Risalah Untuk Syabab
Assalamu'alaikum kepada pengunjung blog, alhamdulillah thummalhamdulillah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wassalam serta ahli keluarganya dan sahabatnya. Rentetan dari penulisan sebelum ini, al-faqir dengan rasa rendah untuk menyunting sedikit artikel dari sahabat al-faqir untuk dikongsikan bersama, mudah-mudahan medapat manfaat sedikit sebanyak dari penulisan beliau. Semoga hasil yang kecil ini dapat membantu para syabab di luar cuba memahami konsep para ulama' terdahulu dalam menangani setiap permasalahan ummah terutamanya, dan bagaimana untuk berinteraksi dengan Al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup umat akhir zaman dengan sebaiknya.
Melalui mengenali diri terus menghubungkan generasi pemuda dengan para ulama' yang haq dan memahami konsep fatwa.
![]() |
| Kalam as-syahid Syeikh Ahmad Yassin, pemikir dan ulama besar palestin yang di bom oleh Yahudi laknatullah |
Risalah Syabab ini dipostkan kerana syabab(remaja) dikenali dengan seorang bersemangat yang waja,jiwa yang membara dan menginginkan sesuatu perubahan itu dengan drastik. Kita perlu tahu bahawa perkara segera ini akan meninggalkan kesan yang besar pada masa akan datang. Cukuplah dengan melihat makanan segera sebagai contoh, sedap yang sekejap tetapi kesan akan datang mendatangkan penyakit. Mungkin kiasan ini seperti tiada kaitan dengan persoalan di atas, tetapi itu sahaja mampu untuk al-faqir memberi contoh bahawasanya perkara segera menyebabkan kesan besar yakni buruk pada masa akan datang. Justeru itu, marilah kita memahami konsep dan mekanisme yang perlu dihadamkan.
Kenali
Kekurangan Diri
Syabab lazimnya mempunyai tenaga
kekuatan dan semangat yang membara.
Namun walaupun hamasah(semangat) dan emosi mereka berpaksikan dengan cintakan Islam, tetapi semangat dan perasaan mereka tidak selalunya bertepatan dengan ajaran Islam dalam percakapan dan kelakuan mereka.
Ini kerana terdapat 3 jenis kekurangan pada syabab:
1) Kurang dari segi ilmu dan kefahaman yang sahih.
2) Kurang pengetahuan tentang waqi' dan realiti semasa.
3) Kurang pengetahuan tentang ma'alat (hasil, kesan, akibat dan kesudahan apa yang akan berlaku )
Para sahabat Nabi ﷺ dikalangan al-Ansar ketika berbai'ah 'aqabah, mereka berkata kepada Rasulullah ﷺ, "Kita pergi kepada mereka dengan pedang-pedang kami saja.."
Tetapi Nabi ﷺ pembawa rahmat seluruh alam, menghalang mereka bebuat demikian. Ya, mereka mempunyai semangat dan iman, tetapi mereka tidak mengetahui ma'alat(kesan) yang akan berlaku..
Begitu juga ketika perjanjian hudaibiyah diantara muslims dan non-muslims, ramai para sahabat diantaranya sayyiduna Umar r.a yang berasa berat untuk menerima perjanjian tersebut, tetapi Nabi ﷺ tidak goyah dan ragu-ragu dalam membuat keputusannya. Ini kerana Rasulullah ﷺ tahu akan ma'alat (kesan mendatang) serta maslahah yang akan terjamin. Krisis dan kekurangan yang berlaku pada pemuda ummat ini perlu kepada solusi dan perawatan, iaitu dengan mendidik mereka, mengadakan majlis-majlis ilmu dan kursus-kursus yang tersusun..
Ya, kita perlu memautkan serta menghubungkan syabab dengan ulama!
Mengapa?

| Dari kiri : As-syahid allamah Syeikh Ramadan al-bouti, Habib Umar benhafidz, Syeikh Dr. Ali Gomaah, Syeikh al-usulli allamah Abdullah bin Bayyah hafizohumullah |
Pemuda Perlukan Ulama
Sekiranya kita katakan, syari'ah itu semuanya maslahah, semuanya
rahmah dan semuanya adil, para pemuda mungkin belum faham ataupun salah faham
tentang perkara ini.Mungkin dari sudut pandangan mereka ianya adil tetapi realitinya
ianya satu yang zalim, mungkin bagi mereka ianya maslahah(membawa kebaikan)
tetapi hakikatnya ianya adalah mafsadah(membawa keburukan)..
Mereka perlu memahami bagaimanakah sebenarnya maslahah itu,
bagaimana akan tercapainya keadilan dan rahmah.
Sebab itu mereka perlukan para ulama.
Para pemuda perlu diberitahu dan dipupuk agar meyakini bahawa
disana ada manhajiah(metodologi), dimana ilmu tidak boleh turun ke dada mereka
tanpa belajar dengan para ulama, dan seseorang itu tidak mungkin akan segera
menjadi alim.
Kerana disana ada manhaj-manhaj yang perlu mereka lalui, dimana
ulama-ulama dahulu telah menghabiskan umur mereka dengan sangat lama untuk
mendapatkan manhaj-manhaj ini agar mereka tahu bagaimana untuk berinteraksi
dengan kitab dan sunnah..
Imam ibnu qosim (w: 191H) salah seorang murid imam malik yang telah berguru
dengannya selama 20 tahun, ketika mana dia cuba berfatwa, Imam Malik segera
melarangnya..(kerana masih belum menguasai manhaj untuk berfatwa)
Tetapi Imam as-Syafiie yang walau tidak lama berguru dengan Imam
Malik, ketika Imam Malik melihat kebolehannya dan cara beliau berinteraksi
dengan dalil, Imam Malik memberikannya keizinan untuk beliau berfatwa walaupun
beliau masih sangat muda(kerana dia telah menguasai ilmu dan manhajnya hingga
sampai kepada martabat untuk berfatwa)
Ianya menunjukkan, ilmu itu terhasil setelah mendapatkan penguasaan
dan manhajnya.
~Wahai para pemuda, bertaqwalah kepada Allah!
Dan ketahuilah, taqwa kepada Allah menuntut kalian untuk mengetahui
dan menuntut ilmu dahulu, tidak boleh untuk kalian melakukan sesuatu perbuatan kecuali
setelah kalian mengetahui hukum Allah.
Sebelum mula berjuang demi agama, para pemuda perlu meneliti dan
melihat kesan dan hasil yang akan berlaku, beristikharah kepada Allah dan
bertanyakan orang ramai, apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu?
Seseorang yang ingin menuju akhirat memerlukan kepada alat dan
bekalan..
Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk dia belajar bagaimana
untuk menuju akhirat..
Tetapi jika dia tidak mempelajarinya, maka dia akan membahayakan
dan membawa risiko yang buruk pada dunia dan akhiratnya.
Dan untuk menuju ke akhirat juga, seseorang itu tidak akan dapat
berpergian tanpa pembimbing dan penunjuk jalan.
Ulama itulah pembimbing dan penunjuk jalan kita..
Namun persoalannya, siapakah ulama itu? Bagaimana untuk kita nilai
mana ulama yang hak, dan mana yang sebaliknya, adakah ulama rakyat? ulama
kerajaan? atau siapa?
Ulama Yang Hak Dan
Batil
Sebelum ini, kita
telah tahu peri pentingnya para syabab ditarbiyah untuk sentiasa bersama dan
berhubung dengan ulama.
Siapakah seorang yang alim?
Seorang yang alim itu kata Syaikh Ben Bayyah secara ringkasnya bererti seseorang yang mengetahui dan ahli dalam ilmu, dan takrif yang lebih bagus adalah seorang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya. Dialah seorang alim yang soleh, dimana ilmu dan amal itu menjadi dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.
Dan ilmu itu pula adalah keadaan dan hal yang menjadi ciri-ciri, peribadi dan sifat seorang alim. Kata Imam Malik r.a: "Ilmu itu cahaya yang dikurniakan Allah di hati hamba-hambanya".
Tiada beza sama ada ulama itu ulama kerajaan atau ulama rakyat, ulama hak atau batil, melainkan dengan kebenaran hujjah dan dalilnya, siapa yang berikan burhan ilmiah dan hujjah yang benar, maka dialah yang benar. Sesiapa yang tidak memberikan burhan ilmiah dan hujjah yang benar, maka dia bukanlah yang benar walaupun dia ulama rakyat, kerana yang diiktibar dan dinilai adalah hujjah dan ilmu yang benar.

[Nota tambahan] Kebenaran dan keadilan bukan ikut selera kita, tetapi kita yang perlu ikut prinsip kebenaran dan keadilan. Sekarang ini seolah-olah sesuatu itu benar dan adil kerana ia datang daripada kelompok kita sedangkan apabila kelompok lain yang berkata maka ia menjadi tidak benar dan tidak adil. . (Khalif Muammar, 2014)
Syabab sering terpedaya dengan media atau orang-orang yang terkenal dan hebat luarannya dalam menilai kebenaran dan menghukum seseorang ulama atau isu tertentu, sedangkan kebenaran itu perlu dicari lebih terperinci lagi.
Sebelum syabab mengikuti seseorang dan mengambil pendapatnya, carilah kebenaran dahulu. Tuntutlah ilmu dengan ahlinya dahulu.
Seorang Penyair Menyebut:

فاختر لنفسك غيري إنني رجل:::::::: مثل المعيدي فاسمع بي ولا ترني
Pengajaran yang boleh diambil, seseorang pengembara baru seperti remaja misalnya, mudah terpengaruh dan terpedaya dengan perkara zahir,
kepetahan percakapannya, gaya penyampaiannya, atau kemasyhurannya,
tetapi sebenarnya apa yang disampaikan, isi-isinya batil.
Sebab itu, untuk mendapatkan kebenaran, kita tidak boleh terpedaya dengan keindahan dan kehebatan luaran sahaja. Kata Sayyiduna Ali r.a:
"Sesungguhnya kebenaran tidak dikenali/diukur dari orang-orang, tetapi orang-orang (ahli kebenaran) itu yang dikenali melalui kebenaran. Kenalilah kebenaran, nescaya kamu akan ketahui siapa ahlinya"
Ya, sebelum kita ingin mengenali dan menilai mana ulama yang benar, mana ulama batil, kenalilah kebenaran dahulu.. Belajarlah apa itu kebenaran, tuntutlah ilmu.
Ilmu itu sentiasa jelas, ilmu sentiasa ada.
Jika kamu tidak mampu belajar, maka bertanya dan serahkanlah pada ahlinya.
"Maka bertanyalah kepada ahli zikir (orang yang mempunyai ilmu) jika kalian tidak mengetahui"(an-Nahl :43)
Tuntutlah ilmu dengan guru dan pelajarilah bagaimana untuk berinteraksi dengan dalil dan mekanisme untuk memahaminya.
Yang menjadi masalahnya adalah mereka tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan dalil-dalil Quran dan Sunnah, lalu mereka sewenang-sewenangnya mengambil dalil dari sini dan mengambilnya pula dari sana mengikut akal sendiri tanpa ilmu, sehinggakan ia menyesatkan orang lain tanpa disedari dan tanpa ilmu..
Kategori Fatwa
Masalah: Seorang
belia ingin mendapatkan fatwa untuk membolehkan dirinya melakukan sesuatu
perkara besar seperti jihad contohnya, maka dia meminta seorang saja alim
sedangkan fatwa tersebut berkenaan isu ummah dan
bukan isu peribadi. Dia tidak ingin bertanya pendapat para ulama yang lain
kerana takut-takut pendapat mereka berbeza dan menghalangnya untuk mendapatkan
hukum sepertimana yang diingininya.
Dalam masalah ini, syabab perlu memahami bahawa dalam menanyakan pendapat, hukum ataupun fatwa, terdapat 2 pembahagian utama, yang pertamanya soal peribadi dan hal ehwal individu, dan yang kedua adalah soal yang berkaitan dengan masyarakat dan ummah.
Fatwa perlu dibahagikan kepada 3 kategori:
[1] Yang berhubungkait dengan isu-isu yang besar ditujukan kepada ummah, seperti jihad dan situasi dan permasalahan yang berat:
-Yang ini tidak boleh berfatwa sesiapa kecuali sekumpulan ulama besar dan lembaga-lembaga fatwa antarabangsa seperti majami' fiqhiyah.
[2] Yang berhubungkait isu-isu semasa yang memerlukan ijtihad baru:
-Yang mengeluarkan fatwa bagi kategori ini adalah badan-badan atau lembaga fatwa setempat.
[3] Berkaitan solat, puasa, dan masalah fiqh yang makruf disisi ahli ilmu:
-Tidak mengapa walau hanya ditanyakan seorang ahli ilmu yang benar-benar berkeahlian.
-al-Allamah al-Faqih al-Usuli Syaikh Abdullah Ben Bayyah hafizahullah (seorang pemikir dan ulama yang besar pada masa sekarang)

Disalin dan disunting dari sahabat Ustaz Azam, melalui video الحلقة الخامسة - الشباب عماد الأمة
Allahua'lam
Al-faqir ilaAllah al-Qawiy
Shah Al-Qadiri
30/5/2014
1 Sya'ban 1435H
UKM,Bangi

0 comments: