Catatan Kecil Di Bumi Haramain
Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung blog, semoga Allah Azza Wajalla merahmati dan mengampuni dosa-dosa kita. Sekian lama tidak meng''update'' sesuatu ke dalam entry blog, maka alhamdulillah thummalhamdulillah kerana berjaya juga meluangkan masa untuk meng''update'' sedikit perihal perjalanan ke bumi yang diberkati Allah, bumi yang mana lahirnya manusia agung dan bumi yang menjadi tempat ulang alik baginda Nabi Muhammad solallahu 'alaihi wassalam.
Pada 19hb telah menjadi satu sejarah yang besar di dalam kenangan al faqir yang mana telah dijemput oleh Allah sebagai dhuyufullah dhuyufurrahman ke tanah haram yakni Mekah al mukarramah bersama ibunda yang tercinta menjadikan lagi ia suatu memori yang terindah buatku. Bersama jemaah dari Muhibbin yang diketuai oleh al fadhil ustaz Minhat yang sangat berwibawa dalam memimpin jemaah.
Setibanya di Mekah pada pukul 1 pagi, setelah bersedia untuk mengerjakan umrah, daku dan ibundaku dibawa ke masjidil Haram untuk melihat Ka'bah. Apabila memasuki pintu utama masjidil Haram iaitu King Abdul Aziz kami meminum air zam zam untuk mengambil keberkatan air dari syurga itu. Setelah itu teruskan memasuki ke pusat masjidil Haram, apabila mata zahir melihat sesuatu perkara yang menakjubkan yang tidak dapat digambar dek mulut utnuk berbicara dek tangan yang menulis kerana sebelum ini hanya melihat di kaca TV tetapi pada ketika itu diri ini telah diberi keizinan untuk melihat sesuatu yang di muliakan oleh Allah. Mata yang sudah tidak tertahan lagi menahan air mata akhirnya gugur deras, bukan aku saja tetapi semua yang bersama yang ingin mengerjakan umrah ketika itu. Hanya kedengaran ALLAHU AKBAR ALLAH MAHA BESAR dengan jutaan umat yang sedang mengerjakan ibadah dan ada yang sedang taksub memandang Ka'bah yang luar biasa bagi orang pertama yang melihatnya. Kami berjaya menunaikan umrah sekitar pukul 5 pagi dan terus iktikaf untuk solat subuh.
Di jabal Rahmah kami mendakinya dalam keadaan sesak ramai yang ingin menulis nama di tiang besar itu, kerana orang-orang cerita siapa ingin mendapat jodoh maka berdoa disitu dan menulis nama sekian-sekian jodoh kita adalah khurafat kerana tiang itu bukanlah penentunya tetapi di Jabal Rahmah adalah kawasan yang mustajab untuk berdoa berkaitan jodoh kerana mengambil keberkatan dari kisah Nabi Adam dan Siti Hawa, bukannya menconteng di tiang besar itu, tetapi ketika itu kami sampai pada waktu dhuha alhamdulillah dapat mengerjakan sunat dhuha di atas jabal Rahmah.
Sempat juga mengunjungi ladang penternakan unta di tepi jalan semasa dalam perjalanan ke masjid Hudaibiyah yang mana di situ Rasulallah membuat perjanjian Hudaibiyah ketika Rasulullah mendapat berita bahawa sayyidina Uthman dibunuh dan perjanjian itu adalah kerana rasulullah ingin memasuki kota Mekah untuk mengerjakan umrah kerana kerinduan baginda terhadap kota Mekah yang dimuliakan Allah. Boleh rujuk kembali isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah :') jangan malas-malas ye !
Ulama tasawwuf pernah berkata, jika hujan kerap dituruni di bumi Haramain maka kiamat tidak lama lagi. WaAllahu a'lam.
Pada 19hb telah menjadi satu sejarah yang besar di dalam kenangan al faqir yang mana telah dijemput oleh Allah sebagai dhuyufullah dhuyufurrahman ke tanah haram yakni Mekah al mukarramah bersama ibunda yang tercinta menjadikan lagi ia suatu memori yang terindah buatku. Bersama jemaah dari Muhibbin yang diketuai oleh al fadhil ustaz Minhat yang sangat berwibawa dalam memimpin jemaah.
Dengan menaiki penerbangan saudi airlines hampir 8 jam setengah dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Setibanya di Lapangan terbang Jeddah, dugaan untuk melepasi kaunter imigresen mereka satu kenangan yang tidak akan dilupakan kerana pihak berkuasa mereka tidak boleh bertolak ansur dalam urusan melepaskan visa dan kena beratur panjang bersama dengan group orang yang bukan mengerjakan umrah. Dinasihatkan kepada bakal-bakal tetamu Allah apabila berdepan dengan situasi sebegini maka jalan penyelesainnya adalah SABAR,SABAR,SABAR dan berselawatlah kerana kita datang ke sana adalah untuk beribadah mengabdikan diri kepada Ilahi dan ia adalah salah satu ujian buat kita untuk mencuci penyakit-penyakit hati yang sudah lama menumpang dihati ini. Maka disitu hikmah yang tersirat bagi mereka-mereka yang mahu mengambil ibrah dan hikmah.
Sepanjang perjalanan ke Tanah Haram, dengan keadaan badan letih ditambah dengan jetlag lagi cuma Allah saja yang tahu, yang lagi kasihan adalah jemaah yang lebih tua dari ku sudah pasti mereka sangat letih dan hanya bertawakkal kepada Allah semata.Perjalanan Jeddah ke Mekah mengambil masa hampir 3 jam dengan menaiki bas yang disediakan oleh mutawif disana.
Setibanya di Mekah pada pukul 1 pagi, setelah bersedia untuk mengerjakan umrah, daku dan ibundaku dibawa ke masjidil Haram untuk melihat Ka'bah. Apabila memasuki pintu utama masjidil Haram iaitu King Abdul Aziz kami meminum air zam zam untuk mengambil keberkatan air dari syurga itu. Setelah itu teruskan memasuki ke pusat masjidil Haram, apabila mata zahir melihat sesuatu perkara yang menakjubkan yang tidak dapat digambar dek mulut utnuk berbicara dek tangan yang menulis kerana sebelum ini hanya melihat di kaca TV tetapi pada ketika itu diri ini telah diberi keizinan untuk melihat sesuatu yang di muliakan oleh Allah. Mata yang sudah tidak tertahan lagi menahan air mata akhirnya gugur deras, bukan aku saja tetapi semua yang bersama yang ingin mengerjakan umrah ketika itu. Hanya kedengaran ALLAHU AKBAR ALLAH MAHA BESAR dengan jutaan umat yang sedang mengerjakan ibadah dan ada yang sedang taksub memandang Ka'bah yang luar biasa bagi orang pertama yang melihatnya. Kami berjaya menunaikan umrah sekitar pukul 5 pagi dan terus iktikaf untuk solat subuh.
Pada asalnya aku memikirkan sebagai seorang yang muda lagi dewasa rasa bertenaga untuk menjaga dan melindung ibuku, tetapi apabila ditikam oleh ayat-ayat ustaz ku maka aku rasa berdosa dengan perasaan yang terselit disanubari ku, mungkin sewaktu muda kita rasa kitalah yang paling gagah untuk menjaga ibu bapa kita tetapi TIDAK. Disana Allah menjaga segala tetamu yang dijemputnya kita sekali pun dijaga rapi dalam pengetahuannya. Allahu Akbar....
Pada hari kedua kami menziarahi masjid-masjid disekitar kota Mekah dan jejak-jejak rasulallah yang mana gua Hira' dan Gua Thur kedua-dua gua telah menjadi tempat berkhalwat dan persembunyian Rasulallah.
![]() |
| Di Jabal Rahmah dimana sejarahnya ialah pertemuan di antara Siti Hawa dan Nabi Allah Adam 'alaihi salam |
Sempat juga mengunjungi ladang penternakan unta di tepi jalan semasa dalam perjalanan ke masjid Hudaibiyah yang mana di situ Rasulallah membuat perjanjian Hudaibiyah ketika Rasulullah mendapat berita bahawa sayyidina Uthman dibunuh dan perjanjian itu adalah kerana rasulullah ingin memasuki kota Mekah untuk mengerjakan umrah kerana kerinduan baginda terhadap kota Mekah yang dimuliakan Allah. Boleh rujuk kembali isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah :') jangan malas-malas ye !
Ustaz Sulthon sedang menceritakan tentang sejarah bekas tapak masjid Hudaibiyah. Masjid baru telah dibina menggantikan bekas masjid lama disebelah (gambar kanan). Masjid ini terletak kira-kira 30 kilometer dari kota Mekah dan dia terletak diluar tanah Haram jadi sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah maka disini boleh berniat umrah dan melakukan solat sunat ihram.
Setelah tujuh hari kami menumpang di kota Mekah kami meninggalkan mekah dengan tawaf wida' dengan perasaan sayu kerana bila lagi akan dapat ketemu Bailtullah yang suci ini dan para 'alim ada mengatakan bahawa doa yang harus didoakan di multazam ialah semoga Allah menjemput kembali hambanya untuk menziarahi Baitullahi al Haram. Seterusnya kami memulakan perjalanan ke Kota Bercahaya yakni Madinah al Munawwarah, tanah yang menjadi mulia dengan asbab jasad manusia agung di kebumikan di situ. Allah Allah... Pada asalnya bumi madinah dinamakan Yathrib, yang mana penyakit-penyakit wabak banyak di situ, tetapi dengan penghijrahan Rasulallah ke Yathrib(Madinah) dan menukarkan kepada Madinah. Rasulullah banyak berdoa agar diangkat segala wabak dari Madinah dan memasukkan rahmat dan barakah, maka oleh itu Allah telah memuliakan Madinah dan memakbulkan doa sang kekasih-Nya.
Hati ini memang tidak sabar hendak sampai ke Madinah dari Malaysia lagi kerana kerinduan yang tidak terkata dengan Sayyiduna Rasulillah...yang pastinya tidak sabar untuk menatap maqam dan raudhah yang menjadi taman-taman syurga bagi umat Muhammad. Perjalanan ke Madinah dari Mekah mengambil masa enam jam dengan menaiki bas dengan melalui wadi safrah. Dalam perjalanan tiada apa yang dapat dilihat melainkan padang pasir dan batu-batu, terfikir sendiri beginikah perjalanan Rasulullah berhijrah ke Madinah ? Ya Rasulullah maafkan kami kerana tidak menjadi umat mu yang terbaik dalam menyebarkan syiar yang engkau bawa dan perjuangkan.......oh malunya daku untuk bertemu dengan mu dan menumpang syafaat mu Ya Rasulullah....
Setibanya di bumi Madinah al Munawwarah apa yang mampu dicakap adalah KETENANGAN, bayunya yang sejuk menyapu lembut ke pipi membuatkan lagi daku untuk menetap lebih lama disitu. Sesampai sahaja di Hotel terus bersiap ke Masjid Nabawi, bersama abang-abang aku mengikuti mereka dan mendengar kisah-kisah menarik tentang masjid Nabawi. Setiba di depan Babus Salam, terkedu melihat raudhah yang sungguh cantik, dihiasi dengan keemasan dan ukiran lukisan yang sangat cantik. Ini baru taman syurga dunia yang manusia cuba cipta tetapi bagaimana syurga sebenar yang Allah ciptakan buat hamba-Nya yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Allahu Allah..... solat sunat dua rakaat di raudhah dan terus pergi ke maqam Sayyiduna Rasulullah. Bercampur baur perasaan apabila sedang berdiri di bentul-betul dihadapan maqam Rasulullah dan dua sahabatnya yang dikasihinya. Perasaan ketika itu hanya Allah saja yang tahu, selawat dan salam dihulur kepada junjungan besar Nabi Muhammad, bersyukur berdiri sebagai umat Muhammad dalam masa yang sama malu tidak menjadi umatnya yang terbaik.. Allahu Allah..
Keesokan harinya kami menzirahi masjid Quba yang tidak jauh dengan hotel kami, dengan menaiki bas ke sana mengambil masa lima minit. Barangsiapa mendirikan solat sunat di masjid Quba Allah memberi ganjaran seperti membuat satu umrah (mafhum hadis)
Beribadah di bumi toyyibah ini berlainan dengan Mekah, di Madinah keadaanya lebih tenang dan lebih teratur dan orang-orangnya lebih bertolak ansur. Di situ boleh melihat kelompok-kelompok manusia yang membuat halaqah dan berkelah di sekililing masjid Nabawi dan sempat juga menziarahi maqam Baqi' yang terdiri di situ ahli bait Nabi dan sahabat-sahabat dan para tabi'in seperti Imam Malik Rahimahullah.
Hati ini memang tidak sabar hendak sampai ke Madinah dari Malaysia lagi kerana kerinduan yang tidak terkata dengan Sayyiduna Rasulillah...yang pastinya tidak sabar untuk menatap maqam dan raudhah yang menjadi taman-taman syurga bagi umat Muhammad. Perjalanan ke Madinah dari Mekah mengambil masa enam jam dengan menaiki bas dengan melalui wadi safrah. Dalam perjalanan tiada apa yang dapat dilihat melainkan padang pasir dan batu-batu, terfikir sendiri beginikah perjalanan Rasulullah berhijrah ke Madinah ? Ya Rasulullah maafkan kami kerana tidak menjadi umat mu yang terbaik dalam menyebarkan syiar yang engkau bawa dan perjuangkan.......oh malunya daku untuk bertemu dengan mu dan menumpang syafaat mu Ya Rasulullah....
Setibanya di bumi Madinah al Munawwarah apa yang mampu dicakap adalah KETENANGAN, bayunya yang sejuk menyapu lembut ke pipi membuatkan lagi daku untuk menetap lebih lama disitu. Sesampai sahaja di Hotel terus bersiap ke Masjid Nabawi, bersama abang-abang aku mengikuti mereka dan mendengar kisah-kisah menarik tentang masjid Nabawi. Setiba di depan Babus Salam, terkedu melihat raudhah yang sungguh cantik, dihiasi dengan keemasan dan ukiran lukisan yang sangat cantik. Ini baru taman syurga dunia yang manusia cuba cipta tetapi bagaimana syurga sebenar yang Allah ciptakan buat hamba-Nya yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Allahu Allah..... solat sunat dua rakaat di raudhah dan terus pergi ke maqam Sayyiduna Rasulullah. Bercampur baur perasaan apabila sedang berdiri di bentul-betul dihadapan maqam Rasulullah dan dua sahabatnya yang dikasihinya. Perasaan ketika itu hanya Allah saja yang tahu, selawat dan salam dihulur kepada junjungan besar Nabi Muhammad, bersyukur berdiri sebagai umat Muhammad dalam masa yang sama malu tidak menjadi umatnya yang terbaik.. Allahu Allah..
Keesokan harinya kami menzirahi masjid Quba yang tidak jauh dengan hotel kami, dengan menaiki bas ke sana mengambil masa lima minit. Barangsiapa mendirikan solat sunat di masjid Quba Allah memberi ganjaran seperti membuat satu umrah (mafhum hadis)
![]() |
| Pemandangan masjid Quba dari arah belakang. SubhanAllah |
![]() |
| al faqir di maqam baqi kelihatan Qubbatul Khadra' yang dirindui yang memayungi jasad Rasulullah |
![]() |
| Jutaan manusia yang berada disekeliling Masjid Nabawi dengan dipayungi payung serba Unik dan rahmat Allah.. Allahu Allah |
![]() |
| Pemandangan perkuburan Baqi dan dapat melihat payung-payung sedang menguncup apabila tiba waktu petang |
![]() |
| Maqam ahli bait Nabi |
Sebelum beberapa hari hendak pulang ke tanah air, Bumi toyyibah dituruni hujan lebat dengan turunnya pelbagai rahmat Allah. SubhanAllah .Maha Suci Allah.
![]() |
| Berhadapan masjid Nabawi, Hujan rahmat yang jarang sekali di bumi toyyibah ini |
Seperti waktu yang telah dijanjikan pada hari rabu kami ziarah wida' ke masjid Nabawi tetapi tidak secara keseluruhan, kami cuma berdoa supaya diberi umur yang panjang untuk menziarahinya lagi.
Allahu a'lam






















0 comments: