Perjalanan Menuju Redha Allah (catatan ringkas)
Assalamualaikum, sedikit catatan ringkas yang dapat dari kuliah Syeikh Dr. Prof. Ahmad Dabbagh, berketurunan dari seorang tabi'in besar yakni Hasan Al-Basri. Syeikh juga seorang pemegang Ph.D dari England atau lebih spesifik di Manchester. Syeikh Seorang yang sangat alim dalam akidah dan fiqh serta pemegang sanad ijazah keenam-enam kitab hadis, serta pakar dalam at-tazkiyah an-nafs, atau pembersihan jiwa dan santapan rohani. Beliau banyak berdakwah di rantau eropah dan telah banyak membuka zawiyah di sana. Itulah sedikit sebanyak mengenai syeikh Ahmad dabbagh ini, melihat wajah beliau yang sangat tenang.
Secebis kata-kata yang bermakna:
Ramai yang mendekatkan diri kepada Allah kerana menginginkan ketenangan dan ketenteraman jiwa, berjaga-jagalah bahawa kita bukan hamba kepada keinginan dan perasaan semata, tetapi kita hamba Allah selamanya. Adapun ketenangan dan ketenteraman jiwa yang dirasai, itu hanyalah cebisan daripada nikmat-nikmat dalam menuju redha Allah.
Jika kita mempunya masa-masa yang tertentu seperti masa makan, masa main, masa tidur masa kerja, masa belajar dan sebagainya, tetapi dimana letaknya empunya atau tuan kepada pemilik masa tersebut, yakni masa bersama Allah. Jika solat itu adalah waktu kewajipan kita dan sudah termaktub tetapi ini masa kita bersendiri dengan Alalh, bermuraqabah dengan Allah Azza wa Jalla. [Bermuhasabah diri]
Sebenarnya kita sedang membina atau menghasil sebuh filem tentang kehidupan kita. Produser atau penerbitnya ialah Allah. Dan kita adalah pengarang dan pengarah skrip atau jalan cerita kita dalam menuju ke penamat cerita kehidupan kita ini. Kemuncak filem kehidupan kita ini adalah syurga.
Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana dengan mengingatinya akan mematikan segala kelazatan dunia yang telah menenggelami hati sanubari. Para ulama dahulu sering memakai serban-serban yang besar disebabkan kain serbannya yang terlalu besar dan panjang. Itu sebenarnya adalah kain kafan mereka, mereka memakai kemana sahaja untuk mematikan segala tentang dunia jika timbul di hati mereka. Sekarang ramai diantara kita tidak bersedia lagi dengan kematian, jika kita bersedia sudah pasti kita sudah memiliki kain kafan sendiri dirumah tidak perlu untuk menunggu lagi jika mati baru hendak dibeli.
Rasulullah menaiki buraq dalam perjalanan isra' dan mi'raj, kita juga mempunyai buraq tersendiri, apakah buraq kita itu, bukan secara material tetapi ianya aqidah (ahl as-sunnah wal jamaah), fiqh (syariat), taubat dan mujahadah, disertai dengan istiqamah dan pandangan khauf dan raja'.
banyak lagi perihal tazkiyah an-nufus yang dibicarakan oleh syeikh tetapi perihal tersebut tidak boleh diselitkan di dalam post kali ini kerana terlalu sulit untuk difahami tanpa telunjuk dan tunjuk ajar dari seorang guru yang mursyid dan wara' yang benar-benar ingin membawa kita menuju redha Allah dan mengenal diri kita dan asal tujuan hidup di dunia. Ini sajalah yang mampu dinukilkan, syeikh juga mengijazahkan tariqah muhammadiyah dan mentalqinkan kalimah لا اله الا الله kepada semua hadirin, dan jadikan ianya amalan diri untuk bermuraqabah kepada Allah.
Sekian Allahua'lam.
Hamba yang sentiasa faqir dan khadim ilmu
Shah Al-Qadiri
1.02 A.m.
4/6/2014
7 Sya'ban 1435H
Baiti Jannati
![]() |
| Syeikh Prof. Dr. Ahmad Dabbagh kanan sekali |

| Sultan muhammad al-fatih dan serbannya |
![]() |
| imam al-Ghazali dan serbannya |
Rasulullah menaiki buraq dalam perjalanan isra' dan mi'raj, kita juga mempunyai buraq tersendiri, apakah buraq kita itu, bukan secara material tetapi ianya aqidah (ahl as-sunnah wal jamaah), fiqh (syariat), taubat dan mujahadah, disertai dengan istiqamah dan pandangan khauf dan raja'.
banyak lagi perihal tazkiyah an-nufus yang dibicarakan oleh syeikh tetapi perihal tersebut tidak boleh diselitkan di dalam post kali ini kerana terlalu sulit untuk difahami tanpa telunjuk dan tunjuk ajar dari seorang guru yang mursyid dan wara' yang benar-benar ingin membawa kita menuju redha Allah dan mengenal diri kita dan asal tujuan hidup di dunia. Ini sajalah yang mampu dinukilkan, syeikh juga mengijazahkan tariqah muhammadiyah dan mentalqinkan kalimah لا اله الا الله kepada semua hadirin, dan jadikan ianya amalan diri untuk bermuraqabah kepada Allah.
Sekian Allahua'lam.
Hamba yang sentiasa faqir dan khadim ilmu
Shah Al-Qadiri
1.02 A.m.
4/6/2014
7 Sya'ban 1435H
Baiti Jannati

.jpg)

0 comments: