Aku juga mahu Syahid !

Assalamualaikum kepada pengunjung blog yang dikasihi, terima kasih kerana masih sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah puja dan puji kepada Raja yang Menguasai di langit dan Raja yang menguasai di Bumi. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi yang dikasihi di rindui dan dicintai Muhammad Sollallahu alaihi wassalam serta ahli keluarganya dan para sahabat yang diredhai Allah... Alhamdulillah thummalhamdulillah.....


Melihat bumi di akhir usia, daku terfikir dan terbuai dengan angan-angan yang tidak berkesudahan membawa ke alam yang lebih indah dengan kenikmatan yang disediakan oleh Rabbul Jalil, dalam masa yang sama aku risau dan takut dengan kedudukan aku sekarang kerana melihat dunia sedang dibinasa oleh tangan-tangan manusia itu sendiri dengan rakusnya. Dimana kita semasa dunia hampir kiamat ? di bawah panji mukmin ? atau panji munafiq ? 
Semoga ALLAH menempatkan mereka di syurga tertinggi ! AMIIN
haiwan pun tidak mampu untuk survive kehidupan yang ekstrim sejuk ini

Cukup memeritkan kesejukan di bawah takat beku ini. ALLAH....

Melihat gambar-gambar yang tersiar di FB tentang muslim di syria mati kesejukan membuatkan aku seperti manusia paling kejam kerana mampu melihat gambar dan merasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Adakah aku telah menzalimi saudara-saudara ku di sana dengan melihat gambar mereka yang mati kesejukan ? tetapi aku yakin mereka mati bukan kerana kekejaman dunia. Dunia ini bukan tempat mereka, tempat mereka adalah SYURGA ALLAH. Mereka mendapat tempat tertinggi di sisi ALLAH.

salji dihapadan Masjid Dome of Rock, Palestin.


Lantas aku berfikir lagi, itulah hikmah bagi mereka yang berada di Palestin dan Syria dalam kekacauan dunia yang yang kejam terhadap mereka. Meskipun Palestin tidak aman disebabkan perang tapi ganjaran bagi mereka SYAHID, sedangkan kita di bumi yang dikatakan bertuah aman dan damai ini terselit satu bencana jiwa atau hati. Kita ditenggalamkan dengan keduniaan kita boleh mati dalam keadaan kufur nikmat dan mensyirikkan ALLAH dek dunia yang terpaut di hati dengan mengejar pangkat pujian dan kemewahan.Terselit hikmah yang jarang orang-orang nampak. Sedangkan mereka yang bertubi-tubi diduga oleh ALLAH mendapat gelaran as-syahid. ALLAH ALLAH... aku impikan syahid, aku juga mahukan syahid seperti mereka. Tetapi aku tahu 'ALLAH do not allow if you do not ready for it' ini persoal iman. YA, Iman aku masih tahap paling minima di antara mereka untuk syahid di sisi ALLAH. 

Bukan sebarang orang yang boleh berkata syahid kerana syahid mempunyai makna yang besar, bagi orang yang menginginkannya mereka harus mengosongkan hati mereka dari mengejar dunia dan memautkan hati itu dengan tali ALLAH. Bukan senangkan ? cakap memang senang ! Cukuplah dengan nikmat yang banyak kita kecapi. Nikmat dunia ini sangat sekejap seperti sekelip mata contohnya makanan banyak tetapi tidak tahu nak makan apa ? apakah nikmat yang kau kejar lagi ?? nikmat apa yang sudah ditarik ALLAH dari kau ?? ALLAH ALLAH..jadikan lah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Engkau, yang selalu mengingati Engkau dan bantulah kami dalam memperbaiki amal ibadah kami ini.

Oleh itu bagi tholibul ilm' janganlah engkau khuatir kerana engkau sedang meniti di jalan kesyahidan yang jarang sekali penuntut ilmu memandangnya dan menitik beratkan. Engkau berada di jalan jihad ilmu. dan engkau juga sedang berjihad dengan musuh-musuh tersembunyi walaupun tiada peluru yang merobek dada atau pedang yang menghunus ke perut kau. Engkau sedang berjihad melawan nafsu dan sekutunya yang tidak mengenal erti putus asa untuk memasukkan kau ke dalam neraka jahannam untuk menemani mereka mendiami neraka untuk selamanya. 

Susur pintu masuk ke Baitul Qurro wal Fuqoha' disinilah aku belajar sesuatu tentang jihad ILMU. Tuan Guru Ustaz Zulkifkli dan para habaib dan syuyukh yang hadir untuk memberi tausiyah dan tazkirah tentang sebuah perjuangan yang tiada titik noktah, inilah sunnah orang berjuang di jalan ALLAH. Cuba fikirkan jika tiada generasi yang berilmu, bagaimana nak membimbing umat akhir usia nanti tanpa ilmu dengan melanggar syariat yang ditetapkan ALLAH ia akan menimbulkan suatu bala musibah terhadap ISLAM.


Sekiranya kau rasa jihad ini tidak mencabar, sebenarnya kau sudah tertipu dengan tipu daya syaitan dan nafsmu yang sangat licik sekali. Seolah-olah engkau sudah menarik diri dari medan jihad ini. Ramai yang mengejar untuk jihad dengan mengangkat senjata lagak seperti panglima perang yang garang membaham musuh-musuhnya. Tetapi masih kurang para pejuang yang mengangkat KITABULLAH dan ASSUNNAH untuk berperang di medan idea serta mempertahankan ad-DIN yang HAQ daripada musuh-musuh yang bersembunyi di balik tabir yang sangat halus. YA, untuk sekali lagi, kita memang kurang para pemikir Islam dalam merencanakan strategi serang dan pertahan. Kita seolah-olah sudah kehabisan idea-idea untuk ISLAM.(persoalan ini masih belum terjawab) cukuplah dengan impian aku untuk bersama di belakang pemikir-pemikir ISLAM yang terdahulu, al-Imam As-Syafie rahimahullah, al-Imam Maliki rahimahullah, al-Kindi, Imam al-Ghazali, al-Khawarizmi, Ibn Sina, Sultan Mehmet Al-Fateh dan tokoh-tokoh yang terlalu banyak untuk disebutkan dan jasanya ALLAH saja yang mampu utnk membalas terhadap dunia ISLAM.
Aku Impikan Umat ISLAM yang SATU PADU walaupun berlaian pemikiran tetap bersatu !

Buat arwah Ahmad Ammar beliau telah menginspirasikan aku tentang syahid pada waktu muda. Beliau adalah contoh terbaik untuk pemuda pemudi yang mengimpikan syahid tanpa mengangkat senjata sekali pun jika terpaksa barulah berjuang dengan cara tersebut. Beliau berjiwa besar untuk syahid dan dia adalah hamba yang 'ALLAH allow if you ready for it' . Suka untuk diungkapkan pepatah ini, ''orang yang bijak'sana'(akhirat) akan berkorban pada harta bendanya, dunianya, masanya, kemewahannya, segala apa yang dia suka untuk ALLAH demi meraih kesenangan hidup di sana(akhirat), manakala orang yang bijak'sini'(dunia) terpaut hatinya dengan kemewahan dunia yang sudah tertipu dengan kenikmatannya yang sekelip mata dan banyak berkorbankan untuknya. Maka pilihlah dimana untuk terus kita ikuti orang yang bijaksana atau bijak'sini' ?? tanya hati ! Jika mahukan kebahagiaan hakiki pilihlah jalan yang telah mendapat nikmat daripada ALLAH. Maka engaku akan berbahagia untuk selama-lamanya bersama RABB yang tidak ada permulaan dan pengakhiranNYA.


Sehidmiz Ahmad Ammar, semoga suatu hari nanti aku menyusul di kau....Sungguh ALLAH sudah lama memerhatikan engkau dan sudah kira lengkap sebuah diari perjuangan engkau walaupun tidak kenal dimata manusia tapi sudah cukup masyhur di cerita penduduk langit.
BAHAGIA itu dari dalam diri kesannya zahir rupanya maknawi terpendam bagai permata di dasar hati, BAHAGIA itu pada hati, bertakhta di kerajaan hati terbenam bagai mutiara di lautan nurani. BAHAGIA itu ada jiwa mahkota di singgahsana rasa BAHAGIA itu adalah suatu ketenangan bila sudah tiada gelisah bila miskin syukur pada Tuhan, bila sakit tiada resah di jiwa bukankah Tuhan telah berfirman, ketahuilah dengan mengingati ALLAH jiwa akn menjadi tenang, kebahagiaan itu suatu kesyukuran bila kaya jadi insan pemurah bila berkuasa amanah bila berjaya tidak alpa bila sihat tidak lupakan Tuhan, hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan semua insan kan mengerti maksud terseni ILAHI itulah zikir yang hakiki.

ALLAHU A'LAM


0 comments:

Adab dan Ilmu tidak boleh dipisahkan

ASSALAMUALAIKUM kepada pengunjung blog al-faqer,sekian lama tidak mengupdate post di blog, diatas kesempatan untuk menyiapkan blog dengan interface yang baru kerana diberi satu tugasan dari pensyarah untuk menjadikan blog satu medium limpahan idea dan perbincangan sesuatu yang ilmiah maka inilah wajah baru blog Tinta Sang Mufakkir. Alhamdulillah 'ala kulli nikmah,Allah memperuntukkan sedikit waktu untuk menulis tentang nilai adab dalam membawa keberkatan kepada ilmu serta amalan.

Tujuan utama kita menempuhi jalan-jalan untuk memperolehi ilmu adalah dengan mengamalkannya. Ilmu agama ini bukan seperti ilmu barat,belajar dan kumpul ilmu untuk mengelak dari mudah ditipu oleh orang tapi untuk memperdayakan orang lain boleh saja,ilmu agama bukan sedemikian,tetapi ilmu agama ini satu saja tujuannya iaitu menggapai mardhatillah dan berjumpa Allah Sang Rabbul 'alamin di akhirat kelak,ilmu ini sangat mahal dan ia perlukan beramal untuk mendalaminya.


Ya,pratikkan! 

Untuk memperolehi keberkatan serta istiqamah dalam beramal adab itu sangatlah dititik beratkan oleh ulama-ulama dahulu kala. Ulama itu pewaris nabi dan Allah tidak mencabut ilmu itu daripada dada-dada manusia tetapi dengan mematikan alim ulama, sekaligus telah menghapuskan sedikit demi sedikit sistem adab atau akhlak yang ditekan para alim di dalam metode bertalaqi ilmu dengan tok-tok guru. Berapa ramai para ustaz sekarang yang banyak ilmunya tapi hakikatnya mereka kosong daripada adab-adab yg diajarkan oleh sang Ulama Rabbani,kurangnya adab menghormati para alim ulama membuatkan mereka hebat tentang ilmu.

orang yang pintar banyak, orang yang beradab sedikit. Orang yang beradab sudah pasti pintar, orang yang pintar belum pasti beradab

Adab ini diumpamakan sebagai dasar atau tapak bagi ilmu jika rapuh tapak nya maka rapuh jugalah ilmunya sekaligus tiada keberkatan didalam kehidupan menelusuri jalan jalan ilmunya. Maka tiada jaminan untuknya amal soleh untuk dibawa kepada Allah. imam syafie rahimahullah berguru dengan Imam malik rahimahullah selama 10 tahun, 8 tahun awal itu Imam syafie hanya mempelajari adab sahaja dan selanjutnya baru beliau mempelajari ilmu. Orang sekarang sudah tidak kenal alim ulama besar ini ada saja orang-orang yang lantang memperlekeh imam-imam mazhab ini sedangkan dengan ilmu yang disusun oleh mereka semua siapalah kita pada hari ini untuk memahami al-quran dan assunnah yang begitu luas ilmu untuk memahami isinya.
Diceritakan juga tentang seorang abid yang tidak berilmu bertarung dengan syaitan, kisahnya seorang abid yang taat beribadah. Pada suatu hari penduduk kampungnya menyembah pokok besar di hutan, berita ini sampai kepada beliau, lantas beliau segera membawa kapak dan terus ke hutan untuk mencari pokok besar tersebut untuk menebang pokok tersebut.

Ikutlah resam padi semakin berisi semakin tunduk,Para guru dan ulama terdahulu sangat berhemah dan senantiasa menjaga adab dalam hal khilafiyyah. Jangan lebih murid daripada guru.
Sesampai sahaja beliau di sana untuk menebang pokok tersebut, syaitan menjelma dengan berupakan seorang syeikh yang beserban dan menegah beliau dari menebang pokok tersebut, wahai manusia janganlah menebang pokok tersebut, lalu si abid tadi menjawab pokok ini akan menyesatkan penduduk kampung ku lantas syaitan dan si abid bertarung, lantas si abid berjaya berada di atas dada syaitan dan mengugut untuk membunuh jika menghalangnya untuk menebang pokok tersebut. 
Lalu syaitan mengalah, apabila si abid ingin menghayunkan kapaknya itu syaitan menghalangnya lagi sehinggalah bertarung seperti tadi dan akhirnya si abid berjaya berada didada syaitan dan mengugut membunuhnya. Seraya syaitan berkata aku akan memberi kau duit selagimana kau beribadah dan kau tidak menebang pokok tersebut. Lalu si abid akur dan pulang dan beribadah seperti biasa selepas solat beliau merasakan ada duit dibawah sejadahnya lantas dia mengambil begitulah seterusnya selepas beribadah ada saja duit di bawah sejadahnya. Pada suatu hari si abid usai solat meraba- raba dibawah sejadah tiada duit, bergegas si abid pergi masuk ke hutan dan ingin menebang pokok yang disembah penduduk kampung, lalu muncullah syaitan dan meghalang si abid untuk menebang pokok tersebut, maka berlakulah pertempuran di antara mereka berdua dan akhirnya syaitan berada di atas dada si abid, dan syaitan mengugut bunuh jika si abid berhasrat untuk menumbangkan pokok tersebut, maka berkata mengalah si abid dan berkata bagaimana kau dapat mengalahkan aku syaitan ? dan syaitan berkata "engkau telah terpedaya dengan helah aku, pada awal kau datang engkau ingin menebang pokok itu untuk menyelamatkan penduduk kampung dari tersesat kau berada di landasan yang benar bersama agama Allah, tetapi kali kedua kau datang semata-mata untuk memperolehi ganjaran daripada ibadah kau dan bukan untuk Allah lagi. Maka menyesal lag si abid tadi.
Apa yang di ambil pengajaran disini ialah : -
1.Beramal tanpa ilmu tidak berguna juga sekiranya tiada ilmu yang yakin terhadap Allah berlandaskan iman yang kukuh walau apa pun cara yang datang untuk mengoyahkan iman kita kerana ilmu menjadi perisai kita.
2.Allah itu akan membantu orang-orang yang terlibat dalam menegakkan syiar Allah,oleh tiadalah kerisauan pada seseorang yang berada di jalan Allah lantang kepada perkara yang dan ditindas atau dizalimi oleh orang lain.
3.ketahuilah bahawa syaitan tidak pernah berputus asa dalam menyesatkan dan memperdaya umat manusia untuk membanjiri neraka Allah, syaitan itu pakar dalam memperdaya maka berhati-hatilah dalam menghadapi bisikan-bisikan yangmenyeru ke arah keburukan.Bagaimana syaitan tidak berputus asa untuk memperdaya kita tatpi kita sudah berputus dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kita berdosa tapi tidak mahu merapatkan diri dengan Allah tidak mahu kembali kepada jalan al Quran dan as-sunnah.
ilmu tidak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah, ilmu tidak amal maka gila lah ia.
BERILMU amalkan,BERAMAL ikhlaskan.....


"العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر"


Menuntut ilmu itu juga satu jalan untuk kita beribadah.Allah membuka jalan bagi orang yang mahukan kebaikan dan ilmu.
Semoga ambil iktibar

Kita dituduh ahli bid'ah. Kemudian kita membalas dengan kata-kata yang kasar dan hilang adab. Rugilah kita, kerana Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sangat memelihara adab. Jagalah adab. Tegas, itu adalah adab. Kasar, gunakan perkataan yang biadab, itu bukan adab dan akhlak yang Baginda sollallahu alaihi wasallam ajar.

Allahu a'lam

0 comments:

PPPH 1153 : BIOGRAFI DAN KETOKOHAN AL-FARABI


Al-farabi : sumber internet


Pendahuluan

Al-Farabi merupakan seorang ilmuan Islam yang menguasai pelbagai ilmu pengetahuan tetapi beliau lebih cenderung dalam bidang falsafah dan mantiq. Sepanjang hayatnya al-Farabi kerap mengembara di samping berguru dengan ahli pujangga dan ahli falsafah yang masyhur untuk mendalami ilmunya.

Beliau merupakan tokoh falsafah Islam yang sangat gigih dalam bidang penulisannya dan dikatakan menulis sekitar 100 karya ilmiah yang merangkumi pelbagai tema. Antara karyanya yang terkenal ialah kitab “Fi Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah” yang menjelaskan tentang Teori Kemasyarakatan dan Kenegaraan al-Farabi. Al-Farabi tidak pernah mengambil usaha untuk mencatatkan sendiri peristiwa-peristiwa di dalam penghidupannya sejak dari kecil hinggalah ke zaman penhujung hayatnya.
more »

0 comments:

Bicara CINTA

Assalamualaikum kepada pembaca yang dihormati,Alhamdulillah segala puja dan puji hanya untuk Allah. Sekian lama tidak membuat post didalam blog ini,setelah sebulan bermujahadah dalam amal ibadah didalam bulan ramadhan dan merai kejayaan di dalam bulan syawal,syukur dapat jua melepaskan apa yang tertangguh didalam blog ini. 
Beralih ke alam dewasa membuatkan kita saling berfikir,melayang-layang,mencari-cari tentang 5 huruf ini iaitu C.I.N.T.A . Bukan mudah untuk menjawab segala persoalan ini,kerana ini berkait rapat dengan hati nurani dan fitrah sebagai manusia yang akan melalui pengalaman tentangnya. Cinta sangat berkuasa dan mempengaruhi perilaku seseorang sehingga ada yang sudah masuk ke alam cinta dan terus lenyap atau terbang bersama alam cinta yang mengkhayalkan dan adakala sangat membingungkan. Ini semua bermula dari satu perasaan yang sangat tidak dapat terungkap melalui penulisan yang sangat kerdil ini. Berbicara mengenai cinta bukan satu madah berkaitan seseorang itu jiwang tetapi ia satu ilmu yang harus seorang muslim tahu bahawa agama Islam sangat menitik berat berkenaan persoalan hati dan cara menangani cinta dalam Islam kerana Islam itu syumul. Jadi sedikit perkongsian dari sekian banyak perbincangan dari ahli group didalam fb saya berbincang mengenainya. . . .
more »

0 comments:

BAGAIMANA UNTUK ISTIQAMAH SEPANJANG RAMADHAN???

Assalamualaikum kepada para pegunjung blog saya,Alhamdulillah thumma alhamdulillah,syukur ke hadrat ke Ilahi yang mana Allah telah menyampaikan kita ke dalam madrasah Ramadhan al-Mubarak.Moga-moga Allah S.W.T memberikan kita kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi bulan puasa ini,mudah-mudahan hati kita ini diasuh,ditarbiyah,dijaga dan dipelihara sepanjang bulan ramadhan ini,supaya menjadi orang yang bertaqwa bersesuaian dengan Firman Allah didalam al-Baqarah ayat 183 : "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,SUPAYA KAMU BERTAQWA."dan asal tujuan berpuasa ini adalah kita melatih diri kita daripada mengawal nafsu makan,menjaga pemakanan.Hal ini apabila diteliti di dalam kitab Penawar Bagi Hati,Syeikh al-Mandili menegaskan punca KEMAKSIATAN itu berpunca dari BANYAKNYA MAKAN.Jadi bulan Ramadhan adalah permulaan yang terbaik untuk kita melakukan perubahan dan mulakan istiqamah.Insya Allah.Seterusnya sedikit perkongsian daripada al-habib Ali al-Jufri cara untuk kita istiqamah atau tetap dalam  bulan ramadhan ini.Semoga bermanfaat.

Peta minda ringkas selingan mengenai Ramadhan al Mubarak
more »

0 comments:

PERASAN TAK ??

Assalamualaikum kepada para pegunjung yang dirahmati Allah hendaknya,bersyukur saya ke hadrat Ilahi apabila laptop yang telah sebulan di hantar ke kedai dan dibaiki,telah kembali dalam keadaan 'sihat' kembali ke pangkuan tuannya.Jika kita memperoleh sesuatu kebahagiaan dan kenikmatan,itu bukan untuk selamanya kerana ianya tidak lain tidak bukan datangnya dengan keizinan dari Sang Maha Pemurah.Dia berhak menarik balik nikmat itu jikalau tidak mensyukuri nikmatnya maka tunggulah akan azabNya yang teramat pedih tidak terkata.(semoga Allah S.W.T memelihara kita daripada sifat tamak dan sombong dan menjadikan kita hamba yang bersyukur walaupun sedikit)Amiin..
Ar-Rahman Tuhan Yang Maha Pemurah.
more »

0 comments:

Penyelamat diakhirat bahagian (1)

Assalamualaikum kepada para pegunjung yang dirahmati Allah hendaknya,segala puja dan puji hanya yang layak sang Rabbul 'Alamin.Selawat dan salam kepada sang Kekasih yang dirindui dan dikasihi Rasulillah solallahu 'alaihi wassalam yang mana telah mencintai ummatnya terlebih dahulu sebelum kita diajar mencintainya dan merinduinya.


more »

0 comments:

Jalan yang singkat tetapi bermakna.

Assalamualaikum kepada para pengunjung yang dikasihi Allah,Alhamdulillah thummalhamdulillah pada 17 jun saya dapat menghadiri majlis isra' wal mikraj yang diadakan di Baitul Qurro' wal Fuqoha' yang dihadiri oleh para habaib iaitu al Habib Soleh al Aydrus(anak murid senior kepada abuya al Muhaddith Dr. syeikh Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki) daripada Malang,Indonesia dan al Habib Umar Bin Abdul Rahman al Jufri(timbalan mudir Ribat di Madinah).Mereka kesemua adalah sangat alim dalam bidang masing-masing dan sangat beradab dan berakhak yang mulia.

Majlis ilmu dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan disudahi dengan bacaan ratib al haddad dan dibacakan kepda kami oleh al Habib Umar bin Abdul Rahman al Jufri dengan kitab aqidah yang dikarang oleh imam Abdullah bin Alawi al Haddad yang mana diberitahu oleh al habib bahawa kitab aqidah yang diringkaskan ini sudah cukup untuk memsucikan aqidah kita terhadap Allah. Seterusnya Al fadhil tuan guru yang dikasihi Ustaz Zulkifli bin Ismail menyampaikan kata-kata aluan dan rasa tawadhuk beliau terhadap kehadiran para habaib ke madrasah beliau.
dari kiri al habib Soleh al aydrus dan al habib Umar abdul rahman al jufri.
more »

2 comments:

Hentikan Mengadu Domba PRU13

Assalamualaikum para pembaca dan terima kasih sudi mengunjung blog saya,ini adalah pendapat saya dan hasil pembacaan dari ahli-ahli agama dan akademik,jadi saya ambil dan buat sedikit kesimpulan bagi menenangkan perasaan selepas berkobar untuk PRU13 dan pasca PRU13.Semoga dapat ambil iktibar dan sedikit renungan.Pertama dan utama saya menghulurkan seribu kemaafan jika ada tersalah bahasa dan keterlanjuran penulisan ini.


رأيي صواب ويحتمل خطأً ورأيك خطأٌ ويحتمل صواباً
"Boleh jadi pendapat saya betul, tetapi boleh jadi salah, boleh jadi pendapat kamu salah tetapi boleh jadi betul"

more »

0 comments:

Wanita Umpama Air

Assalamualaikum kepada pengunjung blog,sekian lama tidak mengemas kini blog jadi hari ini ada mood jadi dapatlah meluangkan masa dengan sedikit ilmu dan cerita yang ana patut dikongsikan.
Air sumber kehidupan.Peliharalah wudhuk kita kerana para malaikat selalu mendoakan
orang yang berkeadaan berwudhuk


more »

0 comments:

Jauhi Penyakit Hati

Assalamualaikum para pembaca,


Masalah takabur,u'jub,riya' dan sombong saling berkait antara satu sama lain,dan ini adalah tergolong dalam penyakit-penyakit hati yang sangat berbahaya dan penyakit ini dikatakan bermula dari Iblis laknatullahi alaih yang sombong dengan penciptaannya dari api dan enggan sujud kepada si Adam yang dicipta oleh Allah dari tanah.Maka tercetuslah buat kali pertamanya dosa dan penyakit hati yang pertama yang dicetus oleh sang Iblis.
more »

0 comments:

Tafakkur Makhluk Kerdil

Assalamualaikum kepada para pembaca,

Dalam mengharungi pelbagai dugaan akhir zaman ini,kemelut politik yang saban hari makin mengelirukan dan saling salah menyalahkan di antara sama mereka.Tentang pecerobohan askar ke dalam negara yang membuatkan rakyat tergugat dengan ancaman luar,kekerapan kali media massa menunjukkan pembunuhan dan jenayah berat yang sangat ngeri untuk ditatap dan didengari.Tentang lintasan meteorit yang terhempas ke bumi menjadikan manusia lebih berjaga-jaga dan cuaca yang tidak menetu dan pelbagai lagi yang berlaku dizaman huru-hara ini.Kita semua sekarang berdiri dibumi yang sudah berusia berbilion tahun dengan nama lain kita sekarang berdiri sebagai umat akhir zaman.Jadi mari kita tinggalkan sebentar dulu memikir tentang dunia akhir zaman yang huru-hara ini.
more »

0 comments:

Sebelum menjadi kaya


Assalamualaikum kepada para pembaca,

Pernahkah kita duduk bersendirian semasa menyendiri  tatkala mengalami krisis kewangan,kita terfikir kenapalah aku tidak dilahirkan dalam keadaan keluarga yang cukup mewah dan kaya-raya.Terpaksa melalui jalan-jalan keperitan sebagai seorang yang miskin hidup dalam serba kekurangan dan hanya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,betapa perit dan sakitnya menjalani kehidupan seorang yang susah ini.Tatkala melihat orang kaya memandu kereta mewah mereka BMW  5series,Audi TT,Bentley dan macam-macam lagi,angan-angan datang singgah difikiran “KALAULAH AKU” perkara itu biasa bagi orang-orang yang kurang berkemampuan.Hanya Allah saja yang tahu isi hati kita semua.Sebelum semua itu terjadi marilah kita renungkan kembali keadaan masa kita dan yang lepas dan sekarang.Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan Rasulullah,bagaimana hubungan kita dengan kitabullah dan hadith,bagaimana hubungan kita dengan masyarakat dan ilmu???

more »

0 comments:

Catatan Ziarah Sang Habib Abdur Rahman Al-Masyhur


Assalamualaikum

Post kali ini ana ambil dari facebook ana dan paste didalam blog ini,agar menjadi koleksi-koleksi catatan dalam siri-siri kuliah atau ceramah yang pernah ana hadir.Kali ini ceramah dari ulama' Yaman iaitu al-Habib AbdurRahman Al-Masyhur,mudir darul Mustofa disalah satu cawangannya di Yaman.Beliau mempunyai peribadi yang sangat baik dan sejuk mata memandang.Seperti ulama Yaman yang lain beliau hadir di Pondok Baitul Quro' wal Fuqoha' pada 20hb februari lepas,bagi menghadir sebagai tetamu khas didalam majlis Maulid Nabi di sana.Ana dapat merasakan sang Habib dapat menyentuh qalbu dan sangat terasa dengan penyampaian beliau.Ana pasti hadirin yang hadir pasti mendapat perasaan yang sama.Moga akan bertemu dengan al-Habi dalam siri ziarah dakwah dan ilmiah beliau ke Malaysia.Insya Allah


Selingan dari tausiyah al-Habib AbdurRahman Al-Masyhur :

..bagaimana nak mengetahui keadaan kita diakhirat sama ada dekat dengan Allah dan Rasulillah,maka lihatlah waktu sekarang adakah didunia kita sibukkan diri dengan DUNIA ataupun kita selalu menyibukkan diri dengan Allah dan Rasulillah..jika kita selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad maka kita akan bersama dengan Rasulillah diakhirat kelak malah sangat rapat dengan baginda..Masya Allah TabarakAllah suatu perkara yang sangat dirindui dan dinanti-nanti oleh pecinta Rasulillah....

...cinta kita kepada Rasulillah hanyalah sekulumit daripada cinta Rasulillah kepada kita "HANYA SEKELUMIT SAHAJA" saudara, Rasulillah sudah memuliakan pecintanya sebelum kita belajar untuk mecintainya,Rasulillah sudah mencintai para pecintanya sebelum kita diajar berselawat keatasnya,Rasulillah sudah merindui pecintanya sebelum kita merinduinya......

....kita harus meneladani sahabat Nabi iaitu Thauban yang pucat lesi serta berubah seri wajahnya kerana sangat merinduinya tatkala tidak lama bersua dengan Rasulillah...Thauban berkata kepada Rasulillah ''apalah guna daku jika memasuki syurga tetapi aku tidak dapat bersamamu Ya Rasulullah pastinya engkau berada disyurga yang paling tinggi tetapi siapalah daku" Allahu Rabbi...


...Jika didunia ini kita hendak hampir dengan orang-orang ternama seperti artis dan atlet-atlet sukan,ada yang sanggup membayar semata-mata untuk melihat mereka membuat persembahan dan bergambar bersama mereka dan sangat teruja apabila bersama mereka,tetapi mereka harus sedar bahawa mereka(orang yang popular)itu juga akan mati dan akan dihisab di makkamah Sang Rabbul A'lamin akhirat kelak.Mereka juga tidak dapat memberi pertolongan kepada sesiapa melainkan seorang manusia yang biasa tetapi luarbiasa didunia dan akhirat beliau ialah sang Nabi Muhammad,nabi yang dicintai yang dirindui oleh pecinta-pecintanya.Barang siapa yang selalu berselawat ke atas baginda setiap hari dan memperbanyakkannya maka ia akan hampir dengan hampir dengan baginda,malah dikatakan pundak(bahu) ke pundak suatu perkara yang dinanti-nantikan oleh para pecintanya.Maka hanya sang nabi sahaja yang mampu memberi syafaat kepada umat-umatnya dan menyelamatkan mereka dari terjerumus dari azab Allah,maka lazimkanlah diri dengan berselawat ke atas baginda dan mohonlah agar mendapat syafaat dari baginda kelak..Insya Allah

sekian saja sekadar perkongsian ilmu...berkata lagi habib AbdurRahman beliau memperingatkan bahawa hati kita ini selalu ghaflah yakni lupa dan lalai maka peringatan atau mau'izah sahaja yang mampu mengembalikan hati kepada landasan yang betul yakni kepada Allah dan Rasulullah maka berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran.

WaAllahua'lam


Sekian perkongsian dari al-Faqeer.

0 comments:

Salam Pembuka


Assalamualaikum,

Setiap perkara pasti ada permulaan,yang pastinya blog ini dibina adalah dari lubuk hati yang dalam yang mendesak-desak ana untuk menukilkan pelbagai pengalaman dan cita rasa ana berlandaskan kehidupan ana dan yang paling penting blog ini untuk diisikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat untuk semua pengunjung blog ini.diciptakan mata untuk memerhati akan kebesaran Allah dan perkara-perkara yang bermanfaat yang akan memyebabkan hati menjadi tenang apabila melihatnya akan segar dan suburkan hati apabila melihat perkara yang indah ciptaan Sang Khaliq.Ianya bertujuan untuk dimanfaatkan dengan perkara-perkara ilmiah yang menambahkan pengetahuan semasa oleh pegunjung blog(bergantung kepada Admin jika rajin update blog)

Diharapkan medium sebegini dapat dimanfaatkan dengan nukilan-nukilan yang berguna dan sedikit sebanyak memberi ruang dakwah dalam era global sekarang ini.Harap ianya menjadi blog yang kecil tetapi penuh dengan intipati yang bermanfaat seperti rumah tua yang didalamnya mempunyai lulu' wal marjan.Misi dakwah ini memerlukan kesabaran yang tinggi seperti diterangkan oleh Allah dalam surah al-Asr.saya hanya al-faqir tetapi dalam perjalanan ilmu yang ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca seperti penggembara yang singgah di pekan dan bercerita akan perjalanannya dan masih lagi belum sampai ke destinasinya yang sangat jauh.

                                                (syeikhuna Nuruddin Al-Banjari Al-Makki)


Sekian.Wassalam


0 comments: