Hentikan Mengadu Domba PRU13
Assalamualaikum para pembaca dan terima kasih sudi mengunjung blog saya,ini adalah pendapat saya dan hasil pembacaan dari ahli-ahli agama dan akademik,jadi saya ambil dan buat sedikit kesimpulan bagi menenangkan perasaan selepas berkobar untuk PRU13 dan pasca PRU13.Semoga dapat ambil iktibar dan sedikit renungan.Pertama dan utama saya menghulurkan seribu kemaafan jika ada tersalah bahasa dan keterlanjuran penulisan ini.
Apabila melihat kesan selepas kemenangan atau kekalahan ahli-ahli politik didalam PRU13 kali ini.Teringat kalam-kalam syeikhuna Tuan Guru Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki bahawasanya setiap pertandingan pasti ada orang yang menang dan pasti ada orang yang kalah itu adat.Tetapi seharusnya kita harus sedar jugak bahawa Allah juga merancang dan pastinya Allah jua lebih tahu yang terbaik untuk kita dan mahu kita kembali kepadanya.Menangis dan merintih kepadaNya,Allah rindukan rintihan daripada hambaNya.Jadi janganlah kamu sekalian merasa besar untuk memperkecilkan hamba-hambaNya yang lain kerana Allah berfirman KUNTUM KHAIRA UMMATIN.Allah telah mengangkat darjat hamba-hambaNya yakni manusia pada umat Muhammad ini sebaik-baik umat jadi tidak molek lah apabila kita sebagai hamba berlagak seperti Tuhan untuk menghukum seseorang itu.
Berkata Ustaz Zulkarnain didalam ceramah beliau mengingatkan tentang 5 prinsip maqasid syariah yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin,pertama hifzh ad-din (menjaga agama) maka pemimpin dari bawah hinggalah atas kenalah menjaga solat para jemaah di qariah(kampung) hinggalah kepada negara.kedua hifzh an-nafs (menjaga jiwa),bertanggungjawab bagi pemimpin menjaga keselamatan rakyatnya.ketiga,hifzh al-‘aql(menjaga akal)pemimpin juga harus memantau akan anak-anak buah bahawanya tidak terlibat dalam merosakkan akal mereka seperti menghidu gam dan sbgainya.Keempat,hifzh an-nasl (menjaga keturunan) bertanggungjawab dalam memelihara nasab,sperti mengekang masalah gejala sosial dan zina.Kelima,hizh al-mal (menjaga harta) dan terakhir sekali amanah dengan segala urusan harta benda kerajaan yang diamanahkan kepada pemimpin.
Jadi pemimpin tanggungjawabnya berat. Jika seorang rakyat malaysia ini tidak solat, pemimpin adalah orang yang pertama akan ditanya, kenapa dia tidak solat? Sekurang-kurangnya kena jadi macam Umar. tiap-tiap malam keluar rumah berjalan ke seluruh negeri madinah secara senyap-senyap. sampai terjumpa ibu yang masak batu untuk anak-anaknya agar anak-anaknya tidur.Kesultanan Melayu Melaka juga mempunyai tokoh pemimpin yang sangat mengambil berat dengan amanahnya untuk menjaga agama Allah,Sultan Alauddin riayat Syah juga pernah keluar malam menyamar seperti rakyat biasa semata-mata untuk menjaga kemanan dan keselamatan rakyatnya.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka juga sultan-sultan sangat mengangkat darjat mereka di Istana dan mereka dihormati apabila sebelum membuat keputusan hal-hal istana mereka akan mendapatkan nasihat dari para alim ulama mengenai sesuatu hukum syariat jika berlawanan dengan keputusan yang dibuat.Mereka(alim ulama) bukannya menegur mencari kesalahan tetapi ia satu amanah yang harus ditegakkan satu wasilah yang harus diberi perhatian.
Setelah banyak pembangunan material dan fizikal yang telah pesat dibangunkan oleh kerajaan,hendaklah jua pemimpin itu membangunkan rohaniah kepada rakyat seiring dengan kepesatan pembangunan dan mengadakan majlis-majlis ilmu,menjadikan seimbang antara zahir dan batin atau fizikal dan rohani.Jika tidak pembangunan fizikal yang terlampau pesat akan mematikan hati manusia kepada Allah.
#Kepada pemimpin yang terpilih galaslah taggungjawab anda dengan penuh berhemah dan berpandukan ilmu pengetahuan dan berpandukan Al-quran dan as-sunnah dan akhir sekali "selamat memimpin",semoga menjadi pemimpin yang mendapat tempat disisi Allah.
WaAllahua'lam,sekian dari al-faqir shah al-qadiri,maaf saya budak baru belajar.
![]() |
| رأيي صواب ويحتمل خطأً ورأيك خطأٌ ويحتمل صواباً "Boleh jadi pendapat saya betul, tetapi boleh jadi salah, boleh jadi pendapat kamu salah tetapi boleh jadi betul" |

| Nafsu bukan untuk dilawan tapi di didik dan ditarbiyah agar menjadi nafsu Mutmainnah. |
Dato' Syeikh Fuad Bin kamaludin As-Sanusi pernah memperingatkan kepada kami tentang bahayanya fitnah akhir zaman didalam sebuah muhadarah beliau,dan beliau menyuruh para hadirin meneliti hadis didalam hadis nabi bab Fitan sebelum mengakhiri ceramah beliau.
Hadis Fitan
Abu Hurairah merekodkan daripada Nabi sallahu alaihi wasalam(s.a.w):
Masa terasa pendek, amal soleh berkurangan, kebakhilan bermaharajalela, fitnah (maksiat) berleluasa, dan banyaknya kekecohan. Para sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah! Apakah kekecohan tersebut? Nabi s.a.w menjawab: “Pembunuhan-pembunuhan”.
(HR Bukhari dalam Kitab Fitan dalam bab ‘Zuhur Al-Fitan’ dan HR Muslim dalam Kitab Al-‘Ilm)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan” (Riwayat Muslim).
Hentikanlah mengadu domba..Yang ni kutuk cara ini,Yang belah sana pulak mengata cara begitu.Sejak dua menjak ni, aktiviti adu domba sangat dasyat,Ingat Allah saudara.inilah antara keburukan Facebook,mencipta dosa kering..perbanyakkan zikir saudara dan bertaubat.
dalam masa mencari hujah-hujah untuk memepertahankan parti masing-masing,mereka lupa kalam Rasulillah,tak kisahlah hujah mereka tu berasas atau pun retorik semata-mata janji parti masing-masing nampak gah dan betul dalam semua aspek.Fitnah-fitnah tu belakang cerita lah janji nampak hebat

Firman Allah : "Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - al Baqarah 2:191
#Sebenarnya,semua perkara yang kita gaduhkan tidak lah sepenting perkara yang kita tinggalkan iaitu MISI UTAMA semua para Nabi dihantar ke muka bumi iaitu untuk MEMBETULKAN AKIDAH (keyakinan dalam hati) MANUSIA...
Kalau tak undi,tak join politik,tak jatuh kafir,tak masuk neraka..
Tapi kalau tak mau belajar akidah sahih,akidah salah,akidah kotor,itu konfem dah neraka.....MARILAH BERAMAL DENGAN ILMU DAN AMALKANNYA,DAN IKHLASKANNYA.

| kata-kata sang pencerah Habib Umar sudah cukup meningatkan kita tentang siapa sepatutnya kita harus takut bukan manusia tetapi Allah,azab dan janjiNya adalah benar belaka. |

0 comments: