Wanita Umpama Air

Assalamualaikum kepada pengunjung blog,sekian lama tidak mengemas kini blog jadi hari ini ada mood jadi dapatlah meluangkan masa dengan sedikit ilmu dan cerita yang ana patut dikongsikan.
Air sumber kehidupan.Peliharalah wudhuk kita kerana para malaikat selalu mendoakan
orang yang berkeadaan berwudhuk




Sebelum membaca tentang cerita selanjutnya marilah kita menambah ilmu berkenaan air musta'mal.Begini air musta'mal diambil dari pecahan atau bahagian-bahagian air yang dibahagikan kepada empat jenis,salah satunya ialah air musta'mal.Antara yang lain ialah air mutlak,air musyammas dan air mutanajis.Secara ringkas penerangan dari segi istilah air mengikut pengertiannya,pertama air mutlak.Air mutlak ialah air yang boleh diminum dan boleh dibuat bersuci sama ada beristinjak,membasuh najis dan sebagainya,air yang dimaksudkan ialah air mutlak ialah air yang benar-benar tulen dan tidak bercampur dengan benda-benda lain.Manakala air musta'mal ialah air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil(berwudhuk) ataupun hadas besar(mandi wajib).Hal ini bermakna air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua qullah(kalau air mutlak hendaklah 2 qullah bersamaan 230 liter).Maka air itu tidak boleh dibuat bersuci.Jadi,itulah sedikit sebanyak penjelasannya tentang pengkelasan 2 jenis air tersebut.Yang dirujuk dari kitab Indahnya Hidup Bersyariat.
kitab ini bagus untuk dijadikan rujukan bagi seisi keluarga mengenai fardhu ain dan fardhu kifayah.


Seterusnya sedikit cerita yang berkait rapat antara air musta'mal dan wanita sangat membuka minda bagi saya apabila membacanya,sesungguhnya kalam orang alim itu banyak pengertiannya bukan pada makna zahir sahaja malah maksudnya mendalam dan tegurannya amatlah baik sekali dan membuka minda kita yang terlalu jumud dan terikut-ikut trend zaman yang mendesak kita kepada menghampiri zina dalam era tanpa batasan.Allahu Robbi,betapa lekanya kita dalam menggunakan dan mengaplikasikan kehidupan kita dengan teknologi yang maju dengan menghampiri perbuatan zina.Allah berfirman maksudnya:JANGANLAH ENGKAU MENGHAMPIRI ZINA.Hal ini telah Allah memperingatkan kepada orang-orang yang selalu tadabbur al-Quran dan kepada orang yang beriman bahawa peringatan kepada kita bahawa janganlah sesekali kita menghampiri kepada zina.Dan Rasulullah juga telah mengingatkan kepada kita,bahawasanya Rasulullah amat khuatir ummatnya diakhir zaman nanti akan suatu ujian yang amat besar bagi mereka kaum lelaki yakni godaan dari kaum wanita.Sabda Rasulullah ertinya:Daripada Usamah bin Zaid r.a.,Nabi SAW bersabda:"Aku tidak meninggalkan selepasku suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedanya kaum lelaki terhadap kaum wanita".(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi begini ceritanya,diambil dan di'copy' dari Fb saudara Ibnu Batoota Owsem.Al-kisahnyaa...

_____________________________________________________________________

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

________________________________________________________________________
Syeikhna yang dikasihi,Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Adab dan budi perketi itu amat ditekankan oleh beliau.

Sekian nasihat 'pedas' daripada Ustaz Ibnu batoota Owsem yang sangat menjaga batas-batas syariat,bukan tidak mahu bertolak ansur dalam hal-hal ikhtilat,berkata syeikhna Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki,ditanya dalam siri kuliah beliau tentang perihal menjaga ikhtilat,syeikh berpesan bukan tidak boleh berhubung atau berurusan dengan kaum hawa secara langsung,boleh saja,tetapi apabila sudah berurusan tu janganlah nak mengada soal kepada hal lain.Syeikh menyata lagi permulaan zina itu bermula daripada Nazoroh(melihat) lepas itu salam(bagi salam) diikuti kalam(sembang),janji(buat date),ibtisam(senyum2 kucing kononnya) dan diakhiri liqo'(berjumpa) dan seterusnya berlarutanlah episod cinta hawa nafsu.Sedangkan orang yang berpuasa kalau makanan dihidangkan makanan didepan matanya mesti mahu makan punya kalau dah tak tahan tambah lagi line clear tak de orang,begitulah perumpamaan yang syeikh cuba memahamkan kami orang awam didalam kuliah beliau.Beliau menceritakan lagi,sebuah cerita berkenaan seorang hamba Allah,yang bernama Abu Bakar al-Miski yang imannya digugat dengan godaan wanita,betapa hebat iman beliau semasa digoda oleh seorang wanita yang cuba memerangkap beliau.Abu Bakar al-Miski membuat helah untuk mengelak dari perbuatan zina,beliau berkata kepada sang wanita itu bahawa beri dia masa untuk bersiap dahulu,semasa didalam bilik air beliau membuat helah iaitu dengan melumurkan najisnya keseluruh tubuh beliau.Selepas itu beliau pergi ke wanita itu dan wanita itu terkejut dengan tindakan beliau lantas segera meninggalkan beliau di dalam bilik itu.Selepas kejadian tersebut beliau membersihkan diri beliau dan tubuh badan beliau terus menerus berbau wangi bak kasturi yang Allah kurniakan kepada beliau kerana helah dan kebikjasanaan beliau untuk melepaskan diri beliau dari ajakan zina.Allah itu Maha Kaya dan ujian itu untuk hamba-hambaNya bukan untuk membebankan tetapi kepada mereka yang mengaku beriman serta diangkat darjat mereka lebih tinggi disisi Allah Rabbul 'Alamin.

sekian dari saya al-faqiir...

Allahu a'lam

0 comments: