Sebelum menjadi kaya


Assalamualaikum kepada para pembaca,

Pernahkah kita duduk bersendirian semasa menyendiri  tatkala mengalami krisis kewangan,kita terfikir kenapalah aku tidak dilahirkan dalam keadaan keluarga yang cukup mewah dan kaya-raya.Terpaksa melalui jalan-jalan keperitan sebagai seorang yang miskin hidup dalam serba kekurangan dan hanya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,betapa perit dan sakitnya menjalani kehidupan seorang yang susah ini.Tatkala melihat orang kaya memandu kereta mewah mereka BMW  5series,Audi TT,Bentley dan macam-macam lagi,angan-angan datang singgah difikiran “KALAULAH AKU” perkara itu biasa bagi orang-orang yang kurang berkemampuan.Hanya Allah saja yang tahu isi hati kita semua.Sebelum semua itu terjadi marilah kita renungkan kembali keadaan masa kita dan yang lepas dan sekarang.Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan Rasulullah,bagaimana hubungan kita dengan kitabullah dan hadith,bagaimana hubungan kita dengan masyarakat dan ilmu???



Ya jawapan ada pada diri kita,kekayaan hanya mengaburi mata kita daripada hakikat sebenar kehidupan kita sebagai seorang hamba.Segala harta yang ada ditangan kita adalah pinjaman daripada Sang Khaliq diamanahkan kepada kita untuk diuruskan sebagai suatu pelaburan amal kita didunia seperti menanam benih didunia dan menuai hasilnya diakhirat kelak.

Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 1-2

maksudnya:Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kerajaan,dan Dia (Alla) terhadap segala sesuatu adalah Maha Berkuasa(1)Yang menciptakan mati dan hidup,supaya Dia(Allah) menguji kamu,siapa antara kamu yang lebih baik amalannya.Dan Dia(Allah) adalah Maha Perkasa,lagi Maha Pengampun.

Jadi jawapannya ada pada diri kita tetapi kita pernah terfikir jika kita berada dalam golongan orang kaya mampukah kita mendapat menguruskannya dengan baik berlandaskan alquran dan assunnah.bolehkah kita hidup dalam keadaan kaya dan serba mewah dan mengaplikasikan Islam didalam kehidupan kita.bolehkah kita menggunakan harta kekayaan kita dan digunakan kepada perkara yang bermanfaat.Bolehkah kita dalam keadaan kaya raya dalam masa ingin berseronok dengan wang yang kita miliki menghadiri majlis-majlis ilmu.ternyata ianya satu perkara yang diluar jangkaan,memang benar semua mampu bercakap boleh menguruskan dengan baik tetapi itu suatu teori saja belum praktikalnya.seharusnya kita perbaiki waktu dan nikmat sekarang yang kita ada bukan hanya duduk menginginkan sesuatu tanpa daya usaha yang setimpalnya kerana Allah telah menjadikan bagi rezeki manusia itu dibawah bayang-bayang usaha mereka sendiri.Bersangka baiklah dengan Allah sepanjang masa kerana Allah berkuasa atas perancangan-Nya.



Firman Allah dalam Surah al-Qiyamah ayat 36

Maksudnya:Apakah manusia mengira bahawa ia akan dibiarkan begitu saja(tanpa pertanggungjawaban)?iaitu mereka tidak diperintah dan tidak pula dilarang..

Orang-orang kaya yang menggunakan kelebihan mereka dijalan Allah adalah mereka yang sangat beriman dengan segala perintah Allah di dalam al-Quran dan mereka sedar bahawa harta yang mereka miliki tidak dapat membantu mereka didalam kubur kelak tetapi amalan mereka seperti sedekah jariah.Maka beruntunglah bagi mereka yang sedar akan hakikat sebenar kekayaan.Kekayaan sebenar bukanlah kaya disisi manusia atau pandangan manusia tetapi kekayaan yang hakiki adalah kaya disisi Allah.Allahu Robbi..


Sekian dari al-Faqeer.

0 comments: