ILMU itu CAHAYA

memasuki ke dalam hati yang BERCAHAYA

ILMU itu CAHAYA

memasuki ke dalam hati yang BERCAHAYA

Adab PELITA Ilmu

ADAB membawa KEBERKATAN kepada ILMU

Semaikan Benih Kebaikan

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman

Puisi Buat Rahmat Sekalian Alam(Rahmatan lil'alamin)

Posted by Unknown
Assalamualaikum dan selamat menyambut maulidur Rasul bagi tahun 1435H.
"The blessed tree" atau "the only living sahabi" pohon yang mana Rasulullah berteduh jasadnya yang mulia dibawah pohon yang rendang ini, semasa perjalanan ke syam. Al-Buqayawiya, utara Jordan.


Suatu malam yang sunyi sepi,
Ketika baring di tempat tidur sendiri,
Terlintas dalam minda murni,
Ingatan terkenang ke masa lalu yang tak akan kembali.

Masa kecil dipelihara ayah dan ibu kesayangan,
masa kanak-kanak sepermainan,
semasa bersekolah dengan teman-teman.

Makin dikenang makin hiba,
kenangan lalu membuat derita,
terasa perasaan sayu dan hiba,
alangkah terharu rasanya kenangan lama,
tapi kini tinggal kenangan dalam minda saja.

Setelah lama ditayang filem itu dalam minda,
semakin lama semakin resah gelisah,
tidak tentu arah rasanya jiwa,
suasana keliling menekan rasa,
tidak tentu apa hendak dibuat atau dibaca.

Resah gelisah keluh kesah,
rasa sempit da susah,
rasa lemas ditimbun tanah,
Oh ! azabnya tidak terkisah.

Penuh derita azab sengsara,
segalanya tidak berguna,
rasa sengsara seperti nak lepas nyawa.

Tapi dengan pertolongan Ilahi Rabbi,
teringat berselawat ke atas Nabi,
aku pun berselawat banyak-banyak tanpa henti,
akhirnya resah gelisah hilang menyepi.

Baruku tahu pentingnya selawat,
baru hamba tahu fadhilat selawat,
rupanya selawat membuahkan selamat dan rahmat.

Berselawatlah banyak-banyak,
agar dapat syafa'at,
dari Nabi Muhammad,
di dunia dan akhirat....



Salam Cinta dan rindu kepada Sang Kekasih Ilahi


Ya Habibi Ya RasulalLah

Sungguh diri ini terpatri cintamu
rindu acap bertamu
merimbun padu di kalbu
tika aku sendiri menyendiri
terkenangkan peribadi tersangat murni. 
O, indahnya detak rasa mensyahdu diri. 



Ya Habibi Ya Musthafa
Engkau insan suci
darjatmu tinggi tersangat safi
cahaya rahsiamu memancar sani
serinya muasal makhluk terciptakan. 
Seru kalammu memanduku daerah mulia
tamsil peribadimu menuntunku ke Syurga
damai jiwaku disapa nur kasihmu
saat diriku asyik menyebut namamu. 

Sholla ‘alaika ya Habibi
Sholla ‘alaika ya Habibi
Sholla ‘alaika ya Habibi


[Dipetik dari Antologi Puisi Bernafas Islam, RATIB JIWARASA oleh Hafiz Fandani di bawah judul TIKA MERINDUIMU, September 04 2009/ Ramadhan 14 1430].

Qubbatul Khadra' dimana disemadikan jasad yang mulia di bawahnya... aku rindu aku cinta wahai insan yang mulia

مدد يا رسول الله
مدد يا حبيب الله
مدد يا نبي الله
انت المعلم من علمك نعلم من صدقك نفهم انك رسول الله
يا صاحب القران يا هادي عدنان يا رحمة الرحمن لكل عباد الله
يا صاحب الإسراء في ليلة الغراء يا رحمة السماء في كل عباد الله
......يا رب بالمصطفى بلغ مقاصدنا واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم

Shah al-Qadiri
12/1/2014 11:14 p.m.
10 Rabiul awal 1435H
more »

Aku juga mahu Syahid !

Posted by Unknown
Assalamualaikum kepada pengunjung blog yang dikasihi, terima kasih kerana masih sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah puja dan puji kepada Raja yang Menguasai di langit dan Raja yang menguasai di Bumi. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi yang dikasihi di rindui dan dicintai Muhammad Sollallahu alaihi wassalam serta ahli keluarganya dan para sahabat yang diredhai Allah... Alhamdulillah thummalhamdulillah.....


Melihat bumi di akhir usia, daku terfikir dan terbuai dengan angan-angan yang tidak berkesudahan membawa ke alam yang lebih indah dengan kenikmatan yang disediakan oleh Rabbul Jalil, dalam masa yang sama aku risau dan takut dengan kedudukan aku sekarang kerana melihat dunia sedang dibinasa oleh tangan-tangan manusia itu sendiri dengan rakusnya. Dimana kita semasa dunia hampir kiamat ? di bawah panji mukmin ? atau panji munafiq ? 
Semoga ALLAH menempatkan mereka di syurga tertinggi ! AMIIN
haiwan pun tidak mampu untuk survive kehidupan yang ekstrim sejuk ini

Cukup memeritkan kesejukan di bawah takat beku ini. ALLAH....

Melihat gambar-gambar yang tersiar di FB tentang muslim di syria mati kesejukan membuatkan aku seperti manusia paling kejam kerana mampu melihat gambar dan merasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Adakah aku telah menzalimi saudara-saudara ku di sana dengan melihat gambar mereka yang mati kesejukan ? tetapi aku yakin mereka mati bukan kerana kekejaman dunia. Dunia ini bukan tempat mereka, tempat mereka adalah SYURGA ALLAH. Mereka mendapat tempat tertinggi di sisi ALLAH.

salji dihapadan Masjid Dome of Rock, Palestin.


Lantas aku berfikir lagi, itulah hikmah bagi mereka yang berada di Palestin dan Syria dalam kekacauan dunia yang yang kejam terhadap mereka. Meskipun Palestin tidak aman disebabkan perang tapi ganjaran bagi mereka SYAHID, sedangkan kita di bumi yang dikatakan bertuah aman dan damai ini terselit satu bencana jiwa atau hati. Kita ditenggalamkan dengan keduniaan kita boleh mati dalam keadaan kufur nikmat dan mensyirikkan ALLAH dek dunia yang terpaut di hati dengan mengejar pangkat pujian dan kemewahan.Terselit hikmah yang jarang orang-orang nampak. Sedangkan mereka yang bertubi-tubi diduga oleh ALLAH mendapat gelaran as-syahid. ALLAH ALLAH... aku impikan syahid, aku juga mahukan syahid seperti mereka. Tetapi aku tahu 'ALLAH do not allow if you do not ready for it' ini persoal iman. YA, Iman aku masih tahap paling minima di antara mereka untuk syahid di sisi ALLAH. 

Bukan sebarang orang yang boleh berkata syahid kerana syahid mempunyai makna yang besar, bagi orang yang menginginkannya mereka harus mengosongkan hati mereka dari mengejar dunia dan memautkan hati itu dengan tali ALLAH. Bukan senangkan ? cakap memang senang ! Cukuplah dengan nikmat yang banyak kita kecapi. Nikmat dunia ini sangat sekejap seperti sekelip mata contohnya makanan banyak tetapi tidak tahu nak makan apa ? apakah nikmat yang kau kejar lagi ?? nikmat apa yang sudah ditarik ALLAH dari kau ?? ALLAH ALLAH..jadikan lah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Engkau, yang selalu mengingati Engkau dan bantulah kami dalam memperbaiki amal ibadah kami ini.

Oleh itu bagi tholibul ilm' janganlah engkau khuatir kerana engkau sedang meniti di jalan kesyahidan yang jarang sekali penuntut ilmu memandangnya dan menitik beratkan. Engkau berada di jalan jihad ilmu. dan engkau juga sedang berjihad dengan musuh-musuh tersembunyi walaupun tiada peluru yang merobek dada atau pedang yang menghunus ke perut kau. Engkau sedang berjihad melawan nafsu dan sekutunya yang tidak mengenal erti putus asa untuk memasukkan kau ke dalam neraka jahannam untuk menemani mereka mendiami neraka untuk selamanya. 

Susur pintu masuk ke Baitul Qurro wal Fuqoha' disinilah aku belajar sesuatu tentang jihad ILMU. Tuan Guru Ustaz Zulkifkli dan para habaib dan syuyukh yang hadir untuk memberi tausiyah dan tazkirah tentang sebuah perjuangan yang tiada titik noktah, inilah sunnah orang berjuang di jalan ALLAH. Cuba fikirkan jika tiada generasi yang berilmu, bagaimana nak membimbing umat akhir usia nanti tanpa ilmu dengan melanggar syariat yang ditetapkan ALLAH ia akan menimbulkan suatu bala musibah terhadap ISLAM.


Sekiranya kau rasa jihad ini tidak mencabar, sebenarnya kau sudah tertipu dengan tipu daya syaitan dan nafsmu yang sangat licik sekali. Seolah-olah engkau sudah menarik diri dari medan jihad ini. Ramai yang mengejar untuk jihad dengan mengangkat senjata lagak seperti panglima perang yang garang membaham musuh-musuhnya. Tetapi masih kurang para pejuang yang mengangkat KITABULLAH dan ASSUNNAH untuk berperang di medan idea serta mempertahankan ad-DIN yang HAQ daripada musuh-musuh yang bersembunyi di balik tabir yang sangat halus. YA, untuk sekali lagi, kita memang kurang para pemikir Islam dalam merencanakan strategi serang dan pertahan. Kita seolah-olah sudah kehabisan idea-idea untuk ISLAM.(persoalan ini masih belum terjawab) cukuplah dengan impian aku untuk bersama di belakang pemikir-pemikir ISLAM yang terdahulu, al-Imam As-Syafie rahimahullah, al-Imam Maliki rahimahullah, al-Kindi, Imam al-Ghazali, al-Khawarizmi, Ibn Sina, Sultan Mehmet Al-Fateh dan tokoh-tokoh yang terlalu banyak untuk disebutkan dan jasanya ALLAH saja yang mampu utnk membalas terhadap dunia ISLAM.
Aku Impikan Umat ISLAM yang SATU PADU walaupun berlaian pemikiran tetap bersatu !

Buat arwah Ahmad Ammar beliau telah menginspirasikan aku tentang syahid pada waktu muda. Beliau adalah contoh terbaik untuk pemuda pemudi yang mengimpikan syahid tanpa mengangkat senjata sekali pun jika terpaksa barulah berjuang dengan cara tersebut. Beliau berjiwa besar untuk syahid dan dia adalah hamba yang 'ALLAH allow if you ready for it' . Suka untuk diungkapkan pepatah ini, ''orang yang bijak'sana'(akhirat) akan berkorban pada harta bendanya, dunianya, masanya, kemewahannya, segala apa yang dia suka untuk ALLAH demi meraih kesenangan hidup di sana(akhirat), manakala orang yang bijak'sini'(dunia) terpaut hatinya dengan kemewahan dunia yang sudah tertipu dengan kenikmatannya yang sekelip mata dan banyak berkorbankan untuknya. Maka pilihlah dimana untuk terus kita ikuti orang yang bijaksana atau bijak'sini' ?? tanya hati ! Jika mahukan kebahagiaan hakiki pilihlah jalan yang telah mendapat nikmat daripada ALLAH. Maka engaku akan berbahagia untuk selama-lamanya bersama RABB yang tidak ada permulaan dan pengakhiranNYA.


Sehidmiz Ahmad Ammar, semoga suatu hari nanti aku menyusul di kau....Sungguh ALLAH sudah lama memerhatikan engkau dan sudah kira lengkap sebuah diari perjuangan engkau walaupun tidak kenal dimata manusia tapi sudah cukup masyhur di cerita penduduk langit.
BAHAGIA itu dari dalam diri kesannya zahir rupanya maknawi terpendam bagai permata di dasar hati, BAHAGIA itu pada hati, bertakhta di kerajaan hati terbenam bagai mutiara di lautan nurani. BAHAGIA itu ada jiwa mahkota di singgahsana rasa BAHAGIA itu adalah suatu ketenangan bila sudah tiada gelisah bila miskin syukur pada Tuhan, bila sakit tiada resah di jiwa bukankah Tuhan telah berfirman, ketahuilah dengan mengingati ALLAH jiwa akn menjadi tenang, kebahagiaan itu suatu kesyukuran bila kaya jadi insan pemurah bila berkuasa amanah bila berjaya tidak alpa bila sihat tidak lupakan Tuhan, hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan semua insan kan mengerti maksud terseni ILAHI itulah zikir yang hakiki.

ALLAHU A'LAM

more »

Adab dan Ilmu tidak boleh dipisahkan

Posted by Unknown
ASSALAMUALAIKUM kepada pengunjung blog al-faqer,sekian lama tidak mengupdate post di blog, diatas kesempatan untuk menyiapkan blog dengan interface yang baru kerana diberi satu tugasan dari pensyarah untuk menjadikan blog satu medium limpahan idea dan perbincangan sesuatu yang ilmiah maka inilah wajah baru blog Tinta Sang Mufakkir. Alhamdulillah 'ala kulli nikmah,Allah memperuntukkan sedikit waktu untuk menulis tentang nilai adab dalam membawa keberkatan kepada ilmu serta amalan.

Tujuan utama kita menempuhi jalan-jalan untuk memperolehi ilmu adalah dengan mengamalkannya. Ilmu agama ini bukan seperti ilmu barat,belajar dan kumpul ilmu untuk mengelak dari mudah ditipu oleh orang tapi untuk memperdayakan orang lain boleh saja,ilmu agama bukan sedemikian,tetapi ilmu agama ini satu saja tujuannya iaitu menggapai mardhatillah dan berjumpa Allah Sang Rabbul 'alamin di akhirat kelak,ilmu ini sangat mahal dan ia perlukan beramal untuk mendalaminya.


Ya,pratikkan! 

Untuk memperolehi keberkatan serta istiqamah dalam beramal adab itu sangatlah dititik beratkan oleh ulama-ulama dahulu kala. Ulama itu pewaris nabi dan Allah tidak mencabut ilmu itu daripada dada-dada manusia tetapi dengan mematikan alim ulama, sekaligus telah menghapuskan sedikit demi sedikit sistem adab atau akhlak yang ditekan para alim di dalam metode bertalaqi ilmu dengan tok-tok guru. Berapa ramai para ustaz sekarang yang banyak ilmunya tapi hakikatnya mereka kosong daripada adab-adab yg diajarkan oleh sang Ulama Rabbani,kurangnya adab menghormati para alim ulama membuatkan mereka hebat tentang ilmu.

orang yang pintar banyak, orang yang beradab sedikit. Orang yang beradab sudah pasti pintar, orang yang pintar belum pasti beradab

Adab ini diumpamakan sebagai dasar atau tapak bagi ilmu jika rapuh tapak nya maka rapuh jugalah ilmunya sekaligus tiada keberkatan didalam kehidupan menelusuri jalan jalan ilmunya. Maka tiada jaminan untuknya amal soleh untuk dibawa kepada Allah. imam syafie rahimahullah berguru dengan Imam malik rahimahullah selama 10 tahun, 8 tahun awal itu Imam syafie hanya mempelajari adab sahaja dan selanjutnya baru beliau mempelajari ilmu. Orang sekarang sudah tidak kenal alim ulama besar ini ada saja orang-orang yang lantang memperlekeh imam-imam mazhab ini sedangkan dengan ilmu yang disusun oleh mereka semua siapalah kita pada hari ini untuk memahami al-quran dan assunnah yang begitu luas ilmu untuk memahami isinya.
Diceritakan juga tentang seorang abid yang tidak berilmu bertarung dengan syaitan, kisahnya seorang abid yang taat beribadah. Pada suatu hari penduduk kampungnya menyembah pokok besar di hutan, berita ini sampai kepada beliau, lantas beliau segera membawa kapak dan terus ke hutan untuk mencari pokok besar tersebut untuk menebang pokok tersebut.

Ikutlah resam padi semakin berisi semakin tunduk,Para guru dan ulama terdahulu sangat berhemah dan senantiasa menjaga adab dalam hal khilafiyyah. Jangan lebih murid daripada guru.
Sesampai sahaja beliau di sana untuk menebang pokok tersebut, syaitan menjelma dengan berupakan seorang syeikh yang beserban dan menegah beliau dari menebang pokok tersebut, wahai manusia janganlah menebang pokok tersebut, lalu si abid tadi menjawab pokok ini akan menyesatkan penduduk kampung ku lantas syaitan dan si abid bertarung, lantas si abid berjaya berada di atas dada syaitan dan mengugut untuk membunuh jika menghalangnya untuk menebang pokok tersebut. 
Lalu syaitan mengalah, apabila si abid ingin menghayunkan kapaknya itu syaitan menghalangnya lagi sehinggalah bertarung seperti tadi dan akhirnya si abid berjaya berada didada syaitan dan mengugut membunuhnya. Seraya syaitan berkata aku akan memberi kau duit selagimana kau beribadah dan kau tidak menebang pokok tersebut. Lalu si abid akur dan pulang dan beribadah seperti biasa selepas solat beliau merasakan ada duit dibawah sejadahnya lantas dia mengambil begitulah seterusnya selepas beribadah ada saja duit di bawah sejadahnya. Pada suatu hari si abid usai solat meraba- raba dibawah sejadah tiada duit, bergegas si abid pergi masuk ke hutan dan ingin menebang pokok yang disembah penduduk kampung, lalu muncullah syaitan dan meghalang si abid untuk menebang pokok tersebut, maka berlakulah pertempuran di antara mereka berdua dan akhirnya syaitan berada di atas dada si abid, dan syaitan mengugut bunuh jika si abid berhasrat untuk menumbangkan pokok tersebut, maka berkata mengalah si abid dan berkata bagaimana kau dapat mengalahkan aku syaitan ? dan syaitan berkata "engkau telah terpedaya dengan helah aku, pada awal kau datang engkau ingin menebang pokok itu untuk menyelamatkan penduduk kampung dari tersesat kau berada di landasan yang benar bersama agama Allah, tetapi kali kedua kau datang semata-mata untuk memperolehi ganjaran daripada ibadah kau dan bukan untuk Allah lagi. Maka menyesal lag si abid tadi.
Apa yang di ambil pengajaran disini ialah : -
1.Beramal tanpa ilmu tidak berguna juga sekiranya tiada ilmu yang yakin terhadap Allah berlandaskan iman yang kukuh walau apa pun cara yang datang untuk mengoyahkan iman kita kerana ilmu menjadi perisai kita.
2.Allah itu akan membantu orang-orang yang terlibat dalam menegakkan syiar Allah,oleh tiadalah kerisauan pada seseorang yang berada di jalan Allah lantang kepada perkara yang dan ditindas atau dizalimi oleh orang lain.
3.ketahuilah bahawa syaitan tidak pernah berputus asa dalam menyesatkan dan memperdaya umat manusia untuk membanjiri neraka Allah, syaitan itu pakar dalam memperdaya maka berhati-hatilah dalam menghadapi bisikan-bisikan yangmenyeru ke arah keburukan.Bagaimana syaitan tidak berputus asa untuk memperdaya kita tatpi kita sudah berputus dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kita berdosa tapi tidak mahu merapatkan diri dengan Allah tidak mahu kembali kepada jalan al Quran dan as-sunnah.
ilmu tidak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah, ilmu tidak amal maka gila lah ia.
BERILMU amalkan,BERAMAL ikhlaskan.....


"العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر"


Menuntut ilmu itu juga satu jalan untuk kita beribadah.Allah membuka jalan bagi orang yang mahukan kebaikan dan ilmu.
Semoga ambil iktibar

Kita dituduh ahli bid'ah. Kemudian kita membalas dengan kata-kata yang kasar dan hilang adab. Rugilah kita, kerana Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sangat memelihara adab. Jagalah adab. Tegas, itu adalah adab. Kasar, gunakan perkataan yang biadab, itu bukan adab dan akhlak yang Baginda sollallahu alaihi wasallam ajar.

Allahu a'lam
more »

PPPH 1153 : BIOGRAFI DAN KETOKOHAN AL-FARABI

Posted by Unknown

Al-farabi : sumber internet


Pendahuluan

Al-Farabi merupakan seorang ilmuan Islam yang menguasai pelbagai ilmu pengetahuan tetapi beliau lebih cenderung dalam bidang falsafah dan mantiq. Sepanjang hayatnya al-Farabi kerap mengembara di samping berguru dengan ahli pujangga dan ahli falsafah yang masyhur untuk mendalami ilmunya.

Beliau merupakan tokoh falsafah Islam yang sangat gigih dalam bidang penulisannya dan dikatakan menulis sekitar 100 karya ilmiah yang merangkumi pelbagai tema. Antara karyanya yang terkenal ialah kitab “Fi Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah” yang menjelaskan tentang Teori Kemasyarakatan dan Kenegaraan al-Farabi. Al-Farabi tidak pernah mengambil usaha untuk mencatatkan sendiri peristiwa-peristiwa di dalam penghidupannya sejak dari kecil hinggalah ke zaman penhujung hayatnya.
more »

Bicara CINTA

Posted by Unknown
Assalamualaikum kepada pembaca yang dihormati,Alhamdulillah segala puja dan puji hanya untuk Allah. Sekian lama tidak membuat post didalam blog ini,setelah sebulan bermujahadah dalam amal ibadah didalam bulan ramadhan dan merai kejayaan di dalam bulan syawal,syukur dapat jua melepaskan apa yang tertangguh didalam blog ini. 
Beralih ke alam dewasa membuatkan kita saling berfikir,melayang-layang,mencari-cari tentang 5 huruf ini iaitu C.I.N.T.A . Bukan mudah untuk menjawab segala persoalan ini,kerana ini berkait rapat dengan hati nurani dan fitrah sebagai manusia yang akan melalui pengalaman tentangnya. Cinta sangat berkuasa dan mempengaruhi perilaku seseorang sehingga ada yang sudah masuk ke alam cinta dan terus lenyap atau terbang bersama alam cinta yang mengkhayalkan dan adakala sangat membingungkan. Ini semua bermula dari satu perasaan yang sangat tidak dapat terungkap melalui penulisan yang sangat kerdil ini. Berbicara mengenai cinta bukan satu madah berkaitan seseorang itu jiwang tetapi ia satu ilmu yang harus seorang muslim tahu bahawa agama Islam sangat menitik berat berkenaan persoalan hati dan cara menangani cinta dalam Islam kerana Islam itu syumul. Jadi sedikit perkongsian dari sekian banyak perbincangan dari ahli group didalam fb saya berbincang mengenainya. . . .
more »

BAGAIMANA UNTUK ISTIQAMAH SEPANJANG RAMADHAN???

Posted by Unknown
Assalamualaikum kepada para pegunjung blog saya,Alhamdulillah thumma alhamdulillah,syukur ke hadrat ke Ilahi yang mana Allah telah menyampaikan kita ke dalam madrasah Ramadhan al-Mubarak.Moga-moga Allah S.W.T memberikan kita kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi bulan puasa ini,mudah-mudahan hati kita ini diasuh,ditarbiyah,dijaga dan dipelihara sepanjang bulan ramadhan ini,supaya menjadi orang yang bertaqwa bersesuaian dengan Firman Allah didalam al-Baqarah ayat 183 : "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,SUPAYA KAMU BERTAQWA."dan asal tujuan berpuasa ini adalah kita melatih diri kita daripada mengawal nafsu makan,menjaga pemakanan.Hal ini apabila diteliti di dalam kitab Penawar Bagi Hati,Syeikh al-Mandili menegaskan punca KEMAKSIATAN itu berpunca dari BANYAKNYA MAKAN.Jadi bulan Ramadhan adalah permulaan yang terbaik untuk kita melakukan perubahan dan mulakan istiqamah.Insya Allah.Seterusnya sedikit perkongsian daripada al-habib Ali al-Jufri cara untuk kita istiqamah atau tetap dalam  bulan ramadhan ini.Semoga bermanfaat.

Peta minda ringkas selingan mengenai Ramadhan al Mubarak
more »