Renungan Bersama Risalah Hikmah
Assalamu'alaikum kepada pegunjung blog al-faqir, mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memayungi kita dengan rahmatnya yang tersangat luas yang tiada had bagiNya untuk merahmati hamba-hambaNya. Sejauh mana pun kita tersasar dari landasanNya, janganlah sesekali kita berputus asa dari rahmatNya yang sangat luas itu, percayalah jika seseorang itu dimasukkan ke dalam syurga bukanlah disebabkan amalannya tetapi dengan rahmat kasih sayang Ilahi kepada hamba yang dicintai.
Apa yang ingin dikongsi di dalam post kali ini bukanlah semata-mata dituju kepada pembaca blog al-faqir ini bahkan semata-mata untuk menasihati diri yang hina dengan kotoran dosa yang nista. Dalam masa yang sama al-faqir juga ingin sekali menyampaikan sedikit perkongsian mengenai risalah al-waladiyah atau lebih dikenali kitab ayyuhal walad yang dikarang oleh seorang ulama agung yang al-faqir kasihi iaitu Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali dan juga seorang pemurni ilmu falsafah.
Sedikit ringkasan mengenai kitab yang berharga ini, kita ini pada asalnya ditulis dalam bentuk surat kepada anak murid yang dahagakan nasihat atau wasiat dari guru yang dikasihi setelah sang murid meinginkan ilmunya yang akan bermanfaat baginya kelak. Oleh itu, sang guru membalas suratnya dengan pena emas (nasihat yang berharga) kepada muridnya. Inilah pertalian antara guru dan murid yang harus dicontohi bersuhbah dan bermahabbah kerana Allah dan Rasulnya bersama-sama untuk mencari redha Allah.
Maka al faqir menukilkan dari kitab yang ringkas dan padat tetapi mendalam serta ikhlas intipatinya kepada mereka yang berfikir dan inginkan kebahagiaan dan kebaikan. Apa yang dinukilkan ini bukanlah keseluruhan kitab ayyuhal walad ini tetapi berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang harus ditekan dan bermanfaat untuk diamalkan.
Imam al-Ghazali memetik sebuah kisah di antara Imam Syaqiq dan Imam Hatim, Imam Syaqiq bertanyakan persoalan kepada Imam Hatim : Wahai Hatim ! Sudah tiga puluh tahun engkau bersahabat dengan aku , apakah ilmu yang engkau peroleh selama ini ? Kata Imam Hatim : Aku peroleh lapan ilmu yang berfaedah dan itu memadai bagiku kerana aku mengharapkan padanya keselamatan dan kebahagiaanku.
Faedah pertama dari Imam Hatim menjawab persoalan Imam Syaqiq; Sesungguhnya aku melihat pada makhluk yang banyak ini, aku mendapati bagi setiap mereka mempunyai kekasih kecintaan tempat hatinya terpikat. Sebahagian daripada yang dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga pada masa sakit yang membawa maut dab sebahagian yang lain pula sampai ke tepi kubur. Sesudah itu kesemuanya kembali dan meninggalkannnya sepi seorang diri, tidak ada seorang juapun yang masuk bersama dengannya ke dalam kubur. Aku terfikir dan berpendapat sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yang setia mengiringi masuk ke dalam kubur, menjadi penghibur dan teman setia di dalamnya. Hal ini tidak aku dapati selain amalan yang soleh. Oleh sebab itu, aku menjadikan amalan soleh sebagai kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita yang menerangi kuburku, menghiburkan menghiburkan hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku bersendirian.
Faedah kedua; sesungguhnya aku melihat sekalian makhluk ini sentiasa mengikut kehendak nafsu mereka dan bersegera mmenuhi apa jua kehendaknya. Lalu aku perhatikan firman Allah | terjemahan ayat : dan ada pun orang yang merasa takut terhadap kedudukan Tuhannya dan menahan nafsunya daripada keinginan yang jahat, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. [surah an-Nazi'at, 40-41]
Aku yakin teguh bahawa al-Quran itu adalah benar. Oleh sebab itu, aku bersegera melawan nafsuku dan berjuang menentangnya. Tida pernah aku berikan ia kesempatan untuk mengikuti kehendaknya sehingga ia tunduk menyerah dan taat beribadah kepada Allah.
Faedah ketiga; Sesungguhnya aku melihat setiap orang berusaha untuk menghimpunkan harta benda dunia sebanyak-banyaknya, kemudian disimpannya tanpa mahu mendermakannya. Aku merenung firman Allah | terjemahan : apa yang ada padamu itu akan hilang lenyap dan apa yang ada pada sisi Allah akan kekal selama-lamanya. [Surah an-Nahl, 96] Mulai saat itu, aku akan keluarkan semua harta simpananku selama ini untuk mencari keredhaan Allah, aku bahagi-bahagiannya kepada golongan miskin supaya harta benda itu menjadi pahala disisi Allah.
Faedah keempat; sesungguhnya aku melihat sebahagian daripada makhluk ini ada yang menyangka kemuliaan dan keagungan darjatnya terletak pada ramai kawan dan ahli keluarga, lalu dia merasa mengah dengan demikian itu, sementara sebahagian daripada mereka menyangka kemuliaan dan keagungan itu terletak pada banyaknya harta benda dan anak pinak, lalu dia merasa sombong dengannya, bahkan ada pula yang mengganggap kemuliaan dan ketinggian itu terletak pada kemampuan merampas hak orang lain, menzalimi mereka serta menumpahkan darah-darah mereka. Ada juga yang menyangka kemuliaan dan keagungan itu letaknya pada sikap keborosan, mebuang-buang harta dan melakukan pembaziran. Aku kembali merenung firman Allah | terjemahan : ... Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah itu ialah orang yang paling tinggi takwanya. [surah al-Hujurat, 13]. Lalu aku memilih jalan takwa itu serta aku yakin dengan sepenuh hati bahawa apa yang disebutkan didalam al-Quran itu benar dan sangkaan-sangkaan mereka itu semuanya bathil dan palsu belaka.
Faedah kelima; Sesungguhnya aku melihat manusia hidup saling cela-mencela dan umpat-mengumpat. Aku dapati hal ini berpunca daripada sifat hasad dengki dalam perkara harta, pangkat kedudukan dan ilmu. aku merenung firman Allah | terjemahan : Kamilah yang membahagikan segala sumber kehidupan mereka dalam kehidupan di dunia ini. [Surah az-Zukhruf, 32]. Maka fahamilah aku bahawa pembahagian segala nikmat itu daripada Allah sejak dari alam azali lagi. Oleh sebab itu, aku tidak pernah hasad dengki dengan sesiapa pun dan aku terima sepenuh hati setiap pemberiaan daripada Allah.
Fedah keenam; Sesungguhnya aku melihat manusia ini antara satu sama lain saling bermusuhan kerana berbagai tujuan dan sebab. Aku dalami lagi firman Allah | terjemahan : Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh. [Surah al-Fatir, 6]. Maka aku membuat kesimpulan bahawa tidak perlu bermusuh dengan sesiapa pun selain daripada syaitan.
Faedah ketujuh; Sesungguhnya aku melihat setiap orang bersungguh-sungguh dan membanting tenaga melebih patut dalam mencari makan dan keperluan hidup sehingga terjatuh kepada perkara syubhat, tejerumus kepada yang haram Dia terpaksa mencemarkan harga diri dan air mukanya. Lalu aku memikirkan tentang firman Allah | terjemahan : Dan tidak ada daripada haiwan pun yang melata di muka bumi ini, melainkan bergantung rezekinya kepada Allah. [Surah Hud, 6]. Maka jelaslah pada aku bahawa rezeki itu ditentukan Allah dan jamin olehNya. Lalu aku hanya sibuk mengerjakan ibadahku kepadaNya dan aku putuskan segala harapanku dengan selain daripadaNya.
Faedah kelapan; Sesungguhnya aku melihat setiap orang menyandarkan nasibnya kepada sesuatu yang lain sebagai pegangan; sebahagian mereka menjadikan dinar dan dirham (wang) sebagai pegangan dan yang lian pula menjadikan harta dan kerajaan sebagai pegangan dan ada pula yang menjadikan kemahiran atau pekerjaan sebagai pegangan, bahkan ada orang yang menjadikan hamba Allah sepertinya sebagai pegangan. Aku merenung firman Allah | terjemahan : .. dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah menyampaikan segala kehendakNya dan sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi setiap sesuatu itu kadar yang sudah ditentukannya. [Surah at-Thalaq, 3]. Aku bertwakkal kepada Allah, kerana Dialah yang mampu menyempurnakan segala hajatku dan Allah sahaja sebaik-baik pelindung.
Sesudah mendengar semuanya itu, Imam Syaqiq berkata : "Semoga Allah sentiasa memberi taufiq kepadamu. Sesungguhnya aku sudah mentelaah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. Aku mendapati keempat-empat kitab suci itu berkisar pada lapan perkara faedah ini. Sesiapa yang mengamalkannya, seolah-olah dia sudah mengamalkan kemat-empat kitab itu.
Apa yang disampaikan oleh Imam Hatim adalah berdasarkan pemerhatian beliau, yang mana beliau sering mengunakan ungkapan "aku melihat manusia" bagi al-faqir manusia dizaman beliau dan zaman sekarang tidak jauh beza dengan keruntuhan akhlak dan penyakit-penyakit hati pada masa sekarang. Beliau melihat kekacauan jiwa manusia dan merawat dengan memikir dan merenung setiap ayat-ayat al-Quran lantas beriman dengan al-Kitab yang tiada ragu baginya. Ketahuilah sahabat-sahabat yang al-faqir kasihi, bahawa kita sedang meniti di titian umat yang sedang kritikal akhlaknya yang mana mereka lupa tentang alam yang panjang untuk diselusuri, suka al-faqir mengingatkan tentang kematian kerana mati itu adalah motivasi paling terbaik untuk diri yang angkuh ini. Ambillah keperluan seadanya untuk bekalan di alam sana, mudah-mudahan menjadi peneman setia disepanjang perjalanan menuju syurga Allah.
Sekian perkongsian ilmu Allah. Allahua'lam
Sang Faqir
Shah Al-Qadiri
1.03 P.M.
3 Rejab 1435H
Kolej Dato' Onn,UKM, Bangi
Apa yang ingin dikongsi di dalam post kali ini bukanlah semata-mata dituju kepada pembaca blog al-faqir ini bahkan semata-mata untuk menasihati diri yang hina dengan kotoran dosa yang nista. Dalam masa yang sama al-faqir juga ingin sekali menyampaikan sedikit perkongsian mengenai risalah al-waladiyah atau lebih dikenali kitab ayyuhal walad yang dikarang oleh seorang ulama agung yang al-faqir kasihi iaitu Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali dan juga seorang pemurni ilmu falsafah.
Sedikit ringkasan mengenai kitab yang berharga ini, kita ini pada asalnya ditulis dalam bentuk surat kepada anak murid yang dahagakan nasihat atau wasiat dari guru yang dikasihi setelah sang murid meinginkan ilmunya yang akan bermanfaat baginya kelak. Oleh itu, sang guru membalas suratnya dengan pena emas (nasihat yang berharga) kepada muridnya. Inilah pertalian antara guru dan murid yang harus dicontohi bersuhbah dan bermahabbah kerana Allah dan Rasulnya bersama-sama untuk mencari redha Allah.
Maka al faqir menukilkan dari kitab yang ringkas dan padat tetapi mendalam serta ikhlas intipatinya kepada mereka yang berfikir dan inginkan kebahagiaan dan kebaikan. Apa yang dinukilkan ini bukanlah keseluruhan kitab ayyuhal walad ini tetapi berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang harus ditekan dan bermanfaat untuk diamalkan.
Imam al-Ghazali memetik sebuah kisah di antara Imam Syaqiq dan Imam Hatim, Imam Syaqiq bertanyakan persoalan kepada Imam Hatim : Wahai Hatim ! Sudah tiga puluh tahun engkau bersahabat dengan aku , apakah ilmu yang engkau peroleh selama ini ? Kata Imam Hatim : Aku peroleh lapan ilmu yang berfaedah dan itu memadai bagiku kerana aku mengharapkan padanya keselamatan dan kebahagiaanku.
Faedah pertama dari Imam Hatim menjawab persoalan Imam Syaqiq; Sesungguhnya aku melihat pada makhluk yang banyak ini, aku mendapati bagi setiap mereka mempunyai kekasih kecintaan tempat hatinya terpikat. Sebahagian daripada yang dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga pada masa sakit yang membawa maut dab sebahagian yang lain pula sampai ke tepi kubur. Sesudah itu kesemuanya kembali dan meninggalkannnya sepi seorang diri, tidak ada seorang juapun yang masuk bersama dengannya ke dalam kubur. Aku terfikir dan berpendapat sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yang setia mengiringi masuk ke dalam kubur, menjadi penghibur dan teman setia di dalamnya. Hal ini tidak aku dapati selain amalan yang soleh. Oleh sebab itu, aku menjadikan amalan soleh sebagai kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita yang menerangi kuburku, menghiburkan menghiburkan hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku bersendirian.
Faedah kedua; sesungguhnya aku melihat sekalian makhluk ini sentiasa mengikut kehendak nafsu mereka dan bersegera mmenuhi apa jua kehendaknya. Lalu aku perhatikan firman Allah | terjemahan ayat : dan ada pun orang yang merasa takut terhadap kedudukan Tuhannya dan menahan nafsunya daripada keinginan yang jahat, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. [surah an-Nazi'at, 40-41]
Aku yakin teguh bahawa al-Quran itu adalah benar. Oleh sebab itu, aku bersegera melawan nafsuku dan berjuang menentangnya. Tida pernah aku berikan ia kesempatan untuk mengikuti kehendaknya sehingga ia tunduk menyerah dan taat beribadah kepada Allah.
Faedah ketiga; Sesungguhnya aku melihat setiap orang berusaha untuk menghimpunkan harta benda dunia sebanyak-banyaknya, kemudian disimpannya tanpa mahu mendermakannya. Aku merenung firman Allah | terjemahan : apa yang ada padamu itu akan hilang lenyap dan apa yang ada pada sisi Allah akan kekal selama-lamanya. [Surah an-Nahl, 96] Mulai saat itu, aku akan keluarkan semua harta simpananku selama ini untuk mencari keredhaan Allah, aku bahagi-bahagiannya kepada golongan miskin supaya harta benda itu menjadi pahala disisi Allah.
Faedah keempat; sesungguhnya aku melihat sebahagian daripada makhluk ini ada yang menyangka kemuliaan dan keagungan darjatnya terletak pada ramai kawan dan ahli keluarga, lalu dia merasa mengah dengan demikian itu, sementara sebahagian daripada mereka menyangka kemuliaan dan keagungan itu terletak pada banyaknya harta benda dan anak pinak, lalu dia merasa sombong dengannya, bahkan ada pula yang mengganggap kemuliaan dan ketinggian itu terletak pada kemampuan merampas hak orang lain, menzalimi mereka serta menumpahkan darah-darah mereka. Ada juga yang menyangka kemuliaan dan keagungan itu letaknya pada sikap keborosan, mebuang-buang harta dan melakukan pembaziran. Aku kembali merenung firman Allah | terjemahan : ... Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah itu ialah orang yang paling tinggi takwanya. [surah al-Hujurat, 13]. Lalu aku memilih jalan takwa itu serta aku yakin dengan sepenuh hati bahawa apa yang disebutkan didalam al-Quran itu benar dan sangkaan-sangkaan mereka itu semuanya bathil dan palsu belaka.
Faedah kelima; Sesungguhnya aku melihat manusia hidup saling cela-mencela dan umpat-mengumpat. Aku dapati hal ini berpunca daripada sifat hasad dengki dalam perkara harta, pangkat kedudukan dan ilmu. aku merenung firman Allah | terjemahan : Kamilah yang membahagikan segala sumber kehidupan mereka dalam kehidupan di dunia ini. [Surah az-Zukhruf, 32]. Maka fahamilah aku bahawa pembahagian segala nikmat itu daripada Allah sejak dari alam azali lagi. Oleh sebab itu, aku tidak pernah hasad dengki dengan sesiapa pun dan aku terima sepenuh hati setiap pemberiaan daripada Allah.
Fedah keenam; Sesungguhnya aku melihat manusia ini antara satu sama lain saling bermusuhan kerana berbagai tujuan dan sebab. Aku dalami lagi firman Allah | terjemahan : Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh. [Surah al-Fatir, 6]. Maka aku membuat kesimpulan bahawa tidak perlu bermusuh dengan sesiapa pun selain daripada syaitan.
Faedah ketujuh; Sesungguhnya aku melihat setiap orang bersungguh-sungguh dan membanting tenaga melebih patut dalam mencari makan dan keperluan hidup sehingga terjatuh kepada perkara syubhat, tejerumus kepada yang haram Dia terpaksa mencemarkan harga diri dan air mukanya. Lalu aku memikirkan tentang firman Allah | terjemahan : Dan tidak ada daripada haiwan pun yang melata di muka bumi ini, melainkan bergantung rezekinya kepada Allah. [Surah Hud, 6]. Maka jelaslah pada aku bahawa rezeki itu ditentukan Allah dan jamin olehNya. Lalu aku hanya sibuk mengerjakan ibadahku kepadaNya dan aku putuskan segala harapanku dengan selain daripadaNya.
Faedah kelapan; Sesungguhnya aku melihat setiap orang menyandarkan nasibnya kepada sesuatu yang lain sebagai pegangan; sebahagian mereka menjadikan dinar dan dirham (wang) sebagai pegangan dan yang lian pula menjadikan harta dan kerajaan sebagai pegangan dan ada pula yang menjadikan kemahiran atau pekerjaan sebagai pegangan, bahkan ada orang yang menjadikan hamba Allah sepertinya sebagai pegangan. Aku merenung firman Allah | terjemahan : .. dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah menyampaikan segala kehendakNya dan sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi setiap sesuatu itu kadar yang sudah ditentukannya. [Surah at-Thalaq, 3]. Aku bertwakkal kepada Allah, kerana Dialah yang mampu menyempurnakan segala hajatku dan Allah sahaja sebaik-baik pelindung.
Sesudah mendengar semuanya itu, Imam Syaqiq berkata : "Semoga Allah sentiasa memberi taufiq kepadamu. Sesungguhnya aku sudah mentelaah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. Aku mendapati keempat-empat kitab suci itu berkisar pada lapan perkara faedah ini. Sesiapa yang mengamalkannya, seolah-olah dia sudah mengamalkan kemat-empat kitab itu.
![]() |
| al-faqir diijazahkan kitab ayyuhal walad dari penulis Ustaz Hafiz Fandani, seorang ilmuan muda yang aktif dalam penulisan, semasa berkunjung di book fair,PWTC. |

0 comments: