PPPH 1153 : BIOGRAFI DAN KETOKOHAN AL-FARABI
Al-Farabi
merupakan seorang ilmuan Islam yang menguasai pelbagai ilmu pengetahuan tetapi
beliau lebih cenderung dalam bidang falsafah dan mantiq. Sepanjang hayatnya
al-Farabi kerap mengembara di samping berguru dengan ahli pujangga dan ahli
falsafah yang masyhur untuk mendalami ilmunya.
Beliau merupakan tokoh falsafah Islam yang sangat gigih dalam bidang
penulisannya dan dikatakan menulis sekitar 100 karya ilmiah yang merangkumi
pelbagai tema. Antara karyanya yang terkenal ialah kitab “Fi Mabadi Ara’ Ahl
al-Madinah al-Fadilah” yang menjelaskan tentang Teori Kemasyarakatan dan
Kenegaraan al-Farabi. Al-Farabi tidak pernah mengambil usaha untuk mencatatkan
sendiri peristiwa-peristiwa di dalam penghidupannya sejak dari kecil hinggalah
ke zaman penhujung hayatnya.
Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu dan beliau telah
mengklafikasikan berbagai ilmu tersebut kepada cabang ilmu kepada lapan
kumpulan utama. Antara penulisan yang pernah al-Farabi tulis seperti
membincangkan tentang fizik, falsafah tabii yang berkaitan dengan psikologi
malah beliau juga pernah menulis tentang ilmu muzik.
1
BIOGRAFI
DAN KETOKOHAN AL-FARABI
Ketika mengkaji mengenai sumbangan seseorang
tokoh adalah sangat baik sekiranya diselusuri riwayat hidup dan latar belakang
tokoh tersebut. Oleh itu,di dalam tajuk ini akan dibincangkan serba sedikit
mengenai biografi beliau.
1.1
Riwayat
Hidup Al-Farabi
Nama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan
Al-Uzdag. Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana,di negara
Turkestan. Beliau dikatakan lahir pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi, pada
zaman pemerintahan kerajaan samaniah.Gelaran Al-Farabi dinisbahkan dari nama
sebuah kota iaitu Farab.
Al-Farabi dikatakan berketurunan Turki, bapanya berketurunan Persia
manakala ibunya pula berketurunan Turki. Pada zaman pemerintahan kerajaan
Samaniyah, bapa Al-Farabi bekerja sebagai seorang pegawai tentera kerajaan
manakala perkerjaan ibunya tidak diketahui dengan jelas.
1.2 Latar Belakang Pendidikan
Al-Farabi
dikatakan mendapat pendidikan awal dari guru-guru persendirian, sama ada beliau
pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di
masjid-masjid yang terdapat di Wasij,seterusnya beliau dikatakan dibesarkan
semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad.
Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana muslim yang
lain, ini kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri
berbanding dengan tokoh yang lain yang membuat biografi tentang kehidupan
mereka. Keduanya Al-Farabi dikatakan memiliki atau mempunyai daya akal yang
tinggi sejak dari kecil lagi, ini kerana dalam usia muda lagi beliau telah
belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu.Al-Farabi juga terkenal dengan
menguasai banyak cabang ilmu,dan seorang pemuzik yang sangat handal.Beliau
bersama lagunya telah Berjaya menarik orang awam sehingga menyebabkan orang
menangis atau ketawa dalam setiap
bait-bait yang beliau lontarkan.Malahan beliau juga disebut sebagai
orang yang mencipta satu alat muzik yang dikenali sekarang ini sebagai
gambus(Mahmood Zuhdi Ab. Majid:2003:35)
Al-Farabi juga dikatakan dapat menguasai beberapa bahasa asing,
antaranya bahasa Syria, Arab, Greek, dan beberapa bahasa lagi sebagaimana yang
telah kita ketahui bahawa Al-Farabi berasal dari wasij dan keluarga
berketurunan Turki, penguasaan ini tidak akan dicapai tanpa keinginan yang
tinggi.(Ridha al-Dawiri al-Ardakani:2008:23)
Al-Farabi juga menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan,
antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya, selain itu beliau
juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu ketenteraan
dan ilmu muzik, walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau
lebih tertarik ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik.
Menurut Massignon ,seorang ahli ketimuran Perancis,Al-Farabi adalah seorang
ahli falsafah islam yang pertama dengan erti kata sepenuhnya.Walaupun
sebelumnya Al-Kindi telah membuka jalan-jalan falsafah Yunani ini masuk ke
dalam dunia Islam.Pada awalnya Al-Kindi tidak mencipta sistem falsafah yang sistematik
dan banyak meninggalkan pelbagai persoalan yang beliau bicarakan dan belum
ketemu pencerahan yang memuaskan.Oleh itu,Al-farabi telah mencipta satu mazhab
atau sistem falsafah yang lebih baik dan sesuai dimasukkan di dalam dunia
Islam,Al-Farabi telah menyambung kesinambungan
peranannya seperti Plotinus,seorang ahli falsafah yang mencipta sistem
yang lebih tersususun bagi dunia barat.Al-farabi juga telah menjadi guru bagi
Ibnu sina,tokoh pemikir dan perubatan islam serta Ibnu Rushd dan ahli-ahli falsafah
Islam yang lain yang dating selepasnya.Oleh itu,Al-Farabi telah mendapat
gelaran sebagai guru kedua(al-mu’allim as-tsani) atau Aristotle kedua yang mana
Aristotle diberi gelaran (al-muallim al-awwal).(A.Hanafi 1976:120)
1.3 Penggembaraan
Mendalami Falsafah
Pada
tahun 287 Hijrah bersamaan 900 Masihi merupakan pengembaraan pertama Al-Farabi
ke negara luar iaitu Baghdad bersama gurunya yang tidak asing lagi ialah Ibnu
Hailan. Kedatangan Al-Farabi ke Baghdad bersama gurunya adalah untuk
mempelajari logik dan mendalaminya.Seterusnya pada tahun 298 Hijrah bersamaan
908 Masihi, beliau telah meninggalkan Baghdad bersama gurunya untuk ke Harran
seterusnya meneruskan perjalanan ke Konstentinople, beliau ke sana untuk
mempelajari falsafah dengan mendalam yang mana gurunya iaitu Ibnu Hailan bertindak
sebagai penyelia beliau dalam pembelajaran tersebut.
Manakala pada tahun 297 Hijrah bersaman 910 Masihi, beliau telah
kembali ke Baghdad semula. Kembalinya beliau ke Baghdad adalah untuk belajar,
mengajar, mengkaji buku-buku yang di tulis oleh Aristotle dan menulis
karya-karya. Pada tahun 330 Hijrah bersama 942 Masihi,
Al-Farabi telah berpindah ke Damsyik iaitu satu daerah di negara
Syria akibat kekacauan dan ketidakstabilan politik yang berlaku di Baghdad.Manakala
pada tahun 332 Hijrah bersamaan 944 Masihi Al-Farabi dikatakan telah pergi ke
Mesir, tetapi tidak diketahui tujuan, mengapa dan kegiatan beliau di sana, tapi
menurut Abi Usaibiyah yang mana merupakan seorang ahli sejarah, mengatakan
Al-Farabi telah mengarang sebuah karya mengenai politik ketika berada di Mesir
iaitu sekitar tahun 337 Hijrah.Seterusnya pada tahun 338 Hijrah bersamaan 949
Masihi Al-Farabi telah kembali semula ke Damsyik, sekembalinya ke sana adalah
untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seorang cendakiawan di sebuah
istana di Aleppo semasa pemerintahan Syria baru iaitu seorang putera Handaniyah
bergelar Saf Al-Daulah, yang tertarik dengan kebijaksanaan dan kepandaian
beliau. Serta kehidupannya sebagai seorang ahli sufi.
Di dalam bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi, Al-Farabi
telah meninggal dunia di damsyik, semasa beliau berumur 80 tahun. Beliau telah
dikebumikan di sana, iaitu di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan
atau pintu sampingan kota tersebut. Saf al-daulah sendiri yang mengetuai para
pembesar negeri bagi menyembahyangkan jenazah Al-Farabi, seorang cendikiawan
yang terulung dan termasyhur di kalangan para sarjana dan tetamu di istana Saf
Al-Daulah. .(Ridha al-Dawiri al-Ardakani:2008:23)
2 FALSAFAH AL-FARABI
Al-Farabi
mendifinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya
dari segala yang ada ini .Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah
kedalam ajaran islam dia juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara
falsafah Plato dengan Aristotle sebab kelihatan berlainan pemikirannya tetapi
hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.(A.Hanafi:1976)
Memahami falsafah pemikiran Al-Farabi di atas seolah-olah
falsafahnya adalah percampuran dari falsafah Aristotle dan Plato. Dalam masalah
alam, Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato bahawa alam ini baru, yang
terjadi dari tidak ada (sama dengan pendapat Al-kindi). Idea Plato tentang alam
pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia Islam.
Persoalan tentang terjadinya alam semesta bagaimana hubungan pencipta
( khaliq ) dengan makhluknya, Al-Farabi setuju atas teori emanasi Neo
Platonisme (sebagaimana pendapat Al-Kindi), lebih jauh Al-Farabi memperinci
lagi teori emanasi dengan istilah nama Nadzariyatul Faidhl, dengan pemikiran
dan huraiannya sendiri. Pola pemikirannya dalam dalam bidang mantik dan
fizikal, Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Aristotle, dalam bidang etika
dan politik, ia sependapat dengan Plato dan persoalan metafizik ia sependapat
dengan Plotinus.
3 FALSAFAH POLITIK AL-FARABI
Al-Farabi
berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai bentuk
tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat
di teliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan
seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang
baik dapat di teliti.
Kebahagiaan manusia di peroleh kerana perbuatan atau tindakan dan
cara hidup yang dijalankan lebih lanjut Al-Farabi berpendapat bahawa
kebahagiaan hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat di peroleh sekarang (di dunia
ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat namun sekarang ini juga
ada kebahagiaan yang nisbi seperti kehormatan, kekayaan dan kesenangan yang
dapat nampak dan di jadikan pedoman hidup. (A.Hanafi:1976)
Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan-tindakan yang
mulia, kebajikan-kebajikan dan keutamaan-keutamaan maka untuk menuju ke arah
itu terwujud melalui kepimpinan yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari
keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam
menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan?tindakan yang bakal memelihara
sebagai kemantapan keahlian dapat disebut pemerintahan dan raja. Adapun politik
adalah bentuk operasi dari keahlian tersebut.
3.1 Masalah Dalam Politik
Al-Farabi
menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat di bahagikan kepada dua iaitu:
a Pemerintahan atas
dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini
dapat dijadikan upaya untuk memperoleh kebahagiaan, pemerintahan atas dasar
demikian di sebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan
bangsa-bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.
b Pemerintahan atas
dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dalam rangka
mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagiaan, maka muncul beraneka
ragam bentuk pemerintah, apabila yang di kejar kejayaan semata dapat dianggap
sebagai pemerintah yang rendah, jika mengejar kehormatan, dan pemerintahan
bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.
Sedangkan
di pandang dari kemampuan suatu pemerintahan, ilmu politik terbahagi menjadi
dua iaitu:
kemampuan dalam melahirkan peraturan peraturan yang bersifat
universal kemampuan yang di sebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti
politik,dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan
Sebagai ringkasan tentang pemerintahan adalah bahawa ia dapat
menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya
4 FALSAFAH METAFIZIK AL-FARABI
Persoalan-persoalan
falsafah telah di bahas oleh ahli falsafah sebelumnya, baik dari Yunani, Parsi
atau yang lainnya, meskipun pemecahan yang dilakukan mereka saling berlawanan.
Al-Farabi dalam usaha memecahkan persoalan tersebut tidak terlepas dari
perbahasan-perbahasan yang dilakukan oleh mereka itu diantara persoalan itu
adalah Esa dan Terbilang.
Falsafah Yunani membahaskan persoalan ini berlandaskan pada
falsafah fizik semata-mata sedangkan aliran Iskandariyyah (Neo Platonisme) dan
Falsafah islam dengan persoalan ini dipindahkan kepada landasan-landasan agama
meskipun dua aliran terakhir ini caranya sama namun tujuannya sangat berbeza.
Aliran Iskandariyyah dan falsafah Islam bertujuan membentuk susunan alam yang
dapat mempertemukan hasil-hasil pemikiran dengan ketentuan-ketentuan agama.
Keadaan ini iaitu soal esa dan terbilang menjadi dasar utama bagi tegakan
falsafah keseluruhan.Perbahasan metafizik ini berkisar pada masalah Tuhan,
wujudnya atau kehendaknya.
4.1 Ilmu Ketuhanan
Al-Farabi
membahagikan ilmu Ketuhanan menjadi tiga iaitu :
i)
Membahas semua wujud dan hal-hal yang terjadi padanya sebagai wujud
ii)
Membahas prinsip-prinsip burhan dalam ilmu-ilmu teori juz'iyyat (particular)
iaitu ilmu yang berdiri sendiri kerana penelitiannya tentang wujud sesuatu
seperti ilmu mantik, matematik atau ilmu juz'iyyat lainnya
iii)
Membahas semua wujud yang tidak berupa benda-benda ataupun berada dalam
benda-benda itu.
Kemudian terlebih dahulu di bahas apakah wujud serupa itu ada
atau tidak, kemudian dibuktikan dengan burhan bahawa wujud serupa itu ada .
Apakah wujud serupa itu sedikit atau banyak . Apakah wujud serupa itu sedikit
ataupun banyak .Apakah wujud serupa itu berketerbatasan atau tidak kemudian
dibuktikan dengan burhan bahawa berketerbatasan .kemudian di periksa lagi
apakah martabat wujud itu tunggal ataupun banyak dengan sebahagian lebih tinggi
dari yang lainnya, dan di tunjukkan dengan burhan bahawa martabat wujud itu
banyak dengan sebahagian lebih tinggi dari yang lain dalam kesempurnaan melalui
burhan ,martabat-martabat itu meningkat dari yang paling rendah hingga yang
paling sempurna ,dimana tidak ada yang lebih sempurna dari padanya dan secara
turutan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai tingkat wujudnya ,dan tidak ada
yang menyaingi dan menandingi .peningkatan ini sampai kepada tingkat yang
pertama yang sebelumnya tidak ada yang pertama .ia yang terdahulu yang tidak
mungkin ada yang mendahuluinya .wujudnya itu tidak disebabkan oleh sesuatu yang
lain .maka Allah adalah yang pertama dan yang terdahulu secara mutlak .sedang
adanya wujud yang lain adalah di sebabkan adanya wujud yang pertama itu.
Ilmu ini juga membuktikan adanya kepalsuan pendapat yang menyatakan
bahawa Tuhan Yang Maha Agung dalam karya-karyanya kemasukan segi-segi
kekurangan baik pada dirinya mahupun yang di ciptakannya .kemudian di
singgahnya pendapat itu dengan dalil-dalil burhani yang menghasilkan
pengetahuan yang pasti (Al-Ilmu Yaqin) yang tidak seorangpun akan bimbang dan
ragu kepadanya .
4.2 Wujud
Al-Farabi
membahagikan wujud kepada dua bahagian iaitu:
a Cahaya
Wujud
yang mungkin atau wujud yang nyata kerana laiannya seperti wujud cahaya yang
tidak akan ada, kalau sekiranya tidak ada matahari. Cahaya itu sendiri menurut
tabiatnya boleh untuk wujud dan boleh untuk tidak wujud dengan kata lain cahaya
adalah wujud yang mungkin kerana wujud matahari maka cahaya itu menjadi wujud
yang nyata kerana matahari. Wujud yang mungkin itu menjadi bukti adanya sebab
yang pertama kerana segala yang mungkin harus berakhir kepada sesuatu wujud
yang nyata dan yang pertama kali ada.
b Tabiat
Wujud
nyata dengan sendirinya. Wujud ini adalah wujud yang tabiatnya itu sendiri
menghendaki wujudnya iaitu wujud yang di perkirakan tidak ada, maka akan timbul
kemusyrikan, kalau itu tidak ada, maka yang lain pun tidak akan ada sama
sekali, ia adalah sebab pertama bagi semua wujud yang ada dan wujud yang wajib
ada inilah Tuhan.
4.3 Sifat-Sifat Tuhan
Tuhan
adalah tunggal ia tidak berbeza dari zatnya, tuhan merupakan akal (fikiran)
murni, kerana yang menghalang sesuatu untuk menjadi objek pemikiran adalah
benda, maka sesuatu itu berada apabila wujud sesuatu tidak memerlukan benda,
maka sesuatu itu benar-benar akal.
Demikian juga zatnya menjadi objek pemikiran tuhan sendiri
(ma?qul), kerana yang menghalang untuk menjadi objek pemikiran adalah benda
pula, jadi ia adalah objek pemikiran, kerana ia adalah akal fikiran, ia tidak
memerlukan sesuatu yang lain untuk memikirkan zatnya sendiri, tetapi cukup
dengan zatnya sendiri itu pula untuk menjadi objek pemikiran .dengan demikian
zat tuhan yang satu itu juga akal fikiran ,zat yang berfikir dan zat yang di
fikirkan atau ia menjadi aqal,’aqil dan ma’qul
Tuhan adalah zat Maha Mengetahui (alim) ia tanpa memerlukan sesuatu
yang lain untuk dapat mengetahui, demikian pula Tuhan untuk dapat mengetahui,
demikian pula tuhan untuk dapat di ketahui oleh zatnya sendiri (menjadi objek
ilmunya) juga memerlukan sesuatu yang mengetahuinya, jadi Tuhan cukup dengan
zatnya sendiri untuk mengetahui dan di ketahui ilmu Tuhan terhadap dirinya
tidak lain hanyalah zatnya itu sendiri pula . Dengan demikian, ilmu dan zat
yang mempunyai ilmu adalah satu, atau ia adalah ilmu yang mengetahui dan
menjadi objek ilmunya (al-ilmu ,al-'alim, alma'lum)
Kerana tuhan agung dan sempurna, maka ia mencintai dan merindukan
zatnya sendiri. Dengan demikian, maka tuhan itu adalah zat yang merindukan
pula(as asyiq dan al ma'syuk)
Dari huraian di atas nampaklah bahawa Al-Farabi berusaha keras
dalam menunjukkan keesaan tuhan dan ketunggalannya dan bahawa sifat-sifatnya
tidak lain adalah zatnya sendiri
Adapun asma ul husna yang ada dalam al-Quran, kita dapat menyebut
nama-nama itu sebanyak yang kita kehendaki akan tetapi kesemuanya itu hanya
menunjukkan macam macam hubungan tuhan dengan dengan makhluk dari segi
keagungannya . nama nama ini tidak menunjukkan adanya bahagian-bahagian atau
perbezaan yang ada pada zatnya.(A. Hanafi:1976)
5 KARYA-KARYA DAN
ULASAN KARYANYA
Sebagai
seorang ahli Falsafah islam yang bersistem,sudah pasti Al-Farabi telah
meninggalkan karya dan karangan-karangan yang sangat penting dalam ilmu
falsafah ini.Tetapi hasil karangannya tidak banyak dikenal seperti karya Ibnu
Sina.Kemungkinan karangan-karangan Al-Farabi tidak begitu panjang dan hanya
risalah-risalah yang ringkas dan pendek serta tidak terdapat banyak buku yang
besar dan mendalam pembicaraan initpatinya mengenai falsafah.Kebanyakan
karangannya telah banyak hilang dan yang masih ada 30 buah sahaja yang ditulis
dalam bahasa arab.
Walau bagaimanapun,pada abad-abad pertengahan,Al-Farabi menjadi
sangat terkenal,sehingga orang-orang yahudi banyak yang mempelajari dan
mengkaji tentang karyanya dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani.Sebahagian
besar karya-karya Al-Farabi terdiri daripada
ulasan dan penjelasan terhadap falsafah Aristotle,Plato dan
Galenus,dalam bidang-bidang logik,fizik,etika dan metafizik.Meskipun banyak
tokoh falsafah yang diulas pemikiran mereka Al-Farabi lebih menumpukan
ulasannya terhadap falsafah-falsafah Aristotle,oleh itu beliau terkenal sebagai
pengulas Aristotle.(A.Hanafi:1976)
5.1 Karya dan Penulisan al-Farabi
Sepanjang
hidup al-Farabi,karya-karya yang dihasilkannya merupakan suatu pemikiran yang
khusus berkenaan al-Farabi yang dapat digunakan untuk membezakan antara
karya-karya yang dihasilkannya dengan karya-karya tokoh-tokoh falsafah yang
lain. Penulisan Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga
mempengaruhi daripada segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan
juga dunia Latin di Barat.
Di
antara karya-karyanya :
Aghradlu Ma Ba’da at-Thabi’ah
i.
Al-Jam’u
baina Ra’yai al-Hakimain.(Mempertemukan Pendapat Kedua Ahli Falsafah:Plato dan
Aristotle)
ii.
Tahsil
as-Sa’adah (Mencari Kebahagiaan)
iii.
‘Uyun
ul-Masail (Pokok-Pokok Persoalan)
iv.
Ara-u
Ahl-il Madinah al-fadhilah (Pemikiran-pemikiran Penduduk Kota Utama)
v.
Ih-sha’u
al-Ulum (Statistik Ilmu)
vi.
Fi
Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah
Dalam buku terakhir beliau ini,Al-Farabi telah membicarakan
pelbagai bidang ilmu dan bahagian-bahagiannya.Antaranya ilmu-ilmu bahasa (ilm
al-lisan),ilmu mantik,ilmu matematik (at-ta’alim),ilmu fizik (al ta’lim
at-tabi’i),ilmu Ketuhanan (al-ilm al-Ilahi),ilmu kenegaraan (politik;al-ilm
al-madani),ilmu fiqh (ilm al-Fiqh),dan ilmu kalam.Sebahagian ilmu-ilmu tersebut
telah diperkenalkan oleh orang-orang sebelumnya.Al-Farabi hanya memperkenalkan
dua cabang ilmu yang baru iaitu ilmu fiqh dan ilmu kalam sebagai ilmu dalam
Islam yang mendapat perhatian besar pada masanya.(A.Hanafi:1976:121)
Antara pandangan Al-Farabi pula termasuklah jantung adalah lebih
utama daripada otak dalam kehidupan manusia.Menurut beliau,jantung merupakan
sumber kehangatan tubuh,sedangkan otak pula penyelaras kehangatan berkenaan
mengikut keperluan setiap anggota. Berkenaan dengan keadilan,beliau berpendapat
bahawa ia ada dalam pertarungan antara manusia. Hal ini kerana pertarungan
merupakan gejala-gejala semulajadi antara manusia,sedangkan sifat semulajadi
itulah keadilan. Manakala tentang politik pula,beliau mencadangkan supaya
sebuah Negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah diwujudkan.Sekiranya
individu seperti itu tidak ada,seorang wakil sementara boleh dilantik.
Demikianlah Al-Farabi,seorang yang meletakkan ilmu mengatasi
segala-galanya. Barangkali,keikhlasan beliau terhadap ilmu itulah yang telah
menjadikan beliau sebagai orang yang berilmu tinggi dalam pelbagai
bidang.(Mahmood Zuhdi ab. Majid:2003:36)
6 PANDANGAN ULAMA TERHADAP AL-FARABI
Menurut Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah : Ibn Nasr Al-Farabi telah
menurut jejak langkah Aristotles yang tidak percaya kepada
Allah,malaikat,al-Quran,rasulnya dan Hari kiamat.Mereka yang mempunyai
kepercayaan bagi perkara tersebut di atas tidaklah boleh dianggap sebagai
seorang falsafah yang sebenar. Orang yang percaya kepada syariat Islam
dikatakan bodoh dan jahil.Tambahan lagi,beliau tidak percaya dengan kitab
Allah,kerana Allah tidak mempunyai kalam
(tidak berbicara).Allah tidak patut berkata-kata. Merekayang dekat kepada
pemikiran Islam berkata bahawa ‘Kitab Allah adalah suatu Faid
(tuangan/limpahan) dari Al-AKAL al-fa’al daripada nafs yag al-Fadilah
al-Zakiyah. An-Nubuwah adalah suatu
kemahiran yang dipelajari . (Sulaiman Nordin:2011:46)
Justeru itu,Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah menolak Al-Farabi sebagai
‘al-muallim ath-thani selepas Aristotles. Ibn Qayyim menyatakan Al-farabi adalah
seorang ahli falsafah yang kufur dengan allah,malaikat,al-Quran,Nabi dan hari
akhirat. (Sulaiman Nordin:2011)
6.1 Kritikan Terhadap
Falsafahnya
Al-Ghazali berkata , “Biarlah orang tahu, bahawa mendalami hakikat
para filosof hanya akan membuang masa, sebabnya episodnya terlalu panjang”Ia
juga mengomentar Al-farabi dan Ibnu Sina “ sesungguhnya di antara ahli falsafah
muslim yang paling teliti dalam melakukan
penukilan dan tahqiq adalah al-Farabi, Abu Nashr dan Ibnu Sina.Kita pun
cukup merasa puas atas bantahan dan apa yang dianggap benar oleh mereka,
dibanding pemikiran-pemikirn mereka yang lebur dalam kesesatan. ( Ibnu
Rusyd:2004:14)
Sesungguhnya Abu Hamid Al-Ghazali telah mengkafirkan Al-Farabi
didalam al-Tahafut al-Falasifah kerana tiga perkara.Pertama,kerana
berpandangan bahawa bahawa alam ini qadim(ada tanpa
permulaan).Kedua,bahawa Tuhan tidak mengetahui perkara juziyat(hal-hal
terperinci) dan ketiga,kerana mentakwilkan tentang kebangkitan jasaddari kubur
di hari kemudian serta keadaan kehidupan setelah mati.Dan Ibn Rushd
menjawab,zahir dari kata-katanya (al-Ghazali) tentang perkara berkenaan
bukanlah mengkafirkan Al-Farabi secara pasti,kerana beliau telah menjelaskan
dalam kitab al-Tafriqah bahawa pengkafiran kerana pelanggaran ijmak
mengandungi kemungkinan. (Ibnu Rusyd:2006:21)
7 KESIMPULAN
Pembicaraan tentang Al-Farabi sudah cukup banyak meskipun belum
mencakupi seluruh aspek pemikirannya. Ia
adalah pembangunan falsafah dalam erti kata sebenar dan ia telah meninggalkan
suatu bangunan falsafah yang tersusun rapi bahagian-bahagiannya, dan oleh
kerana itu maka Ibnu Khlilikan menamakannya ahli falsafah yang paling agung .
Menurut Dr. Ibrahim Madkour, falsafah Al-farabi adalah falsafah
yang bersifat spiritual-idealis sebab menurut Al-farabi di mana-mana ada roh.
Tuhannya adalah roh dari segala roh. Akal yang dikonsepsikannya,iaitu Uqul
mufariqah (akal yang terlepas dari benda) merupakan makhluk rohani murni, ketua
negeri utamanya menguasai badannya.Roh itu pula yang menggerakkan benda-benda
langit dan mengatur alam dibawah bulan.
Dari segi yang lain , kerohanian tersebut merupakan pemujaan dan kerinduan
terhadap akal fikiran.
Betapa tingginya ilmu beliau dalam menghuraikan ilmu falsafah.
beliau banyak mengkaji sifat-sifat manusia serta sifat disebalik diri manusia.
Ilmu ini dihuraikan dalam bentuk falsafah. Selain itu, prinsip-prinsip alam
semesta serta kejadian alam semesta turut dikaji serta dibuat perbandingan
dengan ahli falsafah Yunani, seperti Plato, Aristotle, dan Socrates. Sebab itu
Al-Farabi dikatakan terpengaruh dengan pemikiran tokoh falsafah Yunani.
Sesungguhnya ilmu falsafah itu mencerminkan segala keilmuan yang ada di dunia
ini. Beliau juga mengemukakan beberapa teorinya dalam bidang falsafah politik
dengan menerapkan elemen-elemen daripada teori nilai, logik, etika, dan
falsafah agama.
Pemimpin atau ketua negara haruslah seseorang manusia sempurna yang
meliputi sifat-sifat fizikal, mental serta moralnya. Fungsi ketua negara adalah
amat berat dan merupakan asas keamanan sesebuah negara bagi membentuk
masyarakat yang bersatu padu, bertaqwa, dan bermatlamatkan kebahagiaan di dunia
dan di akhirat. Selain itu, terdapat banyak daripada pemikiran dan pandangannya
yang masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini yang msih
boleh diguna pakai dan pengislaman sains dan falsafah Greek yang diusahakannya
perlu mendapat perhatian yang wajar daripada kalangan sarjana Muslim hari ini.
RUJUKAN
A.Hanafi .1976.Pengantar Falsafah Islam ,M.A. Penerbitan Bulan
Bintang Jakarta
Sulaiman Noordin.2011.Sejarah Pemikiran 2 Akal Dan Wahyu , Manhaj
Ahli Sunnah Muktazilah Dan Modenisme.
Abu Hamid Al-Ghazali.2003. Kecelaruan Falsafah (Tahafut
Al-Falsafah),Penerbitan Islamika
Dr. Ridha Al-Dawiri Al-Ardakani.2008.الفارابي
فليسوف الثقافة.Darul
Hadi.
Mahmood Zuhdi Ab. Majid.2003.Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains
Islam.Dewan Bahasa Dan Pustaka
Ibnu Rusyd.2006.Middle-Eastern Graduates Centres Centre Sdn. Bhd.
Terj. Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah
http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Farabi
Disediakan oleh:
MUHAMMAD SHAHRAFIK BIN AB KADIR
MUHAMMAD FARID BIN SAFIAN
PELAJAR PENGANTAR FALSAFAH TAHUN SATU
JABATAB USULUDDIN DAN FALSAFAH 2013/2014
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Disediakan oleh:
MUHAMMAD SHAHRAFIK BIN AB KADIR
MUHAMMAD FARID BIN SAFIAN
PELAJAR PENGANTAR FALSAFAH TAHUN SATU
JABATAB USULUDDIN DAN FALSAFAH 2013/2014
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA











0 comments: