Puisi Buat Rahmat Sekalian Alam(Rahmatan lil'alamin)
Assalamualaikum dan selamat menyambut maulidur Rasul bagi tahun 1435H.
Suatu malam yang sunyi sepi,
![]() |
| "The blessed tree" atau "the only living sahabi" pohon yang mana Rasulullah berteduh jasadnya yang mulia dibawah pohon yang rendang ini, semasa perjalanan ke syam. Al-Buqayawiya, utara Jordan. |
Suatu malam yang sunyi sepi,
Ketika baring di tempat tidur sendiri,
Terlintas dalam minda murni,
Ingatan terkenang ke masa lalu yang tak akan kembali.
Masa kecil dipelihara ayah dan ibu kesayangan,
masa kanak-kanak sepermainan,
semasa bersekolah dengan teman-teman.
Makin dikenang makin hiba,
kenangan lalu membuat derita,
terasa perasaan sayu dan hiba,
alangkah terharu rasanya kenangan lama,
tapi kini tinggal kenangan dalam minda saja.
Setelah lama ditayang filem itu dalam minda,
semakin lama semakin resah gelisah,
tidak tentu arah rasanya jiwa,
suasana keliling menekan rasa,
tidak tentu apa hendak dibuat atau dibaca.
Resah gelisah keluh kesah,
rasa sempit da susah,
rasa lemas ditimbun tanah,
Oh ! azabnya tidak terkisah.
Penuh derita azab sengsara,
segalanya tidak berguna,
rasa sengsara seperti nak lepas nyawa.
Tapi dengan pertolongan Ilahi Rabbi,
teringat berselawat ke atas Nabi,
aku pun berselawat banyak-banyak tanpa henti,
akhirnya resah gelisah hilang menyepi.
Baruku tahu pentingnya selawat,
baru hamba tahu fadhilat selawat,
rupanya selawat membuahkan selamat dan rahmat.
Berselawatlah banyak-banyak,
agar dapat syafa'at,
dari Nabi Muhammad,
Salam Cinta dan rindu kepada Sang Kekasih Ilahi
Ya Habibi Ya RasulalLah
Sungguh diri ini terpatri cintamu
rindu acap bertamu
merimbun padu di kalbu
tika aku sendiri menyendiri
terkenangkan peribadi tersangat murni.
O, indahnya detak rasa mensyahdu diri.
Ya Habibi Ya Musthafa
Engkau insan suci
darjatmu tinggi tersangat safi
cahaya rahsiamu memancar sani
serinya muasal makhluk terciptakan.
Seru kalammu memanduku daerah mulia
tamsil peribadimu menuntunku ke Syurga
damai jiwaku disapa nur kasihmu
saat diriku asyik menyebut namamu.
Sholla ‘alaika ya Habibi
Sholla ‘alaika ya Habibi
Sholla ‘alaika ya Habibi
[Dipetik dari Antologi Puisi Bernafas Islam, RATIB JIWARASA oleh Hafiz Fandani di bawah judul TIKA MERINDUIMU, September 04 2009/ Ramadhan 14 1430].
![]() |
| Qubbatul Khadra' dimana disemadikan jasad yang mulia di bawahnya... aku rindu aku cinta wahai insan yang mulia |
مدد يا رسول الله
مدد يا حبيب الله
مدد يا نبي الله
انت المعلم من علمك نعلم من صدقك نفهم انك رسول الله
يا صاحب القران يا هادي عدنان يا رحمة الرحمن لكل عباد الله
يا صاحب الإسراء في ليلة الغراء يا رحمة السماء في كل عباد الله
......يا رب بالمصطفى بلغ مقاصدنا واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم
Shah al-Qadiri
12/1/2014 11:14 p.m.
10 Rabiul awal 1435H












0 comments: