Aku juga mahu Syahid !

Assalamualaikum kepada pengunjung blog yang dikasihi, terima kasih kerana masih sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah puja dan puji kepada Raja yang Menguasai di langit dan Raja yang menguasai di Bumi. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi yang dikasihi di rindui dan dicintai Muhammad Sollallahu alaihi wassalam serta ahli keluarganya dan para sahabat yang diredhai Allah... Alhamdulillah thummalhamdulillah.....


Melihat bumi di akhir usia, daku terfikir dan terbuai dengan angan-angan yang tidak berkesudahan membawa ke alam yang lebih indah dengan kenikmatan yang disediakan oleh Rabbul Jalil, dalam masa yang sama aku risau dan takut dengan kedudukan aku sekarang kerana melihat dunia sedang dibinasa oleh tangan-tangan manusia itu sendiri dengan rakusnya. Dimana kita semasa dunia hampir kiamat ? di bawah panji mukmin ? atau panji munafiq ? 
Semoga ALLAH menempatkan mereka di syurga tertinggi ! AMIIN
haiwan pun tidak mampu untuk survive kehidupan yang ekstrim sejuk ini

Cukup memeritkan kesejukan di bawah takat beku ini. ALLAH....

Melihat gambar-gambar yang tersiar di FB tentang muslim di syria mati kesejukan membuatkan aku seperti manusia paling kejam kerana mampu melihat gambar dan merasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Adakah aku telah menzalimi saudara-saudara ku di sana dengan melihat gambar mereka yang mati kesejukan ? tetapi aku yakin mereka mati bukan kerana kekejaman dunia. Dunia ini bukan tempat mereka, tempat mereka adalah SYURGA ALLAH. Mereka mendapat tempat tertinggi di sisi ALLAH.

salji dihapadan Masjid Dome of Rock, Palestin.


Lantas aku berfikir lagi, itulah hikmah bagi mereka yang berada di Palestin dan Syria dalam kekacauan dunia yang yang kejam terhadap mereka. Meskipun Palestin tidak aman disebabkan perang tapi ganjaran bagi mereka SYAHID, sedangkan kita di bumi yang dikatakan bertuah aman dan damai ini terselit satu bencana jiwa atau hati. Kita ditenggalamkan dengan keduniaan kita boleh mati dalam keadaan kufur nikmat dan mensyirikkan ALLAH dek dunia yang terpaut di hati dengan mengejar pangkat pujian dan kemewahan.Terselit hikmah yang jarang orang-orang nampak. Sedangkan mereka yang bertubi-tubi diduga oleh ALLAH mendapat gelaran as-syahid. ALLAH ALLAH... aku impikan syahid, aku juga mahukan syahid seperti mereka. Tetapi aku tahu 'ALLAH do not allow if you do not ready for it' ini persoal iman. YA, Iman aku masih tahap paling minima di antara mereka untuk syahid di sisi ALLAH. 

Bukan sebarang orang yang boleh berkata syahid kerana syahid mempunyai makna yang besar, bagi orang yang menginginkannya mereka harus mengosongkan hati mereka dari mengejar dunia dan memautkan hati itu dengan tali ALLAH. Bukan senangkan ? cakap memang senang ! Cukuplah dengan nikmat yang banyak kita kecapi. Nikmat dunia ini sangat sekejap seperti sekelip mata contohnya makanan banyak tetapi tidak tahu nak makan apa ? apakah nikmat yang kau kejar lagi ?? nikmat apa yang sudah ditarik ALLAH dari kau ?? ALLAH ALLAH..jadikan lah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Engkau, yang selalu mengingati Engkau dan bantulah kami dalam memperbaiki amal ibadah kami ini.

Oleh itu bagi tholibul ilm' janganlah engkau khuatir kerana engkau sedang meniti di jalan kesyahidan yang jarang sekali penuntut ilmu memandangnya dan menitik beratkan. Engkau berada di jalan jihad ilmu. dan engkau juga sedang berjihad dengan musuh-musuh tersembunyi walaupun tiada peluru yang merobek dada atau pedang yang menghunus ke perut kau. Engkau sedang berjihad melawan nafsu dan sekutunya yang tidak mengenal erti putus asa untuk memasukkan kau ke dalam neraka jahannam untuk menemani mereka mendiami neraka untuk selamanya. 

Susur pintu masuk ke Baitul Qurro wal Fuqoha' disinilah aku belajar sesuatu tentang jihad ILMU. Tuan Guru Ustaz Zulkifkli dan para habaib dan syuyukh yang hadir untuk memberi tausiyah dan tazkirah tentang sebuah perjuangan yang tiada titik noktah, inilah sunnah orang berjuang di jalan ALLAH. Cuba fikirkan jika tiada generasi yang berilmu, bagaimana nak membimbing umat akhir usia nanti tanpa ilmu dengan melanggar syariat yang ditetapkan ALLAH ia akan menimbulkan suatu bala musibah terhadap ISLAM.


Sekiranya kau rasa jihad ini tidak mencabar, sebenarnya kau sudah tertipu dengan tipu daya syaitan dan nafsmu yang sangat licik sekali. Seolah-olah engkau sudah menarik diri dari medan jihad ini. Ramai yang mengejar untuk jihad dengan mengangkat senjata lagak seperti panglima perang yang garang membaham musuh-musuhnya. Tetapi masih kurang para pejuang yang mengangkat KITABULLAH dan ASSUNNAH untuk berperang di medan idea serta mempertahankan ad-DIN yang HAQ daripada musuh-musuh yang bersembunyi di balik tabir yang sangat halus. YA, untuk sekali lagi, kita memang kurang para pemikir Islam dalam merencanakan strategi serang dan pertahan. Kita seolah-olah sudah kehabisan idea-idea untuk ISLAM.(persoalan ini masih belum terjawab) cukuplah dengan impian aku untuk bersama di belakang pemikir-pemikir ISLAM yang terdahulu, al-Imam As-Syafie rahimahullah, al-Imam Maliki rahimahullah, al-Kindi, Imam al-Ghazali, al-Khawarizmi, Ibn Sina, Sultan Mehmet Al-Fateh dan tokoh-tokoh yang terlalu banyak untuk disebutkan dan jasanya ALLAH saja yang mampu utnk membalas terhadap dunia ISLAM.
Aku Impikan Umat ISLAM yang SATU PADU walaupun berlaian pemikiran tetap bersatu !

Buat arwah Ahmad Ammar beliau telah menginspirasikan aku tentang syahid pada waktu muda. Beliau adalah contoh terbaik untuk pemuda pemudi yang mengimpikan syahid tanpa mengangkat senjata sekali pun jika terpaksa barulah berjuang dengan cara tersebut. Beliau berjiwa besar untuk syahid dan dia adalah hamba yang 'ALLAH allow if you ready for it' . Suka untuk diungkapkan pepatah ini, ''orang yang bijak'sana'(akhirat) akan berkorban pada harta bendanya, dunianya, masanya, kemewahannya, segala apa yang dia suka untuk ALLAH demi meraih kesenangan hidup di sana(akhirat), manakala orang yang bijak'sini'(dunia) terpaut hatinya dengan kemewahan dunia yang sudah tertipu dengan kenikmatannya yang sekelip mata dan banyak berkorbankan untuknya. Maka pilihlah dimana untuk terus kita ikuti orang yang bijaksana atau bijak'sini' ?? tanya hati ! Jika mahukan kebahagiaan hakiki pilihlah jalan yang telah mendapat nikmat daripada ALLAH. Maka engaku akan berbahagia untuk selama-lamanya bersama RABB yang tidak ada permulaan dan pengakhiranNYA.


Sehidmiz Ahmad Ammar, semoga suatu hari nanti aku menyusul di kau....Sungguh ALLAH sudah lama memerhatikan engkau dan sudah kira lengkap sebuah diari perjuangan engkau walaupun tidak kenal dimata manusia tapi sudah cukup masyhur di cerita penduduk langit.
BAHAGIA itu dari dalam diri kesannya zahir rupanya maknawi terpendam bagai permata di dasar hati, BAHAGIA itu pada hati, bertakhta di kerajaan hati terbenam bagai mutiara di lautan nurani. BAHAGIA itu ada jiwa mahkota di singgahsana rasa BAHAGIA itu adalah suatu ketenangan bila sudah tiada gelisah bila miskin syukur pada Tuhan, bila sakit tiada resah di jiwa bukankah Tuhan telah berfirman, ketahuilah dengan mengingati ALLAH jiwa akn menjadi tenang, kebahagiaan itu suatu kesyukuran bila kaya jadi insan pemurah bila berkuasa amanah bila berjaya tidak alpa bila sihat tidak lupakan Tuhan, hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan semua insan kan mengerti maksud terseni ILAHI itulah zikir yang hakiki.

ALLAHU A'LAM


0 comments: