Adab dan Ilmu tidak boleh dipisahkan
ASSALAMUALAIKUM kepada pengunjung blog al-faqer,sekian lama tidak mengupdate post di blog, diatas kesempatan untuk menyiapkan blog dengan interface yang baru kerana diberi satu tugasan dari pensyarah untuk menjadikan blog satu medium limpahan idea dan perbincangan sesuatu yang ilmiah maka inilah wajah baru blog Tinta Sang Mufakkir. Alhamdulillah 'ala kulli nikmah,Allah memperuntukkan sedikit waktu untuk menulis tentang nilai adab dalam membawa keberkatan kepada ilmu serta amalan.
Tujuan utama kita menempuhi jalan-jalan untuk memperolehi ilmu adalah dengan mengamalkannya. Ilmu agama ini bukan seperti ilmu barat,belajar dan kumpul ilmu untuk mengelak dari mudah ditipu oleh orang tapi untuk memperdayakan orang lain boleh saja,ilmu agama bukan sedemikian,tetapi ilmu agama ini satu saja tujuannya iaitu menggapai mardhatillah dan berjumpa Allah Sang Rabbul 'alamin di akhirat kelak,ilmu ini sangat mahal dan ia perlukan beramal untuk mendalaminya.
Ya,pratikkan!
Untuk memperolehi keberkatan serta istiqamah dalam beramal adab itu sangatlah dititik beratkan oleh ulama-ulama dahulu kala. Ulama itu pewaris nabi dan Allah tidak mencabut ilmu itu daripada dada-dada manusia tetapi dengan mematikan alim ulama, sekaligus telah menghapuskan sedikit demi sedikit sistem adab atau akhlak yang ditekan para alim di dalam metode bertalaqi ilmu dengan tok-tok guru. Berapa ramai para ustaz sekarang yang banyak ilmunya tapi hakikatnya mereka kosong daripada adab-adab yg diajarkan oleh sang Ulama Rabbani,kurangnya adab menghormati para alim ulama membuatkan mereka hebat tentang ilmu.
Adab ini diumpamakan sebagai dasar atau tapak bagi ilmu jika rapuh tapak nya maka rapuh jugalah ilmunya sekaligus tiada keberkatan didalam kehidupan menelusuri jalan jalan ilmunya. Maka tiada jaminan untuknya amal soleh untuk dibawa kepada Allah. imam syafie rahimahullah berguru dengan Imam malik rahimahullah selama 10 tahun, 8 tahun awal itu Imam syafie hanya mempelajari adab sahaja dan selanjutnya baru beliau mempelajari ilmu. Orang sekarang sudah tidak kenal alim ulama besar ini ada saja orang-orang yang lantang memperlekeh imam-imam mazhab ini sedangkan dengan ilmu yang disusun oleh mereka semua siapalah kita pada hari ini untuk memahami al-quran dan assunnah yang begitu luas ilmu untuk memahami isinya.
Diceritakan juga tentang seorang abid yang tidak berilmu bertarung dengan syaitan, kisahnya seorang abid yang taat beribadah. Pada suatu hari penduduk kampungnya menyembah pokok besar di hutan, berita ini sampai kepada beliau, lantas beliau segera membawa kapak dan terus ke hutan untuk mencari pokok besar tersebut untuk menebang pokok tersebut.
![]() |
| Ikutlah resam padi semakin berisi semakin tunduk,Para guru dan ulama terdahulu sangat berhemah dan senantiasa menjaga adab dalam hal khilafiyyah. Jangan lebih murid daripada guru. |
Sesampai sahaja beliau di sana untuk menebang pokok tersebut, syaitan menjelma dengan berupakan seorang syeikh yang beserban dan menegah beliau dari menebang pokok tersebut, wahai manusia janganlah menebang pokok tersebut, lalu si abid tadi menjawab pokok ini akan menyesatkan penduduk kampung ku lantas syaitan dan si abid bertarung, lantas si abid berjaya berada di atas dada syaitan dan mengugut untuk membunuh jika menghalangnya untuk menebang pokok tersebut.
Lalu syaitan mengalah, apabila si abid ingin menghayunkan kapaknya itu syaitan menghalangnya lagi sehinggalah bertarung seperti tadi dan akhirnya si abid berjaya berada didada syaitan dan mengugut membunuhnya. Seraya syaitan berkata aku akan memberi kau duit selagimana kau beribadah dan kau tidak menebang pokok tersebut. Lalu si abid akur dan pulang dan beribadah seperti biasa selepas solat beliau merasakan ada duit dibawah sejadahnya lantas dia mengambil begitulah seterusnya selepas beribadah ada saja duit di bawah sejadahnya. Pada suatu hari si abid usai solat meraba- raba dibawah sejadah tiada duit, bergegas si abid pergi masuk ke hutan dan ingin menebang pokok yang disembah penduduk kampung, lalu muncullah syaitan dan meghalang si abid untuk menebang pokok tersebut, maka berlakulah pertempuran di antara mereka berdua dan akhirnya syaitan berada di atas dada si abid, dan syaitan mengugut bunuh jika si abid berhasrat untuk menumbangkan pokok tersebut, maka berkata mengalah si abid dan berkata bagaimana kau dapat mengalahkan aku syaitan ? dan syaitan berkata "engkau telah terpedaya dengan helah aku, pada awal kau datang engkau ingin menebang pokok itu untuk menyelamatkan penduduk kampung dari tersesat kau berada di landasan yang benar bersama agama Allah, tetapi kali kedua kau datang semata-mata untuk memperolehi ganjaran daripada ibadah kau dan bukan untuk Allah lagi. Maka menyesal lag si abid tadi.
Apa yang di ambil pengajaran disini ialah : -
1.Beramal tanpa ilmu tidak berguna juga sekiranya tiada ilmu yang yakin terhadap Allah berlandaskan iman yang kukuh walau apa pun cara yang datang untuk mengoyahkan iman kita kerana ilmu menjadi perisai kita.
2.Allah itu akan membantu orang-orang yang terlibat dalam menegakkan syiar Allah,oleh tiadalah kerisauan pada seseorang yang berada di jalan Allah lantang kepada perkara yang dan ditindas atau dizalimi oleh orang lain.
3.ketahuilah bahawa syaitan tidak pernah berputus asa dalam menyesatkan dan memperdaya umat manusia untuk membanjiri neraka Allah, syaitan itu pakar dalam memperdaya maka berhati-hatilah dalam menghadapi bisikan-bisikan yangmenyeru ke arah keburukan.Bagaimana syaitan tidak berputus asa untuk memperdaya kita tatpi kita sudah berputus dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kita berdosa tapi tidak mahu merapatkan diri dengan Allah tidak mahu kembali kepada jalan al Quran dan as-sunnah.
ilmu tidak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah, ilmu tidak amal maka gila lah ia.
BERILMU amalkan,BERAMAL ikhlaskan.....
BERILMU amalkan,BERAMAL ikhlaskan.....
"العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر"
Menuntut ilmu itu juga satu jalan untuk kita beribadah.Allah membuka jalan bagi orang yang mahukan kebaikan dan ilmu.
Allahu a'lam












0 comments: