Jalan yang singkat tetapi bermakna.

Assalamualaikum kepada para pengunjung yang dikasihi Allah,Alhamdulillah thummalhamdulillah pada 17 jun saya dapat menghadiri majlis isra' wal mikraj yang diadakan di Baitul Qurro' wal Fuqoha' yang dihadiri oleh para habaib iaitu al Habib Soleh al Aydrus(anak murid senior kepada abuya al Muhaddith Dr. syeikh Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki) daripada Malang,Indonesia dan al Habib Umar Bin Abdul Rahman al Jufri(timbalan mudir Ribat di Madinah).Mereka kesemua adalah sangat alim dalam bidang masing-masing dan sangat beradab dan berakhak yang mulia.

Majlis ilmu dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan disudahi dengan bacaan ratib al haddad dan dibacakan kepda kami oleh al Habib Umar bin Abdul Rahman al Jufri dengan kitab aqidah yang dikarang oleh imam Abdullah bin Alawi al Haddad yang mana diberitahu oleh al habib bahawa kitab aqidah yang diringkaskan ini sudah cukup untuk memsucikan aqidah kita terhadap Allah. Seterusnya Al fadhil tuan guru yang dikasihi Ustaz Zulkifli bin Ismail menyampaikan kata-kata aluan dan rasa tawadhuk beliau terhadap kehadiran para habaib ke madrasah beliau.
dari kiri al habib Soleh al aydrus dan al habib Umar abdul rahman al jufri.


al habib Soleh al aydrus membuka tausiyah nya dengan membaca muqaddimah dari kitab "sabilul iktikad" kitab aqidah ahli sunnah wal jamaah,di dalamnya menerangkan bahawasanya tujuan hidup manusia di dunia.Didalam kitab tersebut menerangkan tentang masa terdiri daripada 5 alam,bermulanya dengan alamu zar yakni alam benih yang turun temurun dari bapa manusia iaitu Nabi Adam alaihissalam sehinggalah umat Nabi Muhammad,seterusnya alam dunya(alam ini dikatakan PALING SINGKAT masanya diantara kelima-lima alam tersebut,dan alam ini juga yang bakal MENENTUKAN KEADAAN bagaimana kita akan melalui alam-alam yang bakal ditempuhi).Para Ulama' mengatakan bahawa alam seterusnya mempunyai tempoh masa yang sangat lama malah berpuluh-puluh ribu tahun,kita apabila menunggu sejam saja sudah bosan inikan pula beribu-beribu tahun lamanya.Apakah dalam masa yang singkat ini(alam dunya) mampu kita membawa amalan-amalan ketaatan yang mampu kita bawa untuk menempuhi alam-alam yang seterusnya yang tempoh masanya yang sangat panjang dan lama,bagaimana pula jika kita mempunyai amalan yang sedikit untuk dibawa bekalan ke alam seterusnya pasti perkara itu menyulitkan perjalanan ke alam seterus-seterusnya.Seterusnya al Habib berbicara kehidupan yang sering kita lalui ini yang sering kali sama perjalanannya dan ada diantara kita jemu dan bosan dengan pusingan kehidupan ini bakal diakhiri dengan kematian,syarat bagi mati ialah hidup jadi apa-apa yang bernyawa dan hidup pasti merasai mati.Sesungguhnya kematian tidak memilih bulu,jadi tiada siapa terlepas daripada kematian.Dan kehidupan di syurga dan neraka tiada lagi kematian,hal ini kerana kematian itu juga adalah makhluk Allah SWT saat hari kiamat makhluk maut ini akan dijelmakan oleh Allah Azza Wajjala dalam bentuk kibash dan disembelih,maka tida lagi selepas itu maut atau kematian bagi semua makhluk.Sesungguhnya ketahuilah bagi kita dan wajib ke atas kita bersyukur terhadap Allah kerana kita tidak pernah terlintas untuk meminta dan terfikir untuk meminta dilahirkan dalam kalangan umat yang terbaik yakni umat Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wassalam.Bahawasanya ketahuilah Rasulillah sangat menjaga umatnya saat kehidupan dunia hinggalah saat di ambang penentuan di titian siratul mustakim yang tempoh masanya sangat lama,para mufassir berkata bahawa perjalanan di siratol mustakim itu memakan masa selama 30000 tahun,Maha Suci Allah yang mempunyai segala pengetahuan tentang hamba-Nya.Jadi Rasulillah akan memberi syafaat kepada ummatnya sehinggakan Rasulillah sanggup menarik ummatnya yang hampir saja terjatuh ke dalam lembah neraka dengan tali untuk menyelamatkan ummatnya.Seterusnya Nabi Musa 'Alaihissalam menangis kerana mahu menjadi diantara umat Nabi terakhir Nabi Muhammad,tetapi Allah Maha Berkuasa dan kesemua di dalam pengetahuannya yang hamba-hambaNya tidak tahu.


Tausiyah dari al Habib Umar bin Abdul Rahman Al Jufri,pula menasihati bahawa jangn meninggalkan amalan yang kecil dan jarang dilakukan seperti sunat isyraq dan sunat awwabin serta berpuasa sunat pada hari-hari terang,kesemua amalan tersebut mempunyai fadhilat atau ganjaran yang besar.Seterusnya al habib menasihati kaum muslimat supaya jaga tiga perkara iaitu taat kepada suami,solat lima waktu,dan puasa di bulan ramadhan tetapi syaitan selalu membisik supaya meninggalkan ketaatan kepada si suami.Seterusnya apabila menghadiri majlis ulama' apabila alim menasihati jangan tidak melakukan,sperti bersedekah kepada orang yang memerlukan apabila melihat di dalam wallet ada Rm100 maka kita cakap maaf nanti saya bagi kerana tiada duit kecil,kita tidak tahu yang menguji kita itu sama ada manusia atau malaikat yang mahu menguji tahap keimanan kita.
Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3). 

#tausiyah daripada para habaib sangat menyedarkan saya tentang usia kehidupan tersangatlah singkat dan tidak ketahui kematian kita bakal menjemput bila-bila masa sahaja.sudah cukupkah amalan ketaatan kita terhadap Allah dan cukupkah sebagai bekalan untuk dibawa ke alam seterusnya yang tempoh masanya yang sangat lama,itu semua ditentukan di alam yang pendek masanya yakni alam dunia ini.Ada mata perhatikan,ada hati renung dan bermuhasabah lah,sesungguhnya besarlah kejayaan bagi orang-orang yang selalu bermuhasabah.Akhir sekali al habib soleh al aydrus bakal mengajar kitab sabilul iktikad sangat berharap dapat mengikuti kuliah beliau nanti insya Allah.
  
Allahu a'lam

2 comments:

  1. alhamdulillah..ringkas dan padat dgn ilmu yg amat berguna..syukran ats perkongsiannya ya akhi..

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah dapat dikumpul bersama habaib dlm majlis ilmu yg tradisi para salafus soleh....semoga memberi peringatan dan menambahkan sedikit sbyk ilmu yg ada di dlmnya...insya Allah

    ReplyDelete