham musuh-musuhnya. Tetapi masih kurang para pejuang yang mengangkat KITABULLAH dan ASSUNNAH untuk berperang di medan idea serta mempertahankan ad-DIN yang HAQ daripada musuh-musuh yang bersembunyi di balik tabir yang sangat halus. YA, untuk sekali lagi, kita memang kurang para pemikir Islam dalam merencanakan strategi serang dan pertahan. Kita seolah-olah sudah kehabisan idea-idea untuk ISLAM.(persoalan ini masih belum terjawab) cukuplah dengan impian aku untuk bersama di belakang pemikir-pemikir ISLAM yang terdahulu, al-Imam As-Syafie rahimahullah, al-Imam Maliki rahimahullah, al-Kindi, Imam al-Ghazali, al-Khawarizmi, Ibn Sina, Sultan Mehmet Al-Fateh dan tokoh-tokoh yang terlalu banyak untuk disebutkan dan jasanya ALLAH saja yang mampu utnk membalas terhadap dunia ISLAM.
Aku Impikan Umat ISLAM yang SATU PADU walaupun berlaian pemikiran tetap bersatu !

Buat arwah Ahmad Ammar beliau telah menginspirasikan aku tentang syahid pada waktu muda. Beliau adalah contoh terbaik untuk pemuda pemudi yang mengimpikan syahid tanpa mengangkat senjata sekali pun jika terpaksa barulah berjuang dengan cara tersebut. Beliau berjiwa besar untuk syahid dan dia adalah hamba yang 'ALLAH allow if you ready for it' . Suka untuk diungkapkan pepatah ini, ''orang yang bijak'sana'(akhirat) akan berkorban pada harta bendanya, dunianya, masanya, kemewahannya, segala apa yang dia suka untuk ALLAH demi meraih kesenangan hidup di sana(akhirat), manakala orang yang bijak'sini'(dunia) terpaut hatinya dengan kemewahan dunia yang sudah tertipu dengan kenikmatannya yang sekelip mata dan banyak berkorbankan untuknya. Maka pilihlah dimana untuk terus kita ikuti orang yang bijaksana atau bijak'sini' ?? tanya hati ! Jika mahukan kebahagiaan hakiki pilihlah jalan yang telah mendapat nikmat daripada ALLAH. Maka engaku akan berbahagia untuk selama-lamanya bersama RABB yang tidak ada permulaan dan pengakhiranNYA.


Sehidmiz Ahmad Ammar, semoga suatu hari nanti aku menyusul di kau....Sungguh ALLAH sudah lama memerhatikan engkau dan sudah kira lengkap sebuah diari perjuangan engkau walaupun tidak kenal dimata manusia tapi sudah cukup masyhur di cerita penduduk langit.
BAHAGIA itu dari dalam diri kesannya zahir rupanya maknawi terpendam bagai permata di dasar hati, BAHAGIA itu pada hati, bertakhta di kerajaan hati terbenam bagai mutiara di lautan nurani. BAHAGIA itu ada jiwa mahkota di singgahsana rasa BAHAGIA itu adalah suatu ketenangan bila sudah tiada gelisah bila miskin syukur pada Tuhan, bila sakit tiada resah di jiwa bukankah Tuhan telah berfirman, ketahuilah dengan mengingati ALLAH jiwa akn menjadi tenang, kebahagiaan itu suatu kesyukuran bila kaya jadi insan pemurah bila berkuasa amanah bila berjaya tidak alpa bila sihat tidak lupakan Tuhan, hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan semua insan kan mengerti maksud terseni ILAHI itulah zikir yang hakiki.

ALLAHU A'LAM

more »

Adab dan Ilmu tidak boleh dipisahkan

Posted by Unknown
ASSALAMUALAIKUM kepada pengunjung blog al-faqer,sekian lama tidak mengupdate post di blog, diatas kesempatan untuk menyiapkan blog dengan interface yang baru kerana diberi satu tugasan dari pensyarah untuk menjadikan blog satu medium limpahan idea dan perbincangan sesuatu yang ilmiah maka inilah wajah baru blog Tinta Sang Mufakkir. Alhamdulillah 'ala kulli nikmah,Allah memperuntukkan sedikit waktu untuk menulis tentang nilai adab dalam membawa keberkatan kepada ilmu serta amalan.

Tujuan utama kita menempuhi jalan-jalan untuk memperolehi ilmu adalah dengan mengamalkannya. Ilmu agama ini bukan seperti ilmu barat,belajar dan kumpul ilmu untuk mengelak dari mudah ditipu oleh orang tapi untuk memperdayakan orang lain boleh saja,ilmu agama bukan sedemikian,tetapi ilmu agama ini satu saja tujuannya iaitu menggapai mardhatillah dan berjumpa Allah Sang Rabbul 'alamin di akhirat kelak,ilmu ini sangat mahal dan ia perlukan beramal untuk mendalaminya.


Ya,pratikkan! 

Untuk memperolehi keberkatan serta istiqamah dalam beramal adab itu sangatlah dititik beratkan oleh ulama-ulama dahulu kala. Ulama itu pewaris nabi dan Allah tidak mencabut ilmu itu daripada dada-dada manusia tetapi dengan mematikan alim ulama, sekaligus telah menghapuskan sedikit demi sedikit sistem adab atau akhlak yang ditekan para alim di dalam metode bertalaqi ilmu dengan tok-tok guru. Berapa ramai para ustaz sekarang yang banyak ilmunya tapi hakikatnya mereka kosong daripada adab-adab yg diajarkan oleh sang Ulama Rabbani,kurangnya adab menghormati para alim ulama membuatkan mereka hebat tentang ilmu.

orang yang pintar banyak, orang yang beradab sedikit. Orang yang beradab sudah pasti pintar, orang yang pintar belum pasti beradab

Adab ini diumpamakan sebagai dasar atau tapak bagi ilmu jika rapuh tapak nya maka rapuh jugalah ilmunya sekaligus tiada keberkatan didalam kehidupan menelusuri jalan jalan ilmunya. Maka tiada jaminan untuknya amal soleh untuk dibawa kepada Allah. imam syafie rahimahullah berguru dengan Imam malik rahimahullah selama 10 tahun, 8 tahun awal itu Imam syafie hanya mempelajari adab sahaja dan selanjutnya baru beliau mempelajari ilmu. Orang sekarang sudah tidak kenal alim ulama besar ini ada saja orang-orang yang lantang memperlekeh imam-imam mazhab ini sedangkan dengan ilmu yang disusun oleh mereka semua siapalah kita pada hari ini untuk memahami al-quran dan assunnah yang begitu luas ilmu untuk memahami isinya.
Diceritakan juga tentang seorang abid yang tidak berilmu bertarung dengan syaitan, kisahnya seorang abid yang taat beribadah. Pada suatu hari penduduk kampungnya menyembah pokok besar di hutan, berita ini sampai kepada beliau, lantas beliau segera membawa kapak dan terus ke hutan untuk mencari pokok besar tersebut untuk menebang pokok tersebut.

Ikutlah resam padi semakin berisi semakin tunduk,Para guru dan ulama terdahulu sangat berhemah dan senantiasa menjaga adab dalam hal khilafiyyah. Jangan lebih murid daripada guru.
Sesampai sahaja beliau di sana untuk menebang pokok tersebut, syaitan menjelma dengan berupakan seorang syeikh yang beserban dan menegah beliau dari menebang pokok tersebut, wahai manusia janganlah menebang pokok tersebut, lalu si abid tadi menjawab pokok ini akan menyesatkan penduduk kampung ku lantas syaitan dan si abid bertarung, lantas si abid berjaya berada di atas dada syaitan dan mengugut untuk membunuh jika menghalangnya untuk menebang pokok tersebut. 
Lalu syaitan mengalah, apabila si abid ingin menghayunkan kapaknya itu syaitan menghalangnya lagi sehinggalah bertarung seperti tadi dan akhirnya si abid berjaya berada didada syaitan dan mengugut membunuhnya. Seraya syaitan berkata aku akan memberi kau duit selagimana kau beribadah dan kau tidak menebang pokok tersebut. Lalu si abid akur dan pulang dan beribadah seperti biasa selepas solat beliau merasakan ada duit dibawah sejadahnya lantas dia mengambil begitulah seterusnya selepas beribadah ada saja duit di bawah sejadahnya. Pada suatu hari si abid usai solat meraba- raba dibawah sejadah tiada duit, bergegas si abid pergi masuk ke hutan dan ingin menebang pokok yang disembah penduduk kampung, lalu muncullah syaitan dan meghalang si abid untuk menebang pokok tersebut, maka berlakulah pertempuran di antara mereka berdua dan akhirnya syaitan berada di atas dada si abid, dan syaitan mengugut bunuh jika si abid berhasrat untuk menumbangkan pokok tersebut, maka berkata mengalah si abid dan berkata bagaimana kau dapat mengalahkan aku syaitan ? dan syaitan berkata "engkau telah terpedaya dengan helah aku, pada awal kau datang engkau ingin menebang pokok itu untuk menyelamatkan penduduk kampung dari tersesat kau berada di landasan yang benar bersama agama Allah, tetapi kali kedua kau datang semata-mata untuk memperolehi ganjaran daripada ibadah kau dan bukan untuk Allah lagi. Maka menyesal lag si abid tadi.
Apa yang di ambil pengajaran disini ialah : -
1.Beramal tanpa ilmu tidak berguna juga sekiranya tiada ilmu yang yakin terhadap Allah berlandaskan iman yang kukuh walau apa pun cara yang datang untuk mengoyahkan iman kita kerana ilmu menjadi perisai kita.
2.Allah itu akan membantu orang-orang yang terlibat dalam menegakkan syiar Allah,oleh tiadalah kerisauan pada seseorang yang berada di jalan Allah lantang kepada perkara yang dan ditindas atau dizalimi oleh orang lain.
3.ketahuilah bahawa syaitan tidak pernah berputus asa dalam menyesatkan dan memperdaya umat manusia untuk membanjiri neraka Allah, syaitan itu pakar dalam memperdaya maka berhati-hatilah dalam menghadapi bisikan-bisikan yangmenyeru ke arah keburukan.Bagaimana syaitan tidak berputus asa untuk memperdaya kita tatpi kita sudah berputus dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kita berdosa tapi tidak mahu merapatkan diri dengan Allah tidak mahu kembali kepada jalan al Quran dan as-sunnah.
ilmu tidak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah, ilmu tidak amal maka gila lah ia.
BERILMU amalkan,BERAMAL ikhlaskan.....


"العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر"


Menuntut ilmu itu juga satu jalan untuk kita beribadah.Allah membuka jalan bagi orang yang mahukan kebaikan dan ilmu.
Semoga ambil iktibar

Kita dituduh ahli bid'ah. Kemudian kita membalas dengan kata-kata yang kasar dan hilang adab. Rugilah kita, kerana Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sangat memelihara adab. Jagalah adab. Tegas, itu adalah adab. Kasar, gunakan perkataan yang biadab, itu bukan adab dan akhlak yang Baginda sollallahu alaihi wasallam ajar.

Allahu a'lam
more »

PPPH 1153 : BIOGRAFI DAN KETOKOHAN AL-FARABI

Posted by Unknown

Al-farabi : sumber internet


Pendahuluan

Al-Farabi merupakan seorang ilmuan Islam yang menguasai pelbagai ilmu pengetahuan tetapi beliau lebih cenderung dalam bidang falsafah dan mantiq. Sepanjang hayatnya al-Farabi kerap mengembara di samping berguru dengan ahli pujangga dan ahli falsafah yang masyhur untuk mendalami ilmunya.

Beliau merupakan tokoh falsafah Islam yang sangat gigih dalam bidang penulisannya dan dikatakan menulis sekitar 100 karya ilmiah yang merangkumi pelbagai tema. Antara karyanya yang terkenal ialah kitab “Fi Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah” yang menjelaskan tentang Teori Kemasyarakatan dan Kenegaraan al-Farabi. Al-Farabi tidak pernah mengambil usaha untuk mencatatkan sendiri peristiwa-peristiwa di dalam penghidupannya sejak dari kecil hinggalah ke zaman penhujung hayatnya.
more »