Penyelamat diakhirat bahagian (1)
Assalamualaikum kepada para pegunjung yang dirahmati Allah hendaknya,segala puja dan puji hanya yang layak sang Rabbul 'Alamin.Selawat dan salam kepada sang Kekasih yang dirindui dan dikasihi Rasulillah solallahu 'alaihi wassalam yang mana telah mencintai ummatnya terlebih dahulu sebelum kita diajar mencintainya dan merinduinya.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah,kerana dapat saya berkongsi dengan para pembaca blog yang sudi membacanya dan ingin menjadi orang yang berilmu,akan tetapi diingatkan kepada pembaca agar mencari guru yang ahli dalam mendalami imu agama yang suci ini.Dewasa ini,ilmu agama yang haq ini dibicarakan seolah setaraf dengan ilmu dunia padahal ianya suatu ilmu yang suci daripada Sang Khaliq yang Maha Pemurah.Maka diberikan kefahaman yang bersesuaian dengan orang yang berusaha,bersabar dan bertawakkal dalam meneliti ilmu agama yang suci ini.Apa yang saya kongsikan adalah dari hasil pembacaan saya dan kuliah-kuliah yang saya sempat hadir di merata.
Didalam rukun iman,beriman kepada hal akhirat adalah suatu perkara yang wajib kita mepercayainya.Maka yaumul hisab atau hari pengakhiran ini tidak kira kita sempat atau tidak menemui yaumul qiamah yang besar atau tidak,kita tetap jua menempuhi atau merasai kiamat kecil yakni MAUT.Sesungguhnya maut tidak memilih bulu siapa yang hendak dicabut nyawanya,muda atau tua,sihat atau sakit itu bukan alasannya.
Maka dunia adalah penentu kita dialam seterusnya,apabila Allah suruh kita beramal,maka beramallah.janganlah kita asyik menyulam alasan itu ini dan jangan berdolak-dalik dan suka menangguh.Bukanlah amalan itu menjadi asbab kita selamat diakhirat,tetapi ketaatan dan patuh melaksanakan hukum dan perintah Allah yang menjadi asbab kita selamat di alam akhirat kelak.WaAllahu a'lam. FIrman Allah : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); al-mulk : ayat 2
Jika di alam sekolah atau universiti semua yang bakal mengambil peperiksaan sudah pasti bertungkus lumus untuk mendapatkan spot soalan daripada guru atau pensyarah masing-masing,dengan harapan sedikit sebanyak tidak terlalu beban untuk kali terakhir mengulangkaji banyak bab kerana kesuntukan masa dan harapan semestinya menginginkan keputusan yang terbaik dan lulus cemerlang dalam peperiksaan tersebut.Begitu jugalah dalam kehidupan manusia yang sedang melalui perjalan yang sama seperti peperiksaan,kita sedang diuji keimanan oleh Allah.Allah dan habibur rasul telah meninggalkan kepada kita beberapa spot untuk melangkaha dengan jayanya ke alam akhirat dengan berpandukan al-Quran dan as-sunnah serta orang-orang alim yang memahami ilmu Allah dengan amanah.Semestinya rasulillah inginkan ummatnya mendapat yang terbaik dialam ahirat kelak dan menginginkan ummatnya ramai yang menduduki syurga Allah.Oleh itu banyak kalam baginda yang memberi kita tips-tips untuk menuju ke alam akhirat sebagai orang-orang yang berjaya atau orang yang benar-benar beriman kepada Allah.Firman Allah : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; al-mukminun ayat 1-3
Maka amalan pertama yang akan menyelamatkan kita diakhirat kelak ialah SOLAT.
Rasulullah bersabda mafhumnya ; "sesiapa memelihara lima solat fardhunya dengan menyempurnakan wuduknya dan menjaga waktu-waktunya,maka ia akan menjadi nur dan burhan (hujah) baginya pada hari kiamat.dan siapa melalaikannya akan dikumpulkan kelak bersama firaun dan haman." (Riwayat Abu daud,Tarmizi dan Baihaqi)
lagi sabda baginda rasulillah ; "perkara pertama yang ditanya kepada seseorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik,dia telah berjaya dan maju.Jika rosak,dia telah celaka dan rugi.Jika amalan fardhunya kurang,Allah berkata: 'Perhatikan adakah hamba-Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya'.Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan-amalan yang lain."(Riwayat an-Nasai dan at-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a.)
betapa pentingnya amalan solat disisi Allah,ketahuilah kita bahawa baginda Nabi di mikrajkan bertemu Allah pada malam isra' wal mikraj,dengan memerintah solat pada awalnya 50 kali solat sehari semalam seterusnya dengan ketentuan Allah,apabila sang Nabi bertemu dengan Nabi Musa 'alahissalam yang menceritakan ummatnya yang lebih gah daripada kita tetapi tidak mampu mengerjakan perintah Allah,maka dengan itu Sang baginda yang dikasihi menghadap Allah kembali sehinggalah Allah memerintahkan solat hanya lima waktu sehari,itu pun masih ada yang liat dan gagal dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah.Betapa lemahnya kita pada masa ini,kerana kita sudah jauh dengan ilmu dan panduan daripada baginda.Kurangnya kasih sayang kita sesama muslim dalam pesan-memesan yang banyak adalah mementingkan diri sendiri,salahlah tanggapan mereka bahawa yang mereka sudah cukup selamat apabila memetingkan diri sendiri.Dalam satu temu ramah bersama al Habib Ali al Jufri,Soalan yang diutarakan kepada sang al habib Ali Al Jufri,bagaimana Rasulullah mengenal ummatnya di akhirat kelak.
Adapun Rasulullah itu,dia akan kenal,sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah ditanya oleh sahabat-sahabat bagindah r.a.h.Bagaimana kamu boleh mengenali kami iaitu ummat kamu dihari kiamat nanti?iaitu bermacam-macam ummat yamg sangat banyak,hari ni sahaja bilangan manusia lebih daripada satu bilion..bagaimana baginda boleh mengenali umatnya?baginda menjawab:"aku mengenali ummatku,Sesungguhnya mereka datang dengan wajah berseri-seri iaitu cahaya di permukaan wajah mereka kesan air wudhu' begitu juga cahaya berseri-seri di tangan dan kaki mereka."Aku kenali dengan cahaya yang berseri-seri kesan daripada air wudhu' mereka.ini adalah tandanya,maknanya : bagi sesiapa yang tidak solat dan tidak berwudhu'Rasulullah tidak mengenalinya.Dan kita takut tergolong dengan mereka ini yang berwudhu' tapi tidak sempurna,jadilah cahayanya itu pudar dihadapan Rasulullah.Baginda akan mengenali umatnya kerana amalan kita akan di persembahkan dihadapannya seperti dalam hadis martabatnya 'hasan' : Hidupku lebih baik buat kalian dan matiku lebih baik buat kalian amal perbuatan kalian dipersembahkan kepadaku.Jika aku menemukan kebaikan maka aku memuji Allah,namun jika aku menemukan keburukan aku memohonkan ampunan kepada ALlah buat kalian."Baginda akan mengenali kita,tapi kita bagaimana mengenali baginda ??!!!
Firman Allah dalam surah al-asr "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".
Wallahu a'lam
insya Allah akan disertakan bahagian 2.

![]() |
| Orang yang tidak solat seumpama tiada akal,kerana tidak menggunakan untuk memikirkan bagaimana ia diciptakan dan siapa penciptanya. |
betapa pentingnya amalan solat disisi Allah,ketahuilah kita bahawa baginda Nabi di mikrajkan bertemu Allah pada malam isra' wal mikraj,dengan memerintah solat pada awalnya 50 kali solat sehari semalam seterusnya dengan ketentuan Allah,apabila sang Nabi bertemu dengan Nabi Musa 'alahissalam yang menceritakan ummatnya yang lebih gah daripada kita tetapi tidak mampu mengerjakan perintah Allah,maka dengan itu Sang baginda yang dikasihi menghadap Allah kembali sehinggalah Allah memerintahkan solat hanya lima waktu sehari,itu pun masih ada yang liat dan gagal dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah.Betapa lemahnya kita pada masa ini,kerana kita sudah jauh dengan ilmu dan panduan daripada baginda.Kurangnya kasih sayang kita sesama muslim dalam pesan-memesan yang banyak adalah mementingkan diri sendiri,salahlah tanggapan mereka bahawa yang mereka sudah cukup selamat apabila memetingkan diri sendiri.Dalam satu temu ramah bersama al Habib Ali al Jufri,Soalan yang diutarakan kepada sang al habib Ali Al Jufri,bagaimana Rasulullah mengenal ummatnya di akhirat kelak.
![]() |
| Al Habib Ali Zainal Abidin Al Jufri, |

0 comments: