Bicara CINTA

Assalamualaikum kepada pembaca yang dihormati,Alhamdulillah segala puja dan puji hanya untuk Allah. Sekian lama tidak membuat post didalam blog ini,setelah sebulan bermujahadah dalam amal ibadah didalam bulan ramadhan dan merai kejayaan di dalam bulan syawal,syukur dapat jua melepaskan apa yang tertangguh didalam blog ini. 
Beralih ke alam dewasa membuatkan kita saling berfikir,melayang-layang,mencari-cari tentang 5 huruf ini iaitu C.I.N.T.A . Bukan mudah untuk menjawab segala persoalan ini,kerana ini berkait rapat dengan hati nurani dan fitrah sebagai manusia yang akan melalui pengalaman tentangnya. Cinta sangat berkuasa dan mempengaruhi perilaku seseorang sehingga ada yang sudah masuk ke alam cinta dan terus lenyap atau terbang bersama alam cinta yang mengkhayalkan dan adakala sangat membingungkan. Ini semua bermula dari satu perasaan yang sangat tidak dapat terungkap melalui penulisan yang sangat kerdil ini. Berbicara mengenai cinta bukan satu madah berkaitan seseorang itu jiwang tetapi ia satu ilmu yang harus seorang muslim tahu bahawa agama Islam sangat menitik berat berkenaan persoalan hati dan cara menangani cinta dalam Islam kerana Islam itu syumul. Jadi sedikit perkongsian dari sekian banyak perbincangan dari ahli group didalam fb saya berbincang mengenainya. . . .


Apa hukum mencintai seorang wanita?
Jawapan: Menurut kaedah syar'iyyah, perkara ini boleh dan ia tidaklah menjadi masalah. Namun, jika ia terjadi, maka wajiblah baginya untuk menyimpan niat yang bersungguh-sungguh untuk memperisterikan wanita itu kerana syari'ah Islam tidak menyediakan jalan lain untuk cinta itu menjadi halal kecuali dengan jalan pernikahan. Jika tidak, maka tidak ada makna baginya untuk mencintai wanita itu.

Apa yang benar ialah perasaan cinta merupakan satu naluri dan fitrah semulajadi yang dianugerahkan Allah ke atas manusia sebagai perhiasan bagi mereka, biar apa jenis pun cinta itu, sama ada cinta kepada kedua ibu bapa, cinta kepada saudara sedarah sedaging, cinta kepada sahabat handai, cinta kepada isteri, anak-anak, kebun-kebun, harta dan sebagainya. Ia merupakan urusan yang bersifat "dharuuri" (keterdesakan), bukan "ikhtiaari" (pilihan).

Dikatakan cinta itu sebagai "keterdesakan" kerana seseorang yang diberikan dengan perasaan cinta seolah-olah "terdesak" untuk menerima cinta itu, kerana dia sendiri tidak mengawal atau memilih siapa yang ingin dicintainya. Ini berbeza dengan soal "ikhtiari" (pilihan), di mana seseorang itu boleh memilih sesuatu menurut kehendaknya tanpa paksaan.

Maka, wajiblah bagi setiap pemuda dan pemudi untuk memilih jalan yang telah dihalalkan Allah dalam bentuk perhubungan yang sah melalui jalan pernikahan, dan hendaklah mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah dalam bentuk pergaulan bebas yang membawa kepada perzinaan dan percampuran benih yang tidak sah.

Hendaklah para pemuda dan pemudi yang dirahmati Allah sekalian mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang biasa dilakukan kebanyakan muda mudi di zaman kita sekarang, daripada perbuatan duduk berdua-duaan di taman-taman atau di tempat-tempat yang terpecil, atau berjalan bersama-sama sambil berpegangan tangan dan sebagainya, kerana semua ini ialah perbuatan yang batil dan menyalahi syari'ah Allah. Ia membuka jalan ke arah perzinaan yang merupakan jalan yang paling keji dan kotor, dan tindakan yang menempah kebinasaan dan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.
Tidak salah untuk mencintai, kerana perasaan itu milik Allah..

Yang salahnya adalah bergantung pada cara bercinta itu sendiri. Beza jauh antara 'MENCINTAI' dan 'BERCINTA'.


Dalam bercinta, hanya cara yang ditunjukkan Rasulullah saja yang diterima Allah. Islam itu penuh rahmah dan mudah.


Jika rasa telah cukup syarat dan berkelayakan untuk membina rumah tangga, maka lakukanlah! Jangan tunggu lagi. Tetapi jika belum......

Cadangan saya bagi yang belum mampu bercinta cara Islam (nikah) adalah dengan mengisi waktu dan menjauhi pergaulan bebas. Kita lihat bagaimana sebahagian ulama yang hidup bujang seumur hidup kerana menyibukkan diri dalam perkara akhirat dan ilmu. Tiada masa untuk memikirkan jodoh. Di samping banyakkan berpuasa, kita perlu jauhi & menghalang pergaulan bebas (ikhtilat) antara lelaki dan wanita kerana itulah PUNCA utama masalah couple dan maksiat sekarang ini.



Sabda Nabi s.a.w : "Barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada puasa itu ada penjagaan .
Oleh kerana sering berhubung antara lelaki dan wanita, waktu terbuang, nafsu membuas, syaitan menggoda, lalu terjadilah ia melampiaskan nafsu pada kemungkaran dan pada waktu yang tidak sepatutnya..

Untuk membanteras gejala melampiaskan rasa cinta dengan cara dan waktu yang tak sepatutnya juga adalah dengan mengisi jiwa kita dan mereka dengan cinta Allah dan Rasulullah.

Ini kerana jiwa yang kosong dari cinta Rasulullah menyebabkan jiwa mereka terisi dengan cinta yang tidak sepatutnya..


sebahagian ayat-ayat cinta dari sang ulama' mengenai C.I.N.T.A . . . .


“Aku beragama dengan agama cinta, sungguh aku menghadap (dengan) tunggangannya, maka cinta adalah agama dan imanku..


Orang yang mendefinisikan cinta, bererti ia belum tahu erti cinta. Orang yang belum meminum air anggur dari cawan, maka ia belum mengetahuinya rasanya. Orang yang berkata; aku telah merasakan isi cawan, dimana cinta adalah air anggur, maka ia belum benar-benar mengetahuinya jika belum meneguknya sehingga ia habis.”


-Al-imam Al-Akbar Muhyiddin Ibnu Arabi


Cinta tida boleh didefinisikan dengan definisi mantiq(logik akal), dan dengan hanya satu kali merasakan cinta belum cukup bagi seseorang untuk mampu memahami rasa cinta, perjalanan cinta adalah perjalanan yang tiada akhir dan manusia tidak akan sampai kepada akhir rasa cinta dan itu menyebabkan rasa hausnya terhadap cinta tidak akan pernah hilang...


Cinta tanpa taat itu dusta bukan penat semata. Ya, cinta yg hanya meniti di bibir. Sedangkan bukti cinta ialah TAAT. Sebaik-baik cinta adalah cinta yg membuahkan ketaatan kpd Allah. Sebaik-baik ketaatan adalah ketaatan yang berpaksikan rasa cinta yang dahsyat kepada Allah dan Rasulullah.


Selingan dari bicara Cinta dari Syeikh Abu Mohamed Rohimuddin Nawawi Jahari al-Bantani mengenai C.I.N.T.A. . . .

Jika kita mencintai seseorang,sudah pasti kita mencintai apa yang berkaitan dengannya walaupun pada awalnya kita tidak menyukai sesuatu perkara itu,tetapi disebabkan aura cinta itu telah menguasai diri maka secara automatik ita akan terasa senang dengan perkara apa yang dulu kita suka menjadi senang dengannya dek kerana KECINTAAN kita terhadap seseorang itu sehingga mempengaruhi segala perkara berkaitan dengan dirinya.

Begitu juga kecintaan yang telah diperolehi oleh para sahabat dan tabi'in tentang Mahabbah mereka kepda Sang Rasulillah yang begitu sangat mendalam,sehingga menitiskan air mata apabila teringatkan kenangan bersama Rasulillah setelah baginda wafat. Ini adalah kecintaan yang agung dan hakiki,yang mana perasaan ini diletakkan ditempat yang betul dan tepat cinta untuk Sang Rabbi dan Sang Nabi. 


Cinta itu mencintai,jika tidak mencintai maka tidak cinta. . . . .

Cinta itu seni yang halus yang Allah telah ciptakan di dalam setiap diri manusia,hanya manusia yang arif atau bijaksana sahaja akan memperhalusi cinta ini dengan jalan yang sangat halus kerana ingin menjaganya takut-takut terkasar dan merosakkan seni cinta yang mikro halus ini.Agar seni-seni yang kasar tidak mengkotorinya.Dan yang terpenting Cinta bukan radas dalam membuat eksperimen,tetapi hakikatnya cinta zaman sekarang telah menjadi kebiasaan begitu.Jaga Hati,Jaga Perasaan,Jaga Diri dan Jaga Hubungan dengan Allah dan Manusia.

Rindu itu fitrah insani, hadirnya tidak pernah diundang tapi tiba-tiba dirasa didalam hati. Rindu itu mula berputik bila cinta semakin rajin dipetik. Bila cinta mekar menguntum, rindu pula akan bertambah besar bagai nak meletup.. Ketahuilah, tidak semua rindu itu bersifat mazmumah dan bawa ke neraka , kerna kerinduan yang dirasa org mukmin mampu bawa ke syurga.. Kerana rindu dan cinta mereka didasari iman dan taqwa.. Kepada yg saling rindu merindui, sampaikanlah rindu mu kepada yg dirindui dengan sebaris doa yg tulus dari hati dan biarkan rindu itu disulami dengan mujahadah yg tinggi untuk menggapai cinta dan rindu yang hakiki agar tidak membiarkan hak yang maha kekal abadi tidak di ketepikan.. الله الله الله

Allahu a'lam




0 comments: